Thursday, August 14, 2008

Jual Beli Emas

Ni bukan gelang emas, rantai emas, subang yang kita pakai. Nie aku nak citer maklumat yang aku kumpul n baca tuk dapat doit dari emas. So aku akan update dari semasa ke semasa maklumat nie. Harap sapa sapa yang tahu leh kongsi maklumat bersama

Untuk mereka yang nak melabur dengan emas nie ada 2 pilihan. Samada emas fizikal atau pun gold saving passbook.

Jenis emas fizikal
1) Kijang Emas (1 Oz)
2) Syiling emas UOB bank (1 Oz)
3) Gold bar (terbaik:PAMP Suisse dengan sijil ketulenan)
4) Dinar Emas Kelantan ( beli 1 Dinar)
5) Dinar Emas Islamic Mint (minima 1 Dinar)

Jenis Gold Saving Passbook (macam buku akaunlah bg sapa2 yang x mau pegang or simpan emas secara fizikal)
1) Public Bank gold saving passbook.
2) Maybank Gold saving passbook

Kijang Emas
Paling mudah dan menyenangkan bagi orang orang yang x brapa tahu macam saya nie.
Tempat dibeli : Maybank kaunter (lain bank x pasti. Kena semak balik)
Jenis yang di tawarkan : (harga pada 14/08/2008 dan international price USD 832 per ounce)
Size 1 oz ----- harga jual RM 2921----- harga beli RM 2830
Size 1/2 oz ----- harga jual RM 1488----- harga beli RM 1415
Size 1/4 oz ----- harga jual RM 758----- harga beli RM 707
Harga jual maksudnya - harga bank jual pada kita. Harga yang kita nak beli emas tu pada bank
Harga beli maksudnya - harga kita nak jual emas kita pada bank
(http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml <<< untuk dapatkan harga semasa di Maybank)
Keuntungan : Harga jual RM 2921 - harga beli RM 2830 = RM 91 @ 3.1%. Maksudnya bank amik untung 3.1%.
Jika dulu kita beli emas harga dia RM 2,500 dan nak dijual sekarang. Untung yang kita dapat RM 2830 - RM 2500 = RM 330.00
Cara membeli :
1. Kijang Emas dijual di Maybank cawangan tertentu sahaja (http://www.maybank2u.com.my/promotions/goldcoin.shtml#)
2. Bawa duit yang mencukupi sebab kena bayar cash.
3. Bawa IC sebab pembelian akan direkodkan dan anda diberi sijil pembelian. Pembelian Kijang emas bagi setiap individu tiada had.Sijil pembelian kena simpan sbb akan digunakan bila hendak dijual
Maklumat lain : Syiling ini boleh bawa ke pajak gadai kalau kita tak ada duit (hehehe)

bersambung......bila ada waktu