Monday, March 31, 2008

Happy Bday Semua

Hari sabtu 29/3, kita orang family, sepupu dan 2pupu kumpul kat umah nenek. Nak celebrate bday nenek yang tertunda 3/3 hari tu. Pastu sambutlah sekali bday mereka yang dalam bulan March. Nenek, Fara, Kak Ina, Mak long, Ucu Wal, Ucu Naya 'HAPPY BDAY TO ALL OF U' . Masa nak suruh nenek hembus lilin tu..nenek nangis, sedih. Sebab kita org semua ramai2 ader nak sambut bday dia.Selalunya anak, menantu, cucu n cicit jer. Tapi malam tu anak buah dia yang dia jaga masa kecik dulu pun ader juga. So terharulah nenek.

Nie antara gambar2 yang diambil malam tu. Sorry gambar yang di ambil dari kamera yang dah nak xpired malam tu. Dah menggong.Macam nak rosak. Kamera lagi satu belum transfer kat my album. Nanti nantilah saya transfer ok.

Ohh yer.. malam tu budak budak dapat goodie bag..aku pun dapat gak .. tapi dah kena kidnap.waaaaaaaaaaaa. I want cokie cokie

Nielah my beloved nenek









Family kita orang x ramai pun... Nanti aku tempek lagi gambar versi ke2 yer.Edisi bukak hadiah.
Rahsia diasebalik bday parti nie. Kita org terlupa bday Ucu Wal n Ucu Naya. Ohh sorry... many many sorry. Tapi kita org nie semua kontrol macho n cun.. Buat buat x tahu jer. Lepas habis nyanyi bday kat nenek, kak ina, fara n mak long.. kita org nyanyi lagu bday kat ucu ucu. Tapi dengan letak lilin kat muffin..hehehehe. Sorry ucu. Kek kecik. Tapi special. X kongsi ngan orang lain. Sorang dapat sebiji muffin..heheheh

Friday, March 28, 2008

Aku dingurat?

Semalam 27/3/2008 bermula lagi kejadian kali ketiga aku dikacau n dingurat oleh seseorang. Sapa x suka dingurat. Terasa macam best jer bila dingurat. Tapi ngurat yang nie aku x suka. Aku x ingin dan aku x mau lagi dingurat. Never never never.....

Semalam aku kejar masa. Sibuk bebenarlah aku semalam. Konon nak sibukkan diri alah alah menterilah..heheh. Aku nie parking lah kereta kat tepi jalan. Dengan harapan tak der MPSJ tarik keter aku pasai salah parking kat tepi jalan. Sebenarnya nak cepat. Nak gie bank. Depositkan cheque.

Dengan pantas.Aku kuar keter.. knik knock..aku kunci kereta dan terus jalan dengan cepat ke bank. Tetiba seseorang tegur aku.Hello dear. How are u.... Ohh tidak sapa kah tegurku sebegitu rupa. Pakwe encem ke. Anak dato ke. Aku pun tolehlah ke arah suara itu. Tidak ku sangka sangka angan angan ku meleset sekali. Rupanya mamat negro tegur aku. Dengan muka selamba. Buat dek. Malas nak layan. Dengan nak cepat. Aku x jawab. Aku terus blah. Sekali dia terus sebut 'Nice body..' Kepala hatuk ko nice body.. kalau kat tgn aku ader buah durian ke..helmet ke..dah aku hempuk kat kepala dia. Menggong nyer negro. Nasib time tu aku x berhenti n bebel kat dia.. Aku terus blah. Xder mood nak belasah mamat negro tu. Pasai dalam pala aku hanya..cheque..cheque...time...time...opis...opis.. aku kesuntukan masa... Sambil nak ke bank. Aku toleh gak tgk kat negro tu.. Dia pun duk asyik tgk aku.. Xper..ko tunggu situ.. Nanti aku kasi tau apa itu nice body

Lepas dah selesai kijer aku kat bank.Dengan perasaan yang tenang. Aku nak balik ke keter. Aku tengok negro tu x der dah. Nasib baik ko ilang.. Kalau ko ader taulah aku kijer kan ko negro. Aku tolak ko kat tgh jalan..biar body ko berketak ketak kena lenyek ngan bus.. fuhhh.Tu baru nama nyer nice body

Yang aku marah sangat nie.Pasai apa aku selalu kena kacau ngan negro. Hampreh sungguh. Kaco baik x perlah.. Aku pun suka..hehehe. Nie kaco yang hampeh nyer.. Dulu kena kaco nak minta seks kat aku. Menggong nyer orang. Last last aku mainkan dia. Aku suh dia tunggu kat satu tempat..Pastu aku ckp kat pak guard .. Tolong encik..tolong saya.. dengan suara org nak nangis.. ader org giler kaco saya kat situ.. Pastu aku blah.. Apa jadi kat negro tu aku x tahu.Padan muka. Dalam hati kecut perut oiiii. Silap2 dia tunggu aku esok nyer..pastu buat sesuatu kat aku.. Mampus aku..Sejak tu 6 bulan aku x gie tempat tu lagi..takut takut.

Persoalan: adakah aku nie rupa negro gak?adakah aku seksi?

Wednesday, March 26, 2008

Cinta VS Suka

Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...


Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...


Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan senyum...


Di depan orang yang kita cinta,
lidah kita kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...


Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar....


Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta,
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...


Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis....
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...


Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata


Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta...


Tetapi, hakikatnya....
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi....
Kasih sayangmu tuhan itu yang kudambakan
Dengan rahmatmu
Ampunilah dosaku..

Tuesday, March 25, 2008

Aku Telah Di Tag

Memula aku heran apa kebenda TAG tu.. apa yang si jejerz merepek pasal tag nie.. Sejak bila aku x paham bahasa dia nie 'dolf: kamu telah di tag oleh aku dengan jayanya!!huhuhu'. Ayat yang buat aku benggong. Sah sah budak nie merepek ngan aku.

Aku masuk JL plak. Ader lagi sebut tag.. Lagi buat aku kompius. Aku gie masuk blog Jejerz dan blog Tempe. Rupanya TAG = pencabulan handbag. Aku kena selongkar beg dan bagi tahu semua yang tersirat dan tersurat di dalam beg. Pertama kali dalam sejarah beg ku dicabul.. hahahahahha. Lawak betullah game blog nie. Tapi seronok gak. Boleh tahu apa yang aku sumbat selama nie dalam beg.


Itulah handbeg ku yang selalu aku bawa bila ke opis.Dalam tu aku sumbat dengan
- Buku rekod belanja
- Buku conteng conteng
- Buku ASB
- Beg tuk h/phone
- Handphone
- Pengetip kuku
- Charger
- Pen
- Kunci keter
- Kunci opis
- Name card org -org (baru perasan ada byk dlm beg aku)
- Resit zaman tuk kaduk
- Doit (x sangka aku jumpa dlm hbag)
- Kertas yang aku conteng resepi


Dalam beg duit aku plak ada...



- Duit RM 150.15 (dalam gambar dah campur doit yg terjumpa dlm h/b)
- Resit yang belum aku update masuk buku rekod
- KFC nyer kad gores gores (aku baru perasan.. dah xpired pun)
- Name card
- Kad ATM
- Shell autoservis card
- Smiles card
- Maybank mastercard
- Maybank visa
- Citibank Visa
- Jusco card
- IC (memang kaler biru)
- Lesen memandu
- Lesen memandu yang terkini

Tetiba aku baru perasan. Mana kad bonuslink aku..Ohh rupernya dalam kereta aku tinggalkan. Dan itu jerlah barang2 dalam handbag aku.

Mesti korang tertanya. Aku nie pompuan ke lelaki. Mana barang makeup aku. heheheheh. Buat pengetahuan korang gloss, lipstik, bedak, perfume semua aku tinggaikan kat kereta. Heheheheheh.

So sekarang aku akan tag blogger...... teng teng teng Znet, Gwanch , Data , GJ , boXx , Aisheteru

Monday, March 24, 2008

Bintang

Bintang .. oh bintang
Dari dulu kau menemani ku
Bagaikan tahu isi hatiku

Kau muncul bila ingin menghiburkanku
Kau hilang bila keweca denganku

Ingin sekali aku menemuimu
Mengapai bintang dan bermain denganmu

Tapi sayang
Kaki ku diikat
Badanku tidak boleh bergerak
Aku dikurung

Oh bintang tolonglah daku
Aku ingin lebih dari hanya melihatmu

Detik

Saat bertukar minit
Minit bertukar jam
Jam bertukar hari
Hari bertukar bulan
Bulan bertukar tahun

Masa terus berjalan
Aku masih terkapai kapai
Apa yang ku inginkan

Hanya satu
Ku ingin kamu
Masa mu

Tuesday, March 18, 2008

Jurnal JL Blogger Mania

Tadi aku masuk JL. Sekali ternampak posting Tempe yang nak kluarkan jurnal JL Blogger Mania. Buat pengetahuan semua JL blogger mania aderlah dr inspirasi si Tempe nie lah. Dialah yang berusaha dan mengusha dan mengayat forumer JL tuk buat blog dan masuk pertandingan ni. Jadi sebagai mengingati usahanyer dlam JL Blogger Mania nie dan detik detik semasa pertandingan nie. Dia wujudkan jurnal nie. Lagi pun pertandingan nie dah masuk musim kedua. Semoga pertandingan nie akan terus sampai bila bila. Jadi bagi semua yang nak review JL Blogger Mania musim 1 dan musim 2, boleh lah klik di link ini ...

Semoga JL Blogger Mania terus maju

Baibai kling kling

Hari tu aku gie jalan jalan kat Mydin Subang. Lepas habis shopping dalam perjalanan nak balik sambil tolak trolley. Aku ternampak sesuatu...lawanyer... aku terus beli and sangkut kat hp ku. Nilah dia partner hp ku skg .. pinky..





Cian kling kling aku yang lama nie.. aku dah sorok masuk laci.. aku dah x mau dah dia temankan hp ku lagi. baibai kling kling



Wednesday, March 12, 2008

Suratan Atau Kebetulan

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan( korus 1)

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati( korus 2 )

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

( ulang dari korus 1)

Tuesday, March 11, 2008

Al Fatihah


Pada pukul 1.15 pagi tadi aku terima berita, adik kawan ku namanya Khairul Azhar bin Bakri yang sakit tenat telah meninggal dunia dan kembali ke rahmatullah. Al fatihah buat adik kecik yang baru berusia 13 tahun.

Sungguh terkilan rasanya ati ku ini sebab tak dapat berjumpa dengan adik dia yang selalu berulang alik masuk ke IJN akibat sakit jantung, injap rosak dan baru baru ini buah pinggang tidak berfungsi. Kesian dgn adik tu yang masih kecil, hanya menghabiskan masa dengan berulang alik ke hospital dan kerap meninggalkan sekolah dan tiada aktiviti harian seperti kanak-kanak lain.Dan bagaimana dia begitu bersemangat menahan sakit tanpa merungut.

Percutian yang dirancang untuk menggembirakannya di Pulau Pangkor pada 9/3 dan 10/3 terpaksa dibatalkan kerana keadaan dia yang perlu dimasukkan ke hospital semula. Dan akhirnya adik kecik ini meninggal pada 11/3 pada jam 1.00 pagi.

Sedih betul hati aku ni sebab beberapa ari ini aku asyik teringatkan dia. Yang pasti penderitaan dia telah tamat dan Allah menyanyangi dia. Semoga rohnya dirahmati dan dicucuri rahmat. Amin. Semoga keluarga yang menyanyanginya tabah menghadapi semua ini


Monday, March 10, 2008

Honey
Dear
Laling
Switheart
No
is just only U

Thursday, March 6, 2008

Aku menang DUIT

Aku baru jer masuk umah,lepas balik dari kijer. ingat nak tgk kebun bunga.. nak belek belek bunga. sekali h/p aku berbunyi macam biasa.lagu ...'ku meniti. awan yang kelabu. ku tempuhi lorong yang berliku. mencari sinar yang menerangi kegelapanku..' lagu sudirman. Sapa plak lah yang bagi msg time gini. sekali aku tgk ader msg dr no yang aku x biasa.. uikss aku heran. no sapa plak nie.. kalau dr singapore ..lain jer no nyer.. sapa plak yg duk kat luar malaysia yg bg msg kat aku nie. dengan xcited.. bukak lah msg . punyerlah terperanjat dpt msg ...



'pengumuman dari petronas malaysia, tahniah! sim anda bertuah memenangi hadiah cek tunai RM 14,000.00. Sila hubungi 006281318952697. tq.'


aku dah terbayang dah RM 14,000.00. ader can beli keter baru..gelang baru...pie holiday.. terus aku jerit panggil...makkkkkkkkkk. aku bg tahulah msg tu.. sekali mak aku jawab selamba jer. Bila masa plak ko nie isi minyak guna petronas. Sah sah ko kena tipu. baru aku terperasan. bila masa plak aku masuk petronas.. selama nie aku kuar masuk ke shell jer. iyer tak yer gak.


aku x kira.. aku buat dek jer ngan mak aku.. aku cuba lah gak call. sekali operator tu sebut.. harap maaf talian yang anda hubungi sedang sibuk buat masa ini. napa plak kuar suara INDON nie... lohh no indon ke.. nie yg rasa macam kena main jer nie.


aku pun forward lah msg tu kat someone. dia kata. x payah..tu tipu jer tu. x yah caya.. pastu aku forward lagi kat someone no 2. dia jawab. tak payah.tu tipu jer tu. org tu nak abiskan doit prepaid awak jer..


fuhh dah 3 org kata aku kena tipu... sebelum org keempat sebut.. baik aku buat dek jer. teringin gak nak tanya petronas. tapi macam malas jer. skg nie aku buat bodoh jerlah. takan senang sangat org nak dpt doit kan... selalu aku masuk pertandingan punyerlah susah nak menang.. kalau menang pun takat menang air kotak ader lah.. ini doit RM 14k. for sure aku di tipu...fuhhh menggong betoi org yg antar msg tu.. memainkan perasaan aku.