Monday, March 24, 2008

Detik

Saat bertukar minit
Minit bertukar jam
Jam bertukar hari
Hari bertukar bulan
Bulan bertukar tahun

Masa terus berjalan
Aku masih terkapai kapai
Apa yang ku inginkan

Hanya satu
Ku ingin kamu
Masa mu

Tuesday, March 18, 2008

Jurnal JL Blogger Mania

Tadi aku masuk JL. Sekali ternampak posting Tempe yang nak kluarkan jurnal JL Blogger Mania. Buat pengetahuan semua JL blogger mania aderlah dr inspirasi si Tempe nie lah. Dialah yang berusaha dan mengusha dan mengayat forumer JL tuk buat blog dan masuk pertandingan ni. Jadi sebagai mengingati usahanyer dlam JL Blogger Mania nie dan detik detik semasa pertandingan nie. Dia wujudkan jurnal nie. Lagi pun pertandingan nie dah masuk musim kedua. Semoga pertandingan nie akan terus sampai bila bila. Jadi bagi semua yang nak review JL Blogger Mania musim 1 dan musim 2, boleh lah klik di link ini ...

Semoga JL Blogger Mania terus maju

Baibai kling kling

Hari tu aku gie jalan jalan kat Mydin Subang. Lepas habis shopping dalam perjalanan nak balik sambil tolak trolley. Aku ternampak sesuatu...lawanyer... aku terus beli and sangkut kat hp ku. Nilah dia partner hp ku skg .. pinky..





Cian kling kling aku yang lama nie.. aku dah sorok masuk laci.. aku dah x mau dah dia temankan hp ku lagi. baibai kling kling



Wednesday, March 12, 2008

Suratan Atau Kebetulan

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan( korus 1)

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati( korus 2 )

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

( ulang dari korus 1)

Tuesday, March 11, 2008

Al Fatihah


Pada pukul 1.15 pagi tadi aku terima berita, adik kawan ku namanya Khairul Azhar bin Bakri yang sakit tenat telah meninggal dunia dan kembali ke rahmatullah. Al fatihah buat adik kecik yang baru berusia 13 tahun.

Sungguh terkilan rasanya ati ku ini sebab tak dapat berjumpa dengan adik dia yang selalu berulang alik masuk ke IJN akibat sakit jantung, injap rosak dan baru baru ini buah pinggang tidak berfungsi. Kesian dgn adik tu yang masih kecil, hanya menghabiskan masa dengan berulang alik ke hospital dan kerap meninggalkan sekolah dan tiada aktiviti harian seperti kanak-kanak lain.Dan bagaimana dia begitu bersemangat menahan sakit tanpa merungut.

Percutian yang dirancang untuk menggembirakannya di Pulau Pangkor pada 9/3 dan 10/3 terpaksa dibatalkan kerana keadaan dia yang perlu dimasukkan ke hospital semula. Dan akhirnya adik kecik ini meninggal pada 11/3 pada jam 1.00 pagi.

Sedih betul hati aku ni sebab beberapa ari ini aku asyik teringatkan dia. Yang pasti penderitaan dia telah tamat dan Allah menyanyangi dia. Semoga rohnya dirahmati dan dicucuri rahmat. Amin. Semoga keluarga yang menyanyanginya tabah menghadapi semua ini


Monday, March 10, 2008

Honey
Dear
Laling
Switheart
No
is just only U

Thursday, March 6, 2008

Aku menang DUIT

Aku baru jer masuk umah,lepas balik dari kijer. ingat nak tgk kebun bunga.. nak belek belek bunga. sekali h/p aku berbunyi macam biasa.lagu ...'ku meniti. awan yang kelabu. ku tempuhi lorong yang berliku. mencari sinar yang menerangi kegelapanku..' lagu sudirman. Sapa plak lah yang bagi msg time gini. sekali aku tgk ader msg dr no yang aku x biasa.. uikss aku heran. no sapa plak nie.. kalau dr singapore ..lain jer no nyer.. sapa plak yg duk kat luar malaysia yg bg msg kat aku nie. dengan xcited.. bukak lah msg . punyerlah terperanjat dpt msg ...



'pengumuman dari petronas malaysia, tahniah! sim anda bertuah memenangi hadiah cek tunai RM 14,000.00. Sila hubungi 006281318952697. tq.'


aku dah terbayang dah RM 14,000.00. ader can beli keter baru..gelang baru...pie holiday.. terus aku jerit panggil...makkkkkkkkkk. aku bg tahulah msg tu.. sekali mak aku jawab selamba jer. Bila masa plak ko nie isi minyak guna petronas. Sah sah ko kena tipu. baru aku terperasan. bila masa plak aku masuk petronas.. selama nie aku kuar masuk ke shell jer. iyer tak yer gak.


aku x kira.. aku buat dek jer ngan mak aku.. aku cuba lah gak call. sekali operator tu sebut.. harap maaf talian yang anda hubungi sedang sibuk buat masa ini. napa plak kuar suara INDON nie... lohh no indon ke.. nie yg rasa macam kena main jer nie.


aku pun forward lah msg tu kat someone. dia kata. x payah..tu tipu jer tu. x yah caya.. pastu aku forward lagi kat someone no 2. dia jawab. tak payah.tu tipu jer tu. org tu nak abiskan doit prepaid awak jer..


fuhh dah 3 org kata aku kena tipu... sebelum org keempat sebut.. baik aku buat dek jer. teringin gak nak tanya petronas. tapi macam malas jer. skg nie aku buat bodoh jerlah. takan senang sangat org nak dpt doit kan... selalu aku masuk pertandingan punyerlah susah nak menang.. kalau menang pun takat menang air kotak ader lah.. ini doit RM 14k. for sure aku di tipu...fuhhh menggong betoi org yg antar msg tu.. memainkan perasaan aku.