Showing posts with label JL BM Week. Show all posts
Showing posts with label JL BM Week. Show all posts

Tuesday, March 18, 2008

Jurnal JL Blogger Mania

Tadi aku masuk JL. Sekali ternampak posting Tempe yang nak kluarkan jurnal JL Blogger Mania. Buat pengetahuan semua JL blogger mania aderlah dr inspirasi si Tempe nie lah. Dialah yang berusaha dan mengusha dan mengayat forumer JL tuk buat blog dan masuk pertandingan ni. Jadi sebagai mengingati usahanyer dlam JL Blogger Mania nie dan detik detik semasa pertandingan nie. Dia wujudkan jurnal nie. Lagi pun pertandingan nie dah masuk musim kedua. Semoga pertandingan nie akan terus sampai bila bila. Jadi bagi semua yang nak review JL Blogger Mania musim 1 dan musim 2, boleh lah klik di link ini ...

Semoga JL Blogger Mania terus maju

Tuesday, September 18, 2007

Saya dapat no 3

Hoyeaaaa...hoyeaaaaaaa.. no 3. Pertandingan JL Blog mania dah habis..akhirnya saya dapat no 3. Harap harap lepas nie aderlah lagi pertandingan cam nie...boleh yer cik Tempe..tahun depan aderkan lagi pertandingan blog..bagi lama sikit. Ni rasa cam sekejap lah plak...tugasan sampai 4 jer. Harap harap lain kali boleh ramai lagi join pertandingan nie dan admin JL leh bagi hadiah best best lagi...
Diumumkan dengan ini pertandingan JL Blog Mania Tahun 2007 dimenangi olehhhh..alamak .. tak der bunyi drum...tap tap tap..ketuk meja...dimenangi oleh SQUALL . Tempat kedua dimenangi oleh Jejerz dan saya no 3.. heheheh (kalau korang semua nak tgk blog dorang ..silalah klik dinama mereka di senarai membernyer blog)


Pesanan buat Squall yang telah menang dengan semangat membara yang diberi oleh kekasih hatinya Dasyu... belanja kita orang makan lah dah menang tu.. Squall pinjam buku yang ko menang tu yer..hehehe. Neezie kasi pemenang jer buku tu...melepas aku..pinjam yer Squall..

Monday, September 10, 2007

JL BM Week Final : 10 sebab kenapa saya perlu menang !!

Memandangkan tugasan akhir nie agak mencabar dari segi puji memuji ini.. saya nasihatkan semua juri juri atau sesiapa yang membaca tugasan peserta akhir ini besedia dgn ubat tahan muntah.. Saya kena promosikan diri saya, yakinkan semua orang mengapa saya perlu menang dalam JL BM week kali ini. Jadi jangan salahkan saya sekiranya pujian ini mengganggu emosi anda semua.Terima kasih. Disini saya senaraikan 10 sebab kenapa saya perlu menang dan jadi juara JL Blog Mania..


No 1-Saya dah lama kat JL.Kasi canlah kat orang yang dah lama melekat kat JL nie.Sejak 2006 tu... Budak berdua tu budak baru lagi..hehehe.(Menyalah guna kuasa keahlian.)


No 2 -Saya budak yang baru belajar blog. Dari zero pasal blog..terus masuk pertandingan dan buat blog..isi macam macam maklumat dan bersaing dgn mereka yang dah lama buat blog. Terasa cam kambing masuk pekan jer bila mula mula buat blog


No 3 - Saya kecik ati. Saya ingatkan JL BM nie hanya meneliti dr tugasan yang diberi. Rupa rupanya keseluruhan blog. Jadi saya yang baru buat blog nie tak ada macam macam maklumat jadi blog saya nampak kosong. Padan muka saya ..suka amik pemikiran singkat.Jadi sekarang saya cuba untuk letak pelbagai celoteh di dalam blog.



No 4 - Saya survey tools untuk cantikkan blog. Pening pening..nak buat blog mula mula.. lepas tu dah siap blog..kena plak nak cantikkan blog..ader macam macam benda yang boleh dimasukkan dlm blog nie..semakin dicuba semakin pening sebabnya tools yang saya gunakan ader spam. Kemudian nak plak try tukar template..inilah satu ujian bagi diri saya.Blog yang saya buat banyak yang hilang maklumatnya selepas saya tukar template.. nak menangis pun ader..jenuh satu ari nak buat balik semuanya.


No 5 - Giler blog. Sejak masuk pertandingan blog nie, saya jadi giler blog..cakap ngan kawan pun pasal blog..tengok buku pun pasal blog..time kijer pun buat blog.. Semakin lama semakin giler blog. Kalau dulu promote kat kawan masuk seminar usahawan.. sekarang promote dekat kawan jom ramai ramai kita buat blog...fuyohhh tak sangka saya dah giler blog.Yang bestnya kawan kawan yang lain pun dah cuba buat blog..heheh


No 6 -Kerana tugasan blog, saya stay kat opis sampai malam. Masa tugasan 'Kambing' terasa diri ini lemah sangat. Masa ni dah nak tarik diri sangat sangat.Kesibukan kerja yang terlalu sangat membuatkan saya tidak ada masa untuk membuat tugasan masa itu. Tempe memujuk supaya teruskan. Akhirnya saya mula membuat tugasan lewat petang sehingga malam ..terus jer taip apa yang terlintas dalam kepala otak masa tu. Sungguh bertuah saya masa itu sebab info pasal kambing boer sememangnya ader dalam simpanan saya sewaktu seminar usahawan dulu.


No 7 -Blog buat saya aktif cari info. Kalau dulu hanya tau chat..chat..chat. Tapi sejak masuk pertandingan ni, saya dah pandai google. Jangan gelak. Tapi memang betul. Saya baru sedar banyak sungguh info yang saya tak tahu. Luas betul internet nie.


No 8 -Saya, Jejerz dan Squall dah bagi komitmen dalam empat tugasan. Letih weii.. Walaupun sibuk, kami masih lagi setia memberi komitmen yang padu kat pertandingan blog ini.. entahlah, sebenarnya tak ader point penting pun kat no 8 nie.. saya main tibai jer nak cukupkan syarat 10 sebab.hehehe...


No 9 -Saya telah menang!! Tidak kesahlah siapa yang akan menang dalam pertandingan ini. Sebab bagi saya.. saya telah menang kerana saya telah berjaya membuat sesuatu yang baru dan saya suka dengan blog saya ini. I love my blog so much.


No 10 - Saya dapat berkawan ..dapat tukar idea..dapat inspirasi..dari dirimu Tempe, Shimie, Dasyu, GJ, Jejerz dan Squall. Kepada kamu semua terima kasih banyak banyak. Jejerz dan Squall ..u are the best. Saya dapat ilham dari blog kamu berdualah.

Akhir sekali saya nak tujukan lagu nie khas buat saya, Jejerz dan Squall. Lagu pendek jer nie..jangan gelak yer.Lagu masa zaman sekolah...



Strawberry shortcake... blueberry pie
V.I.C.T.O.R.Y
victory.. victory ...thats our style
COME ON JEJERZ, SQUALL, DOLFIN...
FIGHT..FIGHT..FIGHT






UNDILAH SAYA UTK JL BLOGGER MANIA SEKIRANYA ANDA RASA SAYA LAYAK. SILA DAFTAR DIRI ANDA DI http://www.jomlayan.com/ UTK MENGUNDI. JomLayan


Friday, August 24, 2007

JL BM Week 3 : Merdeka

Merdeka ..Merdeka..Merdeka.. menjelangnya detik 31 Ogos 2007 maka sudah genaplah 50 tahun kita mengecapi kemerdekaan di bumi Malaysia ini. Semua orang pasti sudah tahu sejarah dan kesusahan, kepayahan pejuang2 dahulu yg memperjuangkan kemerdekaan bagi negara kita ini. Tanpa mereka kita generasi kini pasti tidak dapat mengecapi kemerdekaan. Sejak dari zaman persekolahan kita telah diserapkan dengan erti kemerdekaan. Sambutan kemerdekaan setiap tahun disambut dengan begitu gah sekali. Dan disini saya tidak akan bercerita panjang mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia. Jika anda ingin mengetahui sejarah kemerdekaan Malaysia bolehlah memperolehi maklumat di http://www.arkib.gov.my/main.htm dan seterusnya memperolehi jawapan bagi soalan soalan yang saya kemukakan dibawah

Apa kata kita berkongsi kuiz disini. Kalau benar anda anak merdeka, pasti anda akan tahu jawapan bagi kuiz ini.

1.Siapakah Bapa Kemerdekaan?
2.Bilakah Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan nama Jalur Gemilang pada Bendera Malaysia?
3.Bilakan nama Malaya ditukar kepada Malaysia?
4.Tun Hussein Onn adalah perdana Menteri Malaysia yang keberapa?
5.Lagu Terang Bulan merupakan lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu yang berasal dari negeri mana?
6.Tahun ini merupakan tahun kemerdekaan yang keberapa?
7.Rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang pertama mempunyai 11 jalur yang berwarna apa?
8.Peristiwa penurunan bendera British pada 31 Ogos 1957, jam 12 malam berlaku dimana?
9.Tahun berapakan Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia?
10.Apakah tema Hari Merdeka Tahun ini?

Merdeka...Apa maksud sebenar bagi perkataan ini? Menurut beberapa buku "merdeka" ialah kebebasan dari penjajahan bangsa asing dan mendapat kedaulatan atau pengiktirafan sebagai sebuah negara yang ditadbir oleh rakyat negara itu sendiri (dalam konsep sesebuah negara merdeka). Manakala dalam konsep kemanusian merdeka bermaksud fikiran yang "bebas" dari sebarang penjajahan luar konsep kemerdekaan telah di ambil daripada konsep Islam, dari satu peristiwa yang patut kita selami sepenuhnya iaitu "HIJRAH" Rasullullah s.a.w dan para sahabat yang memperjuangkan kemerdekaan keagamaan dan perpindahan fikiran kepada dunia yang lebih luas dan terbuka. Begitu juga konsep globalisasi yang telah wujud sejak dulu lagi dan hanya dapat dilihat setelah Islam menguasai 2/3 dunia beberapa konsep ketamadunan manusia terutamanya itu sendiri seperti Islam Hadari atau Hadharah Islamiah. Konsep ketamadunan ini telah diketengahkan oleh Islam di mata dunia yang juga merupakan globalisasi pada masa itu dan tamadun lain cuba menghalang globalisasi ini dengan cara peperangan. Telah disebut oleh seorang sufi yang juga seorang Wali Allah yang sudah tersohor dari dulu hingga kini, dalam kitabnya "Hikam Ibn Athoillah";
Adalah martabat merdeka itu atas beberapa martabat.

1. Merdeka orang am(awam) itu ialah merdeka daripada cengkaman nafsu syahwatnya.
2. Merdeka orang yang "khas" (arif) itu ialah merdeka daripada pengaruh sebarang kehendak untuk kepentingan diri kerana "fana" (telah hilang atau lenyap) kehendaknya daripada Iradat Al-Haq.
3. Merdeka orang yang "Khowasul Khowas" (Para Nabi, Rasul dan Wali Allah yang Kamil lagi Mukamil) itu ialah merdeka daripada Rusum (isyarat atau sesuatu yang boleh diperkatakan dengan bahasa) dan Asa r(bekas)

Kemerdekaan yang sebeginilah seharusnya diperjuangkan oleh kita semua!!! Perjuangan untuk melepaskan diri dari belenggu nafsu syahwat dan kejahilan sahaja yang boleh menyelamatkan kita daripada diperbodohkan oleh diri sendiri, diperkudakayukan dan dikelirukan oleh manusia.





Anak anak yang perlu kemerdekaan






Anak anak Malaysia yang merdeka




Soalan? Merdekakah aku.......

Semasa saya kecil saya berasa hairan mengapa semua orang bangun awal pagi dan menonton tv. Sedangkan waktu itu biasanya saya yang akan bangun pagi untuk menonton kartun. Bila emak buka siaran langsung perarakan Hari Kemerdekaan, saya jadi seronok melihat warna warni dan ramai orang memegang bendera.Terasa dihati hendak pergi tapi mendiamkan diri. Bila mula memasuki sekolah. Macam macam aktiviti kemerdekaan dijalankan. Saya masa tu kecil lagi, apa yang saya tahu melukis poster.. itu pun bendera Malaysia jer..susah juga lukis masa tu. Maklumlah jalur jalur bendera banyak jadi asyik padam jer supaya nampak lurus dan sama besar..heheheh. Bila berjalan jalan dengan keluarga pasti ader yang memberi bendera percuma. Saya yang masih kecil akan berebut rebut nak dapatkan bendera itu. Kalau boleh nak jadi juara siapa yang paling banyak sekali dapat bendera. Bila dah dapat bendera saya akan letak didepan rumah. Cucuklah mana yang patut janji cantik..Bila keesokkan hari nya ..bendera yang saya letakkan dicuri orang..sedih sungguh hati masa tu. Jadi saya ambil kertas dan mula lukis bendera Malaysia sebanyak mungkin kemudian letakkan dan tampalkan sekeliling rumah.Tapi emak marah..emak kata bendera saya tak cantik.Emak tanggalkan semuanya dan suruh saya tampal di dalam buku kosong. Sedih juga lukisan saya tak dapat ditampal. Apabila saya berumur 12 tahun saya mula menjinakkan diri masuk perbarisan untuk perarakan kemerdekaan sehinggalah ke sekolah menengah.Setiap tahun mesti muka saya akan ada dalam perbarisan. Sebenarnya kembang juga hati sebab nak masuk dalam tv walaupun sekejap..heheheh. Itulah yang saya lakukan sepanjang musim Hari Kemerdekaan. Walaupun dulu masih tidak faham apa erti kemerdekaan sebenarnya tapi hati saya pasti akan seronok bila tiba Hari Kemerdekaan.

Tapi kini bila usia semakin meningkat dengan tanggungjawab yang semakin besar saya mula alpa dalam menyambut hari kemerdekaan. Mungkin saya faham apa itu kemerdekaan dari segi teori tapi saya tidak aplikasikannya dalam kehidupan saya. Saya rasakan hidup saya dikongkong dengan pelbagai jadual kehidupan yang tetap dan ketat.Tidak seperti dulu semasa kecil..saya bebas untuk bergerak..bebas berbuat apa saja..bebas untuk mencuba..bebas berkata kata. Walaupun dulu saya bebas tapi saya masih tahu adap dan agama yang perlu dijaga. Jika saya lihat sekarang nie remaja kita sememangnya bebas. Bebas melakukan apa sahaja kerana mereka merdeka. Ya merdeka di bumi sendiri..tetapi tidak merdeka di dalam jiwa. Mereka berada dalam dunia teknologi yang tinggi tetapi mundur dalam erti ketamadunan manusia. Cukuplah saya menuding jari..diri saya ini pun masih belum saya rasakan kemerdekaan. Saya perlu keluar dan bebas.. merdeka.. merdekakan jiwa saya ini yang terasa dikongkong oleh kehidupan materialistik..

Saya ingin berkongsi puisi yang menyentuh perasaan saya. Puisi dari Usman Awang yang bertajuk Pahlawan

Pahlawan
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika namamu tanpa bunga
Penjajah mengatakan engkau derhaka
Maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah pahang
Bersama peluru bersama senapang
Membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai semantan berubah merah
Bukan sarap hilir ke kuala
Bukan rakit mudik ke hulu
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat

Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
Bukan bintang tersemat di dada
Semangatmu api negara berdaulat
Namamu terukir di jantung rakyat

Pelbagai program yang dianjurkan dan disambut oleh kerajaan mahupun swasta dalam meraikan kemerdekaan Malaysia yang ke 50. Oleh itu satu portal telah dibangunkan sempena 50 tahun kemerdekaan. Saya berharap anda dapat melayari portal ini dalam usaha untuk menyokong dan meraikan sambutan Merdeka ke 50. Sila klik di sini untuk melayari portal tersebut malaysiamerdeka

Akhir kata dari saya Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 50 Tahun. Malaysiaku Gemilang.


UNDILAH SAYA UTK JL BLOGGER MANIA SEKIRANYA ANDA RASA SAYA LAYAK. SILA DAFTAR DIRI ANDA DI http://www.jomlayan.com/ UTK MENGUNDI. JomLayan

Wednesday, August 15, 2007

JL BM Week 2 : Kambing

Apa itu kambing..


Dr.kambing ini kah yang anda fikirkan atau ini yang anda fikirkan Kambing

Mungkin terlintas difikiran anda seekor binatang yg tak suka mandi,.berbau busuk, ada janggut dan kadang kala ada tanduk.

Atau mungkin juga anda akan terfikir seorang pakwe hensem yang memiliki janggut kambing.

Atau anda terfikir mengenai lagu kanak kanak seperti ‘anak kambing patah kaki anak kambing pandai berlari’

Atau anda terfikir susu kambing yang dapat menhaluskan kulit

Atau anda terfikir peribahasa seperti bagai kambing diseret ke air


Atau pun mungkin anda terfikir kari kambing dan steak kambing

Atau juga anda terfikir kambing sebagai akikah

Walau apa pun yang anda fikirkan ianya tetap mengenai kambing.

Di sini saya ingin ceritakan mengenai potensi penternakan kambing. Sememangnya boleh buat duit. Kerana di Malaysia kita sememangnya kekurangan bekalan kambing dan permintaan semakin tinggi. Jadi bagi mengatasi masalah ini bekalan kambing perlu di import.

Ada banyak spesis kambing seperti
  1. Boer
  2. Jamnapari
  3. Kalahari
  4. Kacang (katjang)
  5. Saanen
  6. Toggenburg
  7. British Alpine
Tapi di sini saya nak tekankan mengenai Kambing Boer. Kecenderungan mencari info mengenai kambing boer ini bermula sejak saya menyertai satu seminar keusahawanan pada tahun 2006. Tujuan saya ke seminar itu adalah bagi perniagaan makanan tetapi keusahawan ternakan kambing mula menarik minat saya. Kalau orang dengar mesti akan tergelak dan berkata ‘Kambing!! Nak jaga kambing ke? Boleh ke? Busuk tu…’ Tapi dari pemerhatian saya ternakan kambing memang boleh dijadikan satu sumber perniagaan yang menguntungkan. Kambing boer hidup dijual dengan harga kira-kira RM12 sekilogram, manakala yang diproses RM30 sekilogram. Kambing jenis ini memang mempunyai kekuatan yang lebih kerana boleh mengawan dengan kira kira 50 ekor kambing betina pada musim mengawan selama dua bulan, berbanding 20 ekor bagi kambing biasa. Kambing boer mula mendapat perhatian orang ramai semasa Maha 2006. Harga kambing boer telah melonjak tinggi. Masa tu semua orang mula bercakap mengenai kambing boer. Permintaan kambing boer mula meningkat.

Jadi di sini saya akan berkongsi dengan anda dengan memberikan senarai pautan lain yang dapat memberikan anda info mengenai kambing boer. Jika anda ada maklumat mengenai penternakkan kambing..bolehlah berkongsi dengan saya.

Maklumat mengenai kambing boer
http://kambingboer.blogspot.com/
http://agrolink.moa.my/moa/
UNDILAH SAYA UTK JL BLOGGER MANIA SEKIRANYA ANDA RASA SAYA LAYAK. SILA DAFTAR DIRI ANDA DI http://www.jomlayan.com/ UTK MENGUNDI. JomLayan

Tuesday, August 7, 2007

JL BM WEEK 1 :Mari Kita Ke JomLayan



Mari kita ramai ramai ke http://jomlayan.com/

JomLayan

Apa itu Jomlayan? Jomlayan juga di panggil JL. JL nie ialah sebuah forum yang masih baru dalam setahun setengahlah umurnya dan ditubuhkan oleh org bumiputera.Siapa yang tubuhkan? kalau nak tau sejarah JL nie boleh lah klik ke http://www.jomlayan.com/mybb/showthread.php?tid=6913 Macam macam maklumat mengenai JL yang boleh anda perolehi dari sini. Jadi kalau ader sapa sapa nak tau macamana JL nie..best ke tak best..ok ke JL nie..stereotaip ke tidak..cubalah join dalam Jomlayan.. baru anda akan ader jawapannya.

JomLayan
Kadang kala bosan juga bila berforum..atau kadangkala sebuah forum tu hanya berbincang tentang satu satu topik saja..tapi di JL nie macam macam ader..kadang kala naik rambang mata nak pergi ke bod mana.. dunia islam..lawak..bursa..angin taufan..borak.. dielek.. dunia wanita dan lelaki..uiksss byk lagilah..x larat nak sebut.. yang pasti banyak info yang boleh dapat dari forum JL ini..Malah sesiapa yang ingin menambah pendapatan atau nak promosikan perniagaan di sini pun boleh..

JomLayan
Forumer di JL nie pun semuanya sporting .. boleh share pendapat dan bergurau senda.. dan paling best mod mod di JL suka bagi repo..dulu dipanggil kad ijau..sekarang repo..kalau byk repo tu..maknanya aktif lah org tu di JL.. dan yang paling best ader tips tips untuk glamour di forum..heheh..

JomLayan
Jom mari kita ramai ramai ke JL. Kami menanti anda di sana....