Monday, June 30, 2008

10 things ...

22 Jun - Ahad - Family dinner

- Nenek bosan duduk umah. nak belanja semua family makan satay kat Kajang
- Dalam ati jahat aku ...satay lagi
- Aku ajak tunang aku ikut sekali. Leh manja2 ngan semua keluarga aku
- Dah makan. Pak long aku yang bayar. Nenek aku x jadilah belanja. So ganti lain kali
- Habis makan. Nenek aku nak jalan tempat lain. x mau balik umah. jalan gie mana pun x kesah
- Kebantutan idea..terus survey tempat lain yang nak makan next round
- Bawak nenek ke Putrajaya. 3 keter ekskot. 1 keter dah balik pasai nak pie tgk wayang
- Bawaklah round. Tolak kusi roda nenek ku sekeliling dataran dekat masjid putrajaya
- Ohhhh so surprise .. kat putrajaya ader show lampu2 n gambar laser kat tasik tu. Enjoylah sekejap nenek aku
- Pastu terus balik .. antar dulu tunang ku kat umah dia. Pastu aku nyilok kedai mamak makan roti canai n teh tarik. Last aku sampai umah pukul 11.30 malam. Dengan kepenatan campur kekenyangan

27 Jun - Jumaat - Tunangnyer Family Dinner

- Family dia tunggu aku di tepi jalan dr pukul 8 malam sampai 8.35 malam. Pasai aku lambat sampai coz ader kijer nak balik ke pejabat semula n time tu plak lah byk keter nak kuar n aku x leh pecut laju
- 5 keter konvoi nak gie makan kat Pelabuhan Klang.
- Sampai sana. Lama plak tunggu benda makan nak siap. Lauk yang diorder..udang masak tepung, sotong masak sambal, kangkung goreng belacan, ikan pari bakar, ikan siakap tiga rasa. Terlebih lebih lauk sudah...
- Ada show gelek kat situ. dan penyanyi dia seksi bangat tu. Kakak tunang aku x selesa tgk awek seksi tu gelek.. hahahahha
- Tunang aku bayor.. fuhh dengan ku eksen buat buat x der doit. ngan family dia eksen buat buat ader doit. Mahai tuuuu
- Lepas makan. duk kat tepi laut amik angin kus kus yang x bertiup sangat malam malam buta tu
- Dorang takut nak lepas kan aku sorang sorang drive balik umah. Padahal dalam hati aku..dah biasa pun balik malam2 sesorang. no hal pun. Main pecut 140km lagi
- Terpaksalah 4 biji keter tu mengekskot aku balik sampai umah.. fuh macam bangga sgt .. tapi sebenarnya aku x selesa. Sbb rasa susahkan org. Aku dah biasa hidup berdikari oiiiii.
- Dalam umah mak aku perli. Lambatnya balik. Seronok ke ngan keluarga tunang. X der apa2 ke tuk mak. Aku hanya terkedu. Ader nie hah tisu wangi .. nak?
- Masuk bilik tido.. aku x leh tido . Aku msg tunang aku kata perut kekenyangan sangat . X leh nak tido. Msg aku x dilayan. Sah n sohih tunang aku dah tido. Aku apalagi layanlah JL pagi2 buto

summary of the story: Penat sbb dah kena ader komitment dengan 2 keluarga.

No comments: