Showing posts with label Gambar. Show all posts
Showing posts with label Gambar. Show all posts

Wednesday, November 12, 2008

Gambar ku Yang diKarikaturkan

Gambar asal yang nak dilukis


Gambar yang dilukis oleh Data forumer JL. saja jer data nie buat aku perasan yang aku ader dagu runcing ...


Gambar yang dilukis oleh entah sapa2 tah kat satu karnival


wahhhhhhh seronok ader koleksi gambar2 nie ...

Wednesday, July 16, 2008



Khas buat tatapan my dear friend .. pojie... tahniah sebab dapat baby girl... nanti insyaallah aku gie jenguk ko yer. Kuatkan diri tuk jaga 2 princess tu

Monday, June 30, 2008

28 june - Sabtu - Jalan jalan ke Kraf tangan Msia

Pakcik aku dari ari bulan lepas, minggu lepas n ari kamis lepas tel aku byk kali suh aku gie kraftangan Msia suh tgk pameran renjis2.. pameran kawin2 kat Jalan Conlay. Aku pun gielah bertiga. Aku, mak aku n adik aku. Teruja tu...pasai macam2 baju kawin lawa2 ader... hantaran... kek.. pelamin.. bunga telur...wahhh aku rambang mata.. mana nak pick nie. Semuanya lawa lawa.. bila pokcik aku tanya. ko nak yang mana wani.. nak pick fesyen mana. kaler mana. Aku terus blur pasai mata dah rambang. Aku rasa semua aku nak. Pokcik aku suh pick pesyen mana pasai dia yang incharge tuk baju kawin aku nanti. Last2 dia dah tunjukkan baju n konsep pelamin n meja makan mana tuk aku.. well nice tapi baju pengantin aku x berkenan. waaaaaaaaa. Kaler dia x mengancam. So pokcik aku kata. dia akan ubah baju tu.. tuko kasi lip lap.. Best nyer ader pokcik yang best gini... heheheh. Tq pakngah.

Dah pick baju n konsep kawin tu.. aku pie makan.. Wala weiiiii cafe kat sini best ohhhh. x mahai pun.. byk tu penuh mangkuk bosar dengan mee n isi isi dia..Aku makan soto. Mak n adik aku makan mee kari. kuih dia pun sodap.. sungguh gembira aku makan time tu.. brapa kali aku duk membeli cucur ikan bilis dia...heheheh. tambah ngan air soya dia yang yummy yummy..

Lepas makan kita org jalan2 tgk tempat kraftangan.. uiksss ader tempat tuk kaler kaler batik. free plak tu.. apo lagi kita org pun berebut lah n menyibukkan diri main kaler2.. hehehhehe. best ohhh pastu yang kita org buat tu ..leh bawak pulang. Pastu aku gie tempat cop2 batik. adik tu sporting .. dia kasi aku cop kain tu.. hahaha. seronok aku.

Lepas tu kita org saksikan pertandingan gubah tudung pengantin. Pakai mana yang ada di sekitar ajer.. kelakar pun ader. Macam2 tudung n corak tudung yang dorang cuba buat. Tapi masih ader gak yang berpotensi menggubah tudung.

Aku x dapat meluangkan masa yang lama kat pameran tu pasai penat n ngantuk sebab semalam x cukup tido. Lagi pun balik lewat sebab kuar ngan keluarga tunang aku.

Past gi pameran tu. Mak aku shopping barang kat semua house. Pastu gie Mydin subang tuk beli barang dapur. Balik pukul 11.00 malam. Hanya tuhan jer tahu betapa aku penat n ngantuk time tu. Akhirnya malam tu aku tido 'mati'. hahahahahahhaha

So inilah gambar yang aku amik .. x byk pun pasai bateri tel dah nak abis .

nie adik aku tgh mengaler


nie mak aku plak tengah mengaler

nie aku punyer.. wawawawawa

nie plak katil yang aku berkenan ..lawa nyer ..heheheh



summary of the story : semua benda perlu planning dari awal supaya anda tidak blur

Friday, June 13, 2008

Cuti Cuti

Family vacation .. round Melaka. Duduk kat pantai klebang.. sambut b'day anniversary sepupu ku yang ke 27. perjalanan yang adventure sungguh cari kedai makan. Pasai ramai tutup kedai sempena cuti Hari Keputraan Agong. Ronda ronda bandar hilir.Malam plak makan kat crystal bay kat kedai 'Ala Kassim'. Planning makan kat umbai.. tapi x jadi. Esok nyer plak.. round pantai klebang..round pengkalan balak... round port dickson... malam sampai umah .. terus cari kedai makan.. makan ramai ramai .. pastu balik umah tido. Penat beb ..... nie jer gambar yang amik dr hp aku.. gambar lain dr camera my cousin tapi x transfer lagi ..




Monday, June 9, 2008

Monday, April 14, 2008

Cerita di SUNway Lagoon

Semalam 13/04/2008....













Bersambung siri kedua ........

Monday, March 31, 2008

Happy Bday Semua

Hari sabtu 29/3, kita orang family, sepupu dan 2pupu kumpul kat umah nenek. Nak celebrate bday nenek yang tertunda 3/3 hari tu. Pastu sambutlah sekali bday mereka yang dalam bulan March. Nenek, Fara, Kak Ina, Mak long, Ucu Wal, Ucu Naya 'HAPPY BDAY TO ALL OF U' . Masa nak suruh nenek hembus lilin tu..nenek nangis, sedih. Sebab kita org semua ramai2 ader nak sambut bday dia.Selalunya anak, menantu, cucu n cicit jer. Tapi malam tu anak buah dia yang dia jaga masa kecik dulu pun ader juga. So terharulah nenek.

Nie antara gambar2 yang diambil malam tu. Sorry gambar yang di ambil dari kamera yang dah nak xpired malam tu. Dah menggong.Macam nak rosak. Kamera lagi satu belum transfer kat my album. Nanti nantilah saya transfer ok.

Ohh yer.. malam tu budak budak dapat goodie bag..aku pun dapat gak .. tapi dah kena kidnap.waaaaaaaaaaaa. I want cokie cokie

Nielah my beloved nenek









Family kita orang x ramai pun... Nanti aku tempek lagi gambar versi ke2 yer.Edisi bukak hadiah.
Rahsia diasebalik bday parti nie. Kita org terlupa bday Ucu Wal n Ucu Naya. Ohh sorry... many many sorry. Tapi kita org nie semua kontrol macho n cun.. Buat buat x tahu jer. Lepas habis nyanyi bday kat nenek, kak ina, fara n mak long.. kita org nyanyi lagu bday kat ucu ucu. Tapi dengan letak lilin kat muffin..hehehehe. Sorry ucu. Kek kecik. Tapi special. X kongsi ngan orang lain. Sorang dapat sebiji muffin..heheheh

Tuesday, September 18, 2007

Sweet jer gambar nie


Saja nak kongsi gambar nie di blog saya.. Gambar nie diambil oleh kawan saya. Saya suka sangat gambar nie. Macam sweet sangat

Friday, September 14, 2007

Awan Oh Awan

Nie saja jer nak kongsi gambar awan. Semalam masa saya drive kereta nak ke Cheras. Saya tengok awan cantik sangat..Terus saya ambil handphone dan klik klik sambil drive. Nasiblah polis tak der..kalau polis nampak saya pegang handphone..mesti kena saman ..ingat saya buat panggilan..heheh. Memandangkan saya ambil gambar dalam kereta..agak samar jugalah gambar nya. Tapi bagi saya awan pagi semalam cantik sebab cahaya matahari keluar dari awan yang warna putih dan gelap. Nampak ton kaler putih dan hitam.

Ni pula gambar waktu senja. Masa nie tengah makan ngan kawan kawan di Kuching. Bila tengok awan tu kaler oren..terus saya klik klik .Tambah plak masa tu dengan angin sepoi sepoi bahasa dengan suasana yang keorenan..alahai berbezanya suasana.. tapi best..tenang jer