Tuesday, March 11, 2008

Al Fatihah


Pada pukul 1.15 pagi tadi aku terima berita, adik kawan ku namanya Khairul Azhar bin Bakri yang sakit tenat telah meninggal dunia dan kembali ke rahmatullah. Al fatihah buat adik kecik yang baru berusia 13 tahun.

Sungguh terkilan rasanya ati ku ini sebab tak dapat berjumpa dengan adik dia yang selalu berulang alik masuk ke IJN akibat sakit jantung, injap rosak dan baru baru ini buah pinggang tidak berfungsi. Kesian dgn adik tu yang masih kecil, hanya menghabiskan masa dengan berulang alik ke hospital dan kerap meninggalkan sekolah dan tiada aktiviti harian seperti kanak-kanak lain.Dan bagaimana dia begitu bersemangat menahan sakit tanpa merungut.

Percutian yang dirancang untuk menggembirakannya di Pulau Pangkor pada 9/3 dan 10/3 terpaksa dibatalkan kerana keadaan dia yang perlu dimasukkan ke hospital semula. Dan akhirnya adik kecik ini meninggal pada 11/3 pada jam 1.00 pagi.

Sedih betul hati aku ni sebab beberapa ari ini aku asyik teringatkan dia. Yang pasti penderitaan dia telah tamat dan Allah menyanyangi dia. Semoga rohnya dirahmati dan dicucuri rahmat. Amin. Semoga keluarga yang menyanyanginya tabah menghadapi semua ini


No comments: