Showing posts with label pengetahuan am. Show all posts
Showing posts with label pengetahuan am. Show all posts

Tuesday, February 10, 2009

Nak Kaya? Kena Kahwin Dulu

Di dalam memilih imam bagi sembahyang berjemaah. Jika terdapat 2 orang lelaki yang mempunyai kepandaian yang sama, sama ada dari segi bacaannya, tajwidnya mahupun ilmunya. Maka, adalah lebih afdal untuk memilih lelaki yang sudah berkahwin.

Salah satu sebabnya adalah kerana , jiwa & hati orang yang sudah berkahwin adalah lebih tenang dan tenteram berbanding orang yang belum berkahwin. Oleh itu, sembahyangnya akan lebih khusyu’.

Bagaimana perasan tenteram itu? Saya tidak pandai nak jelaskan bagaimana.. hanya orang2 yang dah kahwin je yang dapat merasakan perasaan itu. Tapi seriously.. paling cepat, perasaan tenteram itu akan hadir kedalam diri anda dan anda dapat merasakannya sebaik sahaja anda melafazkan akad “kabul” majlis pernikahan anda…. dan paling-paling lewat… anda akan merasakan jiwa anda tenteram, apabila anda menutup lampu di bilik tidur pengantin selesai mengerjakan solat maghrib berjemaah dengan suami/isteri anda…
Selain daripada sunnah nabi, perkahwinan juga banyak mempengaruhi seseorang di dalam menentukan fokus serta matlamat di dalam kehidupan mereka.


Saya beri contoh mudah…

Sewaktu di alam persekolahan… matlamat “UTAMA” kita biasanya adalah.. mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan..

Sewaktu di peringkat universiti.. matlamat “UTAMA” kita pula ialah ingin mendapatkan “four flat”/keputusan cemerlang…. yer.. yer.. saya tahu , pada waktu ini, memang ada banyak lagi benda2 lain yang turut menjadi matalamat anda… seperti.. nak kereta viva, nak awek/balak loaded (macam saifulsham.. ho! ho! ho!), nak itu.. nak ini… dan bermacam-macam lagi perkara yang ingin dikecapi… tetapi antara kesemua matlamat itu, satu matlamat yang paling-paling “UTAMA” untuk anda capai ialah.. keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Matlamat-matlamat lain tu… hanya matlamat sampingan saje… kalau dapat! alhamdulilah.. kalau tak dapat pun.. masih ok je… takderlah sampai nak frust menonggeng…

Begitu juga selepas tamat belajar… matlamat UTAMA anda sekarang ialah.. nak mendapatkan pekerjaan!.. jarang yang menetapkan matlamat untuk kahwin ataupun ingin menjadi jutawan pada waktu ini…. kalau ada niat nak kahwin pun.. ia adalah matlamat no 2.. … matlamat no 1 pada waktu ini, ialah… mendapatkan pekerjaan dulu! atau sekurang-kurangnya.. membuat sesuatu yang mampu memberikan pendapatan yang stabil setiap bulan… Jadi.. matalamat no 1 pada waktu ini.. dapatkan pekerjaan/pendapatan tetap.

Selepas dah dapat pekerjaan… barulah fikir nak kahwin pula.. so.. matlamat UTAMA anda kini, ialah.. Nak Kahwin!!.. Matlamat nak jadi jutawan? Mungkin ada… tapi itu matlamat no 2… matlamat no 1 kini.. nak kahwin!!!..


Saya faham.. tidak semua orang mempunyai matalamat ini sebaik sahaja mendapat pekerjaan… ada sesetengahnya, mempunyai matlamat lain, ada yang matlamatnya ingin membantu keluarga terlebih dahulu, membantu ibu-bapa menyara perbelanjaan persekolahan adik-adik, membantu keluarga mendapatkan tempat tinggal yang selesa dan sebagainya. Lepas dah selesai semua tanggungjawap tersebut, barulah fikir pasal kahwin…

Pada tahap ini, saya gemar menggunapakaikan hirarki keperluan manusia daripada abraham maslow….

Mengikut teori abraham maslow mengenai hirarki keperluan manusia, antara perkara asas yang diperlukan oleh manusia ialah, udara, makanan, minuman, tempat tinggal, tidur dan sex…. selagi keperluan -keperluan asas ini tidak dipenuhi.. maka, manusia tidak akan fikirkan benda-benda lain seperti nak kahwin, nak jadi jutawan, nak kelihatan cantik, nak mendapat gelaran dato dan sebagainya…

Macam brader yang jual burger kat simpang jalan tu selalu cakap…. “Makan & minum sendiri pun tak cukup.. ada hati nak kahwin? Piirrah mabuk… wei!, hutang burger aku nie biler nak bayar? “…

Kalau ko nak kahwin sangat.. aku cadangkan ko kahwin ngan jane janda tu… dia tu banyak duit woo!” ujar brader jual burger itu lagi sambil memecahkan telur ke dalam kuali..

(Nama “jane” di dalam IC adalah “jenab”… ho! ho!.. saya dah mula merepek..)

Jika seseorang itu dari keluarga yang berkemampuan dimana, makan,minum & tempat tinggalnya sudah disediakan dengan selesa oleh ibu bapanya, maka… matlamat hidup mereka akan pergi ke keperluan asas yang seterusnya.. iaitu “sex”. ho! ho! ho!.. dan memandangkan agama islam melarang umatnya melakukan sex secara “bersepah-sepah”… maka sebuah institusi keluarga perlulah di bina untuk memenuhi keperluan asas yang satu ini.

Yang menariknya, apabila institusi ini berjaya dibina.. ia bukan sahaja akan melengkapkan level pertama di dalam teori maslow, malah.. akan terus melengkapi sehingga level ke -3 (iaitu mendapatkan perasan saling cinta-mencintai sesama manusia).. wah! bukankah islam itu sesuatu yang indah?

Tetapi.. berbeza dengan individu yang berasal dari keluarga yang sedikit kurang berkemampuan, dimana makan & minumnya satu kali sehari… maka, matlamat hidup utama mereka adalah mendapatkan makan & minum yang mencukupi terlebih dahulu. Setelah makan & minum mencukupi (2-3 kali sehari), maka.. barulah mereka akan berusaha untuk memenuhi keperluan tempat tinggal mereka agar menjadi lebih selesa. Lepas dah ok semua… barulah fikir nak kahwin pula.

Pendek kata… manusia ini sememangnya mempunyai matlamat serta fokus yang berbeza-beza, ianya bergantung kepada keperluan-keperluan serta tahap kepuasan yang ingin dicapai serta berperingkat-peringkat.

Didalam teori maslow, keinginan untuk menjadi “jutawan” terletak pada peringkat yang ke-4. Dimana, keinginan (motivasi) seseorang untuk menjadi jutawan biasanya wujud selepas peringkat-peringkat dibawahnya selesai, iaitu dimana, keperluan-keperluan seperti, makan, minum, tempat tinggal, sex, keselamatan diri, kestabilan diri serta institusi rumahtangga (yang akan memenuhi semua keperluan pada peringkat ke-3 iaitu keluarga, cinta, kasih sayang, perhubungan, anak dan sebagainya..) dipenuhi terlebih dahulu…


Kesimpulannya… jika anda bercita-cita ingin menjadi jutawan… anda kena kahwin dulu!.. ho! ho! ho!…


Kalau tak kahwin.. tak boleh jadi jutawan ke?


Boleh! Tapi.. perjalanan anda akan sedikit sukar.. kerana matlamat & fokus anda akan sering/mudah terpesong kepada perkara-perkara lain yang lebih utama seperti.. nak lulus periksa, nak cari kerja, nak kahwin, nak rasa dicintai dan sebagainya.


Kan dah cakap kat atas tadi… orang yang tak kahwin lagi nie.. jiwa mereka tak tenteram!… ho! ho! ho!


Sumber :- http://www.mohdsuhaimy.com/2007/06/05/nak-kaya-kena-kahwin/

Wednesday, December 3, 2008

Mana Satu Pilihan Hati

Saya bertanya kepada emak, "mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "
Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..
" Saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. "Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. "Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.." Saya memintas, "Tak faham.." Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi, "begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.

Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak.. "Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong..

Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. "Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi? "Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..

" Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. "Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . " "Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha "Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur..

" Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.." Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

~~sumber : - my beloved friend. tq~~

10 kelebihan COKE

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atauhilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
____________ _________ _________ _________ _______

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkanselama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang daritindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untukmencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
____________ _________ _________ _________ _______

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lapbumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karathilang!
____________ _________ _________ _________ _______

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat baterikereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
____________ _________ _________ _________ _______

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuangsetin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
____________ _________ _________ _________ _______

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setinCoke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
____________ _________ _________ _________ _______

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke danlap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual diYawata tu kerana ianya amat mahal!____________ _________ _________ _________ _______

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia bolehmeleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti sukani!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang laindalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan loriyang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu jugadiselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagianenjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni
!____________ _________ _________ _________ _______

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuhkopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapitambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.Wahh!Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadaplidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidakberapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalammulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tuhilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Andaminum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
____________ _________ _________ _________ _______

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuhserangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
____________ _________ _________ _________ ___________________


Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah adaMecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cucicermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur seranggadll.Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahancuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda bolehcuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimiadulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala!Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], timeraya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.

~~sumber :-my email~~