April FOOL
Apa itu April Fool? ader banyak soalan bermain dalam pikiran aku nie...
Soalan 1: Hari dibodohkan atau hari memperbodohkan.
Soalan 2: Tapi napa x buat satu bulan hanya satu hari jer.. 1 april sahaja..
Soalan 3: Cianlah sapa lahir 1 April.. macam hari x ong jer. Hari dipermainkan
Soalan 4: Hari mempersenda atau hari menyakitkan hati org
Walau apa pun hari tu .. aku pun tetap juga membuat tipu daya pada sesiapa sahaja. Dulu di zaman budak budak kecil aku x tahu apa faedahnya hari 1 April. Org menipu dan mempermainkan org lain. Aku pun joinlah sama. Walaupun lepas itu ... aku sendiri akan kena balik kalau x waspada. Seronok memang ader. Geram pun memang ader. Malu memang patut ader . Benci jgn cakaplah memang sah sah ader . Lebih lebih lagi kalau kena tipu kaw kaw punya. Tapi kini ... 1 April tiada apa apa lagi yang disambut. Tiada lagi April Fool. Semua dah malas nak sambut sebab April Fool adalah sambutan yang tidak baik rupanya . Nak tahu citer mengenai april fool rujuk sini
http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=751&Itemid=1
Bila sebut hari April Fool ini, aku teringat di zaman tingkatan 2. Sampai sekarang aku x boleh lupa dan rasa bersalah pada cikgu kelas aku dulu.. Cikgu ... minta ampun yer ... Sekolah aku nie unik sikit. Dikelilingi ngan taman taman. Banyaklah binatang kijam dan x kijam berlegar2 dalam sekolah .. kalau pasal monyet jgn cakap lah. selalu masuk dalam kelas.. kira monyet dah jadi partner kita org masa belajar .. heheheh
Dan di jadikan cerita, pada hari tersebut 1 April, satu kelas berpakat mempermainkan cikgu kelas.. nama cikgu aku rahsiakan..cikgu nie takut ngan monyet. Jadi kami jadikan benda tu senjata untuk menyerang cikgu pada hari itu. Satu kelas dah bersedia nie nak jadi pelakon tambahan, pelakon utama, penjerit sambilan dan lain lain lagilah .. Jadi bila cikgu masuk. Macam biasalah bila cikgu masuk cikgu cakap " Morning class". Murid murid pun jawab "Morning". nie zaman budak2 x bangun dan berdiri. Duduk kat kusi jer sambil menjawab. Budak budak yang penuh kesopanan. heheheheh. So cikgu pun letak lah buku2nya di atas meja . Sambil duduk dan menarik nafas sebab penat berjalan. Kemudian cikgu suruh bukak buku teks... budak budak nie diam jer sungguh tertib dan kesopanan mendengar arahan cikgu.Jarang sekali kami nie semua bersopan satun dan mengikut arahan. Tapi air yang tenang jgn sangka tiada buaya. Rupa rupanya dalam diam ader udang di sebalik mee goreng.
Sekali bermulalah watak pelakun utama dari tempat duduk paling belakang menjerit " CIKGU... MOnyet ... sambil menunjuk ke luar kelas... lepas jer dengar babak pertama itu.. kami yang lain pun menjerit sama dan konon2 nak melarikan diri. Buat buat ala ketakutan . Ada yang lari .. Ada yang panjat kerusi, panjat meja. Cikgu yang terperanjat itu, muka pucat, mencampak buku, senseng kain dan terus berlari keluar kelas... Pada waktu yang sama .. kita org yang jahat ini ramai2 menjerit " APRIL FOOL" dan gelak .. hahahahahahha. Umpama anak jin kekenyangan. Cikgu pun berhenti berlari. Terpinga pinga. Nak percaya ke tak . Muka masih pucat. Kita org pun ramai2 yakinkan dia sebenarnya APril Fool. Mana taknya muka cikgu dah pucat . Macam org kena sampuk jer.. terus jer kita org rasa bersalah and say sorry. Cikgu tu buat dek jer.. x maafkan .. dan buat cool umpama x der apa terjadi .Gelak pun tidak . Mungkin marah kat kita org dan terus jer mengajar macam biasa
Lepas jer kelas habis. Cikgu tu keluar kelas dan cakap "Nanti kena lah awak semua.Apa pun April Fool to u too" kita org tersengih macam kerang busuk. Masa pun berjalan. kelas bersilih ganti .. Dari kelas English ke Maths ke BM dan seterusnya.. Dan pada akhir waktu kelas.. time semua dah ngantuk nak balik.. Ready siap simpan barang dalam beg. Cikgu plak x der masa tu .. Tetiba ader seseorang menjerit .. diikuti dengan org lain dan lain dan lain.... ramai melarikan diri. Keadaan jadi panic. Ada yang langgar meja dan kerusi. Aku yang x tahu apa berlaku.. Panjat meja.. Itulah tabiat aku panjat meja. Kadang2 berlari dr satu meja ke meja lain.. Sambil berdiri atas meja .. Aku menjerit ." What... What..". Tapi x di endahkan. Semua bertempiaran lari. Kemudian aku tertoleh ke satu sudut. Aku nampak sekumpulan keluarga monyet datang bertandang ke kelas... Mungkin lawatan beramai2 agaknya sambil mengendong baby monyet. Dan membuat aksi melompat2 dalam kelas. Aku apa lagi macam biasa terbang lintang pukang .. berlari atas meja melarikan diri. Macam superman... Kita org pun ramai2 berkumpul satu tempat dan melihat bilik kelas di tawan dek monyet yang rakus.Banyaklah beg beg yang di rabak. botol air dan makanan yang dikidnap. Umpama pesta buat monyet monyet tu. Lepas jer monyet2 tu keluar dr bilik kelas.. Kita org pun beransur masuk.. pack balik barang. Ada yang nangis sebab beg koyak. Ada yang nangis barang kena kidnap. Dan aku steady jer sebab x der apa yang di rompak .. hanya skirt terkoyak sikit. hahahahhah. Akibat tersangkut entah mana2 masa nak melarikan diri.
Itulah akibatnya jika anda mempermainkan org. Akhirnya anda dipermainkan semula. Jangan sesekali anda mempermainkan cikgu. Kerana cikgu juga ader DAULAT nya. waaaaaaaaaaaaaaaaa.
Showing posts with label JLOB. Show all posts
Showing posts with label JLOB. Show all posts
Monday, April 27, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)




