Wednesday, August 15, 2007

JL BM Week 2 : Kambing

Apa itu kambing..


Dr.kambing ini kah yang anda fikirkan atau ini yang anda fikirkan Kambing

Mungkin terlintas difikiran anda seekor binatang yg tak suka mandi,.berbau busuk, ada janggut dan kadang kala ada tanduk.

Atau mungkin juga anda akan terfikir seorang pakwe hensem yang memiliki janggut kambing.

Atau anda terfikir mengenai lagu kanak kanak seperti ‘anak kambing patah kaki anak kambing pandai berlari’

Atau anda terfikir susu kambing yang dapat menhaluskan kulit

Atau anda terfikir peribahasa seperti bagai kambing diseret ke air


Atau pun mungkin anda terfikir kari kambing dan steak kambing

Atau juga anda terfikir kambing sebagai akikah

Walau apa pun yang anda fikirkan ianya tetap mengenai kambing.

Di sini saya ingin ceritakan mengenai potensi penternakan kambing. Sememangnya boleh buat duit. Kerana di Malaysia kita sememangnya kekurangan bekalan kambing dan permintaan semakin tinggi. Jadi bagi mengatasi masalah ini bekalan kambing perlu di import.

Ada banyak spesis kambing seperti
  1. Boer
  2. Jamnapari
  3. Kalahari
  4. Kacang (katjang)
  5. Saanen
  6. Toggenburg
  7. British Alpine
Tapi di sini saya nak tekankan mengenai Kambing Boer. Kecenderungan mencari info mengenai kambing boer ini bermula sejak saya menyertai satu seminar keusahawanan pada tahun 2006. Tujuan saya ke seminar itu adalah bagi perniagaan makanan tetapi keusahawan ternakan kambing mula menarik minat saya. Kalau orang dengar mesti akan tergelak dan berkata ‘Kambing!! Nak jaga kambing ke? Boleh ke? Busuk tu…’ Tapi dari pemerhatian saya ternakan kambing memang boleh dijadikan satu sumber perniagaan yang menguntungkan. Kambing boer hidup dijual dengan harga kira-kira RM12 sekilogram, manakala yang diproses RM30 sekilogram. Kambing jenis ini memang mempunyai kekuatan yang lebih kerana boleh mengawan dengan kira kira 50 ekor kambing betina pada musim mengawan selama dua bulan, berbanding 20 ekor bagi kambing biasa. Kambing boer mula mendapat perhatian orang ramai semasa Maha 2006. Harga kambing boer telah melonjak tinggi. Masa tu semua orang mula bercakap mengenai kambing boer. Permintaan kambing boer mula meningkat.

Jadi di sini saya akan berkongsi dengan anda dengan memberikan senarai pautan lain yang dapat memberikan anda info mengenai kambing boer. Jika anda ada maklumat mengenai penternakkan kambing..bolehlah berkongsi dengan saya.

Maklumat mengenai kambing boer
http://kambingboer.blogspot.com/
http://agrolink.moa.my/moa/
UNDILAH SAYA UTK JL BLOGGER MANIA SEKIRANYA ANDA RASA SAYA LAYAK. SILA DAFTAR DIRI ANDA DI http://www.jomlayan.com/ UTK MENGUNDI. JomLayan

No comments: