Monday, April 7, 2008

Tag : 8 Random Fact About ME

Ini adalah kali kedua aku di tag. Korang nie mmglah suka antar virus kambing tau. Suka buat aku rajin nak update blog. Kalau tag senang x per gak. Nie tag benda yang susah aku nak jawab. Soalan nak promote diri sendiri jer. Dah tentunyer aku puji diri sendiri jap lagi. Mencik tau..

Tag kali ini '8 fakta mengenai diriku'. Entah napa dia bubuh 8 dan bukan 9, 10, 20, 30 aku pun tak tahu. Mungkin 8 nie no yang lebih ong dr no lain kot. Tag kali ini aku ditag oleh Tempe.. penyebar virus kambing.. heheheh.

Ok nie adalah tentang diriku. Tapi mereka yang rapat dengan aku mesti lebih kenal sapa diriku. Kadang kadang aku sendiri x tahu sapa diriku yang sebenarnya.

1. Aku adalah pompuan. Anak sulong kepada mak n abah aku. Anak yang diberi nama yang maksud nya cahaya warna warni. Nama jer anak sulong. Tapi x garang pun. Sensitip jer.. suka benar nangis. Orang cakap sikit jer. Aku dah nangis. Lorat betoi aku nie

2. Aku anak yang suka berkepit ngan mak. Dari kecik sampai dah tua nie pun still ngan mak. X boleh nak rengang. Adik adik aku cakap aku nie agent spy merangkap bodyguard mak aku. Disebabkan aku nie anak mak. Jadi aku nie x derlah kawan melainkan mak aku

3. Aku suka mengemas umah. Tapi kadang kala bersepah gak bila hormon malas datang. Bab masak memang aku x tahu tapi bab komplen masakan aku pandai. Cuma sejak akhir akhir nie jer aku dah mula rajin masak..Dan akhirnya badanku seindah masakan yang aku buat. hahahaha

4. Hidupku x berkembang. Aku dilahirkan di KL. Di Pantai Dalam. Disekolahkan dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke universiti semuanya di KL. Hidup aku hanya dibulatan tu jer. Tapi kini aku ikut keluarga pindah ke Puchong. Tapi kijer pun dapat di Puchong. Ku pikir aku dah berjaya kluar dr bulatan idupku. Tapi tetiba ketentuan tuhan. Aku perlu pulang ke bulatan itu semula. Kerna jodoh ku disana. Aku kena hidup dikawasan itu semula tidak lama lagi. waaaaaaaaaa

5. Aku suka kaler putih..putih..putih..putih.. I like it. Tapi entah kenapa baju ku banyak sungguh kaler pink. Kompius sungguh aku.

6. Aku x der hobi tetap. Hobi ku datang umpama angin. Jap angin barat, jap angin timur, jap angin tsunami. Suka suka aku jer nak buat apa bila masa lapang. Kadang2 mabuk baca novel. Bila dah surut. Mabuk tanam pokok bunga. Kalau dah surut, mabuk tulis cerpen. Pastu mabuk tengok wayang pastu mabuk berjalan pastu mabuk shopping pastu mabuk masak. Entah sampai brapa kali mabuk pun aku x tahu.

7. Aku jenis yang suka duk umah.Dan habiskan masa dengan keluarga. Aku jenis yang x pandai bersosial. Cuma bila dapat kawan. Aku akan layan kawanku itu dengan sebaik mungkin. Jadi masa aku hanya dirumah atau dengan kawanku yang itu sahaja.Mereka yang pernah luangkan masa denganku sebelum ini mungkin paham maksud ku. Awak pahamkan maksud saya. U will be alwayz in my heart. Percayalah

8. Aku suka nak pakai baju seksi seksi tapi body ku ini x pernah nak mengizinkan. Mencik betoi. Tapi aku suka pakai baju kebaya..

Adalah dengan ini aku akan mengTAG ....... data, inaz, jejerz
dan seterusnya Agent sesat .. aku tag ko serta merta berkuat kuasa ari ini juga

2 comments:

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Perfume, I hope you enjoy. The address is http://perfumes-brasil.blogspot.com. A hug.

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih