Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Thursday, February 19, 2009

Sajak buat Teman

jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana Tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan Tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan Tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keikhlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah Tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji Tuhan..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..




Tuesday, November 11, 2008

Selamat Pengantin Baru

Antara kenduri kawin yang aku hadiri selepas raya.. Nie jer yang amik gambar . Kenduri kawin yang x diambil gambar tu . Maaf yer..terlupa .. asyik syok makan jer .. hehehehehhe . Dengan ucapan Selamat Pengantin Baru buat semua







Tuesday, October 14, 2008

Happy Bday to Me

kad kad ucapan yang diberi oleh kawan kawan di JL

dari Joa





dari Tempe



Dari Ena




Dari Shahliza




Dari terangbulan

Tuesday, October 7, 2008

Ucapan Selamat Hari Raya Dari Kami Seisi Keluarga. Maaf Zahir Dan Batin .

raya day 2008

Glitter Graphics

adik beradikku


Add Glitter to your Photos
anak pak abu tu naik tractor lah bukan naik lori
sebab boleh tengok makwe dia angkat baja
selamat hari raya aidilfitri
saya ucapkan pada yang puasa saja


amelia tu tak pandai dayung sampan
pergi kedai beli gula melaka
bulan syawal saja ke boleh bermaafan
bulan yang lain tak boleh ke

anak pak mail sampai klinik gigi awal-awal
sebab dia pergi kerja naik kereta
syawal tu... tetap lah syawal
tapi mana boleh lupa semua sengketa

apa ke jadah mencari pelangi
ooo... anak pak sahak tu nama dia asfan
kalau kesilapan tak diulangi
bagaimana kita nak bermaafan

anak pak jusuh masa tu tengah melantak ketupat
masa pengsan tu..dia pun tercekik gigi
kejap tadi nangis... pas tu start mengumpat
raya tahun depan... minta lah maaf lagi

bukan ke mak senah sendiri yang tembak gagak
dia tembak dengan boyfriendnyer
maaf tu..maaf lah jugak
duit raya?... sudahhhhh!!! taaaakk ada makner
nya!!

anak sedara mak kiah jual cendol
kelessss... anak mak kiah ada kuasa sakti
apa kelas makan dodol
lebih baik makan spagetthi


anak mak esah tu namanya siti
sebab gemuk... nama glamour dia fetty
pandu kereta berhati-hati
nanti boleh nengorat cetty


anak mak leha tu kerjanyer buat jalan
menantu dia pulak jual sekaya
kalau dah silap tengok bulan
bagaimana lah plaks nak beraya


anak mak itam si fitri tu main polis sentri
menantunyer si fatin tu main pula buai
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir sahaja... .batin tu... .issshhh... tak
sesuwaiiii!!




Collection From yummyflashy.blogspot.com


Friday, April 25, 2008

Happy Bday to Joe

HAPPY BIRTHDAY TO ZUWAIRI
24 APRIL 2008





Monday, April 14, 2008

mAK N aBAh



HAPPY 29TH ANNIVERSARY ABAH & MAK


WITH LOVE FROM
WANI, LELA, EPUL, ZIZI, ZURIN

Monday, March 31, 2008

Happy Bday Semua

Hari sabtu 29/3, kita orang family, sepupu dan 2pupu kumpul kat umah nenek. Nak celebrate bday nenek yang tertunda 3/3 hari tu. Pastu sambutlah sekali bday mereka yang dalam bulan March. Nenek, Fara, Kak Ina, Mak long, Ucu Wal, Ucu Naya 'HAPPY BDAY TO ALL OF U' . Masa nak suruh nenek hembus lilin tu..nenek nangis, sedih. Sebab kita org semua ramai2 ader nak sambut bday dia.Selalunya anak, menantu, cucu n cicit jer. Tapi malam tu anak buah dia yang dia jaga masa kecik dulu pun ader juga. So terharulah nenek.

Nie antara gambar2 yang diambil malam tu. Sorry gambar yang di ambil dari kamera yang dah nak xpired malam tu. Dah menggong.Macam nak rosak. Kamera lagi satu belum transfer kat my album. Nanti nantilah saya transfer ok.

Ohh yer.. malam tu budak budak dapat goodie bag..aku pun dapat gak .. tapi dah kena kidnap.waaaaaaaaaaaa. I want cokie cokie

Nielah my beloved nenek









Family kita orang x ramai pun... Nanti aku tempek lagi gambar versi ke2 yer.Edisi bukak hadiah.
Rahsia diasebalik bday parti nie. Kita org terlupa bday Ucu Wal n Ucu Naya. Ohh sorry... many many sorry. Tapi kita org nie semua kontrol macho n cun.. Buat buat x tahu jer. Lepas habis nyanyi bday kat nenek, kak ina, fara n mak long.. kita org nyanyi lagu bday kat ucu ucu. Tapi dengan letak lilin kat muffin..hehehehe. Sorry ucu. Kek kecik. Tapi special. X kongsi ngan orang lain. Sorang dapat sebiji muffin..heheheh

Tuesday, March 11, 2008

Al Fatihah


Pada pukul 1.15 pagi tadi aku terima berita, adik kawan ku namanya Khairul Azhar bin Bakri yang sakit tenat telah meninggal dunia dan kembali ke rahmatullah. Al fatihah buat adik kecik yang baru berusia 13 tahun.

Sungguh terkilan rasanya ati ku ini sebab tak dapat berjumpa dengan adik dia yang selalu berulang alik masuk ke IJN akibat sakit jantung, injap rosak dan baru baru ini buah pinggang tidak berfungsi. Kesian dgn adik tu yang masih kecil, hanya menghabiskan masa dengan berulang alik ke hospital dan kerap meninggalkan sekolah dan tiada aktiviti harian seperti kanak-kanak lain.Dan bagaimana dia begitu bersemangat menahan sakit tanpa merungut.

Percutian yang dirancang untuk menggembirakannya di Pulau Pangkor pada 9/3 dan 10/3 terpaksa dibatalkan kerana keadaan dia yang perlu dimasukkan ke hospital semula. Dan akhirnya adik kecik ini meninggal pada 11/3 pada jam 1.00 pagi.

Sedih betul hati aku ni sebab beberapa ari ini aku asyik teringatkan dia. Yang pasti penderitaan dia telah tamat dan Allah menyanyangi dia. Semoga rohnya dirahmati dan dicucuri rahmat. Amin. Semoga keluarga yang menyanyanginya tabah menghadapi semua ini


Friday, February 1, 2008

Muahhhhh semua

Memandangkan saya dah lama x manja manja ngan korang semua..Lama x keep in touch sampai semua nya windu ngan saya (windu ke..heheheh). Meh sini saya bagi muahhhhh yang best..muahhh kanan muahh kiri..muahhh yang x terhingga kat semua kawan kawan

Wednesday, December 12, 2007

Aku dah Pulang


Fuhhhh...lama rasanya x update blog ku ini... sejak dr bulan pose... cian kat kawan2 ku..dah lah msg aku x reply..email x reply..blog x update.chatbox problem...sorry my friend...aku sibuk sejak akhir akhir nie..sibuk berpoya2 dan sibuk cari doit..heheheh. bak kata kawan ku sorang tu si Tempe..dah nak masuk brapa raya dah aku still wish Selamat Hari Raya... sorry ...sorry...mulai skg aku akan update blog nie..

Love u all..

Thursday, October 4, 2007

Selamat Hari Raya



Collection From yummyflashy.blogspot.com

Sempena Hari Raya yang akan menjelang tiba nie..saya nak mintak ampun dan maaf kepada semua org yang mengenali saya. Maafkan saya sekiranya ader terkasar bahasa atau tersalah tingkah laku secara sengaja or tak sengaja...saya mintak ampun dari ujung kaki sampai ujung rambut. Semoga kita semua terus keep in touch..dan hidup kita semua diberkati..aminn. Kalau sapa sapa yang rasa nak post doit raya ke kuih raya ke..amatlah saya alu alukan..heheheh..