Tuesday, April 21, 2009

Pembelajaran Hidup V1

setelah berehat lama dari dunia internet..jalani hidup bebas dari internet.. hidup secara reality.. aku dikejutkan dengan tiba2. baru aku paham apa itu hidup.. apa itu rezeki

meh aku nak share suatu citer apa yang aku pelajari dalam waktu berehat yang panjang sungguh ini. bagi sapa yang x paham citer aku nie. buat do no jerlah .. yang paham citer nie tahniah ... anda berjaya memahami citer ku yang berbelit belit.. heheheheh

Citer ku mengenai ITIK. apa itu itik? binatang yang aku selalu nampak tergantung kat kedai2 cina ... itik gantung.. yeeeekkkk.. aku geli bila sebut itik. kembang tekak aku.. itu yang aku tahu pasai itik. yang lain aku x tahu.

anda nak makan itik? teringin nak makan? tapi kat mana jual? nak beli mana? ayam banyaklah jual kat pasar2. tapi itik mana nak jumpa? mana nak beli nie... mana nak cari itik nie...beli kat kedai cina ke?

pasti pening kepala mana nak cari itik kan? soalan nie ditujukan khas buat org bandar yang x bela itik yer. Jadi anda tujukan soalan "mana nak cari itik" pada partner anda. pasti jawapan yang diberikan ... carilah kat pasar mana2.. beli jerlah. kan senang.

situasi pertama :
anda pun belilah itik dipasar. mungkin dalam perjalanan ke pasar anda ditemani seseorang.. mencari pasar mana yang menjual itik. mengharungi kesesakkan lalu lintas untuk pergi kepasar. kemudian anda atau partner keluarkan doit dan membayar itik. balik rumah dan terus memasak itik yang dibeli dari pasar. Mudah kan...perjalanan dan proses mencari itik.? itu adalah situasi pertama yang biasa2 orang akan lakukan.

mari kita dengar situasi kedua:
soalan anda "mana nak cari itik". partner anda menjawab. "kita pergi kejar itik di karnival itik. kita tunggu acara menangkap itik di tasik dan kita rebut itik ramai2. masa itulah kita terjun ke tasik dan berebut itik. kalau ader rezeki kita .. dapatlah banyak itik ditangkap. kalau tak ader rezeki... xadalah itik. hanya penat berenang di tasik jerlah jawabnya." ermmm pasti anda akan tercenggang kalau mendapat jawapan sebegitu bukan. apa punya org lah bagi jawapan macam tu. saja cari susah dan memenatkan badan. macam org pendatang jer merebut itik sampai berenang ke tasik yang dalam hanya nak dapat itik. belikan senang.

dalam mengomel jawapan yang diberikan anda tetap mengikut ke karnival itik dan mengikut partner anda merebut itik. akhirnya anda berjaya merebut 2 ekor itik di tengah tengah tasik. berenang dan berebut itik bersama2 orang bangladesh yang pakar bab merebut rebut nie. kemudian anda terpikir macamana nak sembelih dan bersihkan. jawapannya. buat sendirilah . kalau x tahu, hantar sajalah pada tukang sembelih ayam. mesti org tu tahu sembelih itik dan bersihkannya sekali. setelah disembelih. anda bawa pulang kerumah dan masak itik.

ermmm. susahnya dan panjangnya dan banyaknya benda yang nak dibuat untuk mendapat itik dalam situasi kedua nie. tapi tahukah anda .. situasi kedua adalah situasi yang amat saya gemari dan merasa keseronokannya. dalam kepayahan merebut itik.. kepenatan.. dan menjerit2 melihat itik berenang jauh. kepayahan memegang kaki itik agar tidak terlepas memberi satu keseronokan dan pengalaman yang luar biasa dari hanya membeli itik di pasar. merasa bangga bila org ramai melihat kita berjaya menangkap banyak itik adalah berbeza dengan merasa bangga membeli itik di pasar dengan mengeluarkan doit walaupun itu adalah cara paling mudah.

kesimpulannya.. dimanjakan dengan doit. mampu mendapat segala2nya dengan doit dan dengan cara yang mudah.tidak memberi keseronokan yang sebenar di dalam hidup. kepayahan dan pengalaman yang di perolehi dengan kudrat yang ada untuk mendapat sesuatu adalah sesuatu yang amat bernilai dari wang ringgit.

Money is not everything... kini aku mengerti .....

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)