Wednesday, April 30, 2008

Selasa 29/4

wani ... x paham ahh.. kita discuss lepas kijer sambil pekena nasi kandar kat subang.. ok no hal . make sure bawa doit ekstra. wani nak makan spesiol...hehehehhe. setelah 3 thn rasanya x makan nasi kandar.. aku masuk kedai nasi kandar. tunggu partner aku sambil bawak drawing bagi project baru. Dah pukul 6 nie.. kedai sini semua macam nak tutup jer..

Skali kawan aku datang... discuss sikit kijer.. pastu kita org makan dulu.. aku makan nasi kandar with ayam goreng. uikssssssssssssss x sangka ayam dia SODAPNYA. yummy yummy.. x berhenti aku kata ngan kawan aku sedapnya ayam dia. dia pun cakap mmg ayam dia sedap. kalau tghari x dpt kusi langsung nak makan.. nak beli pun kena beratur.. aku rasa nasi kandar dia mmg marvelous.. yang pasti ayam dia mmg wala..aduihhh sedapnya. nanti nak ajak kawan2 aku pekena ayam kat situ.. sodap oiiii. mmg sodap. anyway tq kat kawan aku yang belanja makan .. sedap tu... lepas habis makan..terus discuss.. balik umah pukul 9 malam.. adoii penatnya rasa badan malam tu. Sekali masuk jer umah.. kring kring.. hp aku bunyi. wani sorry stawberry x dapat antar.. dah lembik... macamana nie. aku yang kekenyangan nie pun jawab. its ok. x per. x kesahlah. kawan aku tanya.. x per ke nie. cian plak x dpt antar stawbery nie. aku kata x kesah pun.. heheheh kijam betoi aku bagi jawapan sombong pasai dah kenyang.. hahahahahahhahahaha


Permintaan dari blo yang nak tau mana restoren tu : - di Subang Jaya SS 15 , Nasi Kandar Utara.

Isnin - 28/04

situasi pagi
Arini aku nak gie opis aku ikut jalan yang jarang2 aku lalu. Aku pusing ikut jalan belakang. Sekali aku ternampak senario yang pelik kat mata aku. Persal ramai org kuar pagi2 nie. Lelaki pakai kopiah nie.. yang pompuan plak pakai tudung ngan baju kurung. Aku heran. Sekali aku bukak tingkap keter.. aku tanya makcik yang nak naik motor..

wani : makcik makcik.. nak gie mana nie. Napa semua org kat luar nie..
makcik : Loh wani.. ko x tahu ke.
wani : Tahu apa? aku jadi binggung
makcik : Abah ko mana?
lohh makcik nie tanya aku plak lagi.. soalan aku x jawab.
wani : Abah dah gie kijerlah pagi2. Napa? apa hal...
makcik : Abah ko pun x tahu ke.
wani : Tahu apa makcik?
makcik: mak ko mana. mak ko x tahu ke
wani: mak kat umah lah
makcik : tu hah pakcik depan tu meninggal pagi tadi. jenazah kat surau.
wani : ya tuhan dalam ati aku kan senang dr tadi cakap gitu. aku pun jawab innallillah

semalam bapak aku dah jumpa dah pokcik tu kat spital. Tak sangka pagi nie dah meninggal. Teringat lagi detik detik terakhir pokcik tu hon keter kat aku. kata bagus bagus macam nie. rajin2 tanam pokok bunga yer.. kasi lawa. Semoga pokcik tu di tempatkan dikalangan orang orang yang beriman. amin

situasi di tengah hari
aku nak balik umah .. nak lunch kat umah. sekali aku heran.. napa plak mak aku n ramai makcik2 nie kumpul depan umah jiran aku nie. buat mesyuarat bini2 ke. Persal plak muka muka jiran yang jauh pun ader nie. aku kekompiusan. Sekali aku ternampak anak jiran aku tu.. mata bengkak.. tengah uruskan kain yang dijemur.. Apa plak hal yang berlaku nie. Satu satu hal jadi nie. Aku pun kuar dari keter. Sekali aku terdengar mak aku kata. Kepala dia berdarah. Nie citer apa plk nie. Mokcik jiran sebelah nie pengsan ke. Aku buat dek jer. Aku masuk umah.. senduk nasi n makan ngan sedap nyer lauk yang mak aku masak sambal ikan keli. Heran gak napa satu lauk jer nie. Tapi belasah jerlah. Dah lapo. Lepas makan.. aku lepak makan buah sambil tgk tv. Sekali mak aku masuk umah. Aku tanya. napa mak apa hal. Mak aku jawab apa hal ko kata tu hah makcik sebelah nie kena ragut tadi. pengsan tgh jalan.. dah antar ke spital.. Aku melopong. aku tanya .bila jadinya.. mak aku jawab baru jer jadi hah., polis pun baru balik. Aku sound mak aku.. mak pakai barang kemas lagi duk umah.. .. mak aku jawab..ikss x derlah pakai hah.. mana ader pakai. aku suhlah mak aku citer hal sebenar .. citer dia gini..

mokcik : yuhuu masak apa tu
mak aku : masak sambal ikan keli nie
mokcik : ingatkan kenduri depan nie nak tumpang masak depan umah akak
mak aku : ahhh tak perlah . ko jemur karpet ... karpet tu dah keras tu
mokcik: tulah ingat nak ketuk sikit lagi..kang bawalah masuk umah balik

mokcik tu pusinglah dr belakang umah ke depan .. nak ketuk karpet dia. mak aku yang salin lauk..dengan bunyi ketuk karpet 2 kali..pastu senyap.. pastu dengar bunyi motor kuat.. mak aku gie depan.. sekali mak aku jerit.. adik aku yang kat tingkat atas panik dengar mak aku jerit.. Cari mak aku.. Rupa rupanya mokcik yang baru jer x sampai 5 minit cakap ngan mak aku dah terlentang tengah jalan raya.. pengsan.. baru lepas kena ragut rantai.. mak aku boleh tergamam berdiri sebelah mokcik tu x tahu buat apa.. aderlah mokcik yang saksikan kejadian tu.. tolong panggil jiran lain ... semuanya pompuan..tolong angkat. Tel anak dia.. pastu bawa dia gie spital. Cek kepala mokcik tu berdarah sikit.

Dari citer mokcik tu yang jadi saksi..peragut tu dua org.. pakai spect n helmet.. macam budak2 lagi.. mokcik tu dah pukul peragut tu ngan kayu ketuk karpet. sampai kayu tu patah dua. Bila dah patah mokcik tu nak lari masuk umah.. peragut tu sempat tarik rantai n tolak mokcik tu sampai jatuh.

kesimpulannya.. aku kalau dapat peragut tu.. aku langgar ngan keter.. pastu tunjukkan mayat dak dak tu kat mak bapak dia. nie anak awak yang suka meragut. Banyak betoi kes ragut kat tempat tinggal aku. so moral of the story. ..selalulah berhati hati

Friday, April 25, 2008

Happy Bday to Joe

HAPPY BIRTHDAY TO ZUWAIRI
24 APRIL 2008





Wednesday, April 23, 2008

Love Note

Abang sayang dekat ayang 'lillahitaalah', itulah satu ucapan yang terbesar yang abang lafazkan. Dan sayang lah orang yang pertama dan terakhir hendaknya.




Isnin - 21/04/2008

Aku x sihat. Tambah ngan balik umah lewat pagi..Bawak abah aku gie urut. Mc last minit. X larat beb. Badan panas jer. Bila dah kuat sikit. Petang tu gie shopping. Tapi duk melepek jer kat bangku pasai x larat. Sekali aku terbau waffel..ermm..yummy yummy. Terus ader selera makan.Aku makan waffel stawberry + peanut. Terus sihat sikit..heheheheh. Balik umah. Ader org nak dtg plak. So layan jer...

Selasa - 22/04/2008

Aku x sihat lagi. Tapi kena datang kijer sebab ader tender yang nak kena buat. Asyik minum air jer. Terasa keletihan. And at the same time teringat seseorang.. hahahah. Demam windu agaknya. Malam aku tido awai..

Tuesday, April 22, 2008

Tag : Love Link

Aku dah di tag lagi sekali oleh si Jejerz nie. Adoi.. demam tag betoi lah bebudak yang buat blog nie. Tag kali nie lain plak caranya. Bak kata Jejerz "cara permainan tag ini ade lah dengan meng'copy' gambar dan links kat bawah nie dan tambah link blog korang then TAG plak orang2 yang selanjutnya sesuka hati anda...kiranya kita macam menyebarkan virus2 cinta ini seluruh alam maya la tuh...". kalau sebar doit best gak..leh beli cinta.. hahahahah.


[BennyLiew] [RamblingMoo] [Mum & Kids In Wonderland][JudeLittle] [Our Mini Blogsphere] [Rooms in My Heart] [JaniCeng] [ChinNee] [Jo-N] [LadyLava's Lounge] [Strange But True] [How's Life Bout] [My.Stories.] [Rhea Scarlet] [Warung Kopi O Ulquiorra] [JejerZ in Universe] [Wani Heaven]


Aku saja pakai tulisan kaler pink. Sebab pink sinonim ngan cinta. Pink ke merah.hentamlah.. atau dengan lain alasan gambar bunga yang aku x tahu namanya tu dah kaler pink.. so pakai jerlah kaler pink. Walaupun kaler nie leh membunuh mata..heheheh

Bunga apa yang korang sebarkan nie... berbentuk love plak hah. Memandangkan aku sekarang tengah mabuk cinta. Aku relakan diri tuk sebarkan tag nie gak.. hahahahahah.

Dear bunga cinta nie khas tuk u..
- Dengan ini aku tag pada Tempe, Inaz, Data, Muachacha-

Tuesday, April 15, 2008


Suka sangat tahan cincing..heheheheheh. ataupun terlebih press..hahah

Monday, April 14, 2008

mAK N aBAh



HAPPY 29TH ANNIVERSARY ABAH & MAK


WITH LOVE FROM
WANI, LELA, EPUL, ZIZI, ZURIN

Cerita di SUNway Lagoon

Semalam 13/04/2008....













Bersambung siri kedua ........

Love Story

Its a cute love story but with a sad ending.

A guy had cancer and had only 30 days left. He liked a girl working in a cd shop but never told her about his love. Everyday he used to buy a cd just to spend sometime with her. After a month he died. When the girl went in search for him. His mom told that he died out of cancer and took her to his room. When she saw all the cd's unopened,the girl started crying. U no why?

She had love letters for him inside the cd's. Both loved but never xpressed.

(Msg form Inaz.. TQ)

Cinta Sejati

Isteri: "Bang"
Suami: "Yer"
Isteri: "Leh cakap"
Suami: "Cakaplah"
Isteri: "Malaslah"
Suami: "K"

Komunikasi 3 sen setiap hari..

Wednesday, April 9, 2008


Aku merajuk.. ku ingat akan dipujuk. Ghupernya ader orang lagi merajuk dari aku.Terus tutup telephone. Hampreh dot com betoi lah. Mencik mencik..mencikkkkkkkkkk. I hate u

Drama Kawin Muda


Sekarang aku tengah giler menonton citer Kawin Muda. Cerita dari Indonesia. Biasalah citer cintan cintan nie. Tapi cerita dia cerita cinta yang kelakar. Jarang aku tonton TV1. Tapi sebab citer nie.. aku akan melekat depan tv. Tak akan berjalan jalan atau meronggeng setiap ari isnin sampai jumaat dari pukul 7.30 sampai pukul 8.00 malam. Hanya kerna cerita nie.. Aku dah jatuh cinta ngan cerita nie. Aduhhhhhh. Arga and Sera ... aku jatuh hati sama kamu...


Nie sipnosis cerita nie sebanyak 26 episod yang aku dah translate ke bahasa Malaysia ..


Drama bergenre remaja ini bercerita tentang kehidupan dua anak muda yang menjadi korban perjodohan kerana tradisi keluarga. Cerita ini dibintangi Agnes Monica (sbgai Sera), Okan Kornelius (sbgai Agha), Baim Iskandar, Girindra Kara, Cahya Kamila. Lidya Kharismawati, Esmeralda, Rinna Hassim, dan Faris Djibran, menyuguhkan suatu cerita dengan berbagai konflik suka duka remaja yang harus menikah diusia muda.

Mengisahkan konflik remaja yang menikah diusia muda . Sera (
Agnes Monica) 17 tahun dan masih duduk dibangku SMU, tidak menyangka kehidupannya bakal berubah hanya dalam waktu sekejap. Perjodohan yang suadah diikrarkan orangtua sejak ia kecil, menjadi boomerang buatnya ketika beranjak dewasa. Pertemuan kedua anak muda yang sama-sama punya sifat keras kepala dan kekanakan ini dalam satu iktan perkawinan, membuat hidup mereka menjadi kacau bilau dan dunia terasa seperti kiamat untuk kelanjutan hidup mereka. Ternyata, menjalani hidup kawin muda tidaklah semudah yang mereka bayangkan.


Yang pasti cerita nie buat aku gelak jer.. heheheheh... Nak masukkan sekalilah lagu Agnes monica.. 'Takde logika' lagu tema dia .


Artist : Agnes Monica
Title : Tak Ada Logika

Karna aku tak tahu
Kau sudah ada yang punya
Atau bisikan cinta
Ku tahu engkau berdusta

Namun ku tak mau mengerti
Selama kau masih bersamaku
Karna ku suka
Ku butuh cinta yang pernah hilang dariku

Cinta ini kadang tak ada logika
Bersih semua hasrat dalam hati
Ku hanya ingin dapat memiliki
Dirimu hanya untuk sesaat

Karna aku tak tahu
Kau sudah ada yang punya
Karna kau telah bisikkan cintamu padaku
Ku tahu kau telah berdusta


Monday, April 7, 2008

Tag : 8 Random Fact About ME

Ini adalah kali kedua aku di tag. Korang nie mmglah suka antar virus kambing tau. Suka buat aku rajin nak update blog. Kalau tag senang x per gak. Nie tag benda yang susah aku nak jawab. Soalan nak promote diri sendiri jer. Dah tentunyer aku puji diri sendiri jap lagi. Mencik tau..

Tag kali ini '8 fakta mengenai diriku'. Entah napa dia bubuh 8 dan bukan 9, 10, 20, 30 aku pun tak tahu. Mungkin 8 nie no yang lebih ong dr no lain kot. Tag kali ini aku ditag oleh Tempe.. penyebar virus kambing.. heheheh.

Ok nie adalah tentang diriku. Tapi mereka yang rapat dengan aku mesti lebih kenal sapa diriku. Kadang kadang aku sendiri x tahu sapa diriku yang sebenarnya.

1. Aku adalah pompuan. Anak sulong kepada mak n abah aku. Anak yang diberi nama yang maksud nya cahaya warna warni. Nama jer anak sulong. Tapi x garang pun. Sensitip jer.. suka benar nangis. Orang cakap sikit jer. Aku dah nangis. Lorat betoi aku nie

2. Aku anak yang suka berkepit ngan mak. Dari kecik sampai dah tua nie pun still ngan mak. X boleh nak rengang. Adik adik aku cakap aku nie agent spy merangkap bodyguard mak aku. Disebabkan aku nie anak mak. Jadi aku nie x derlah kawan melainkan mak aku

3. Aku suka mengemas umah. Tapi kadang kala bersepah gak bila hormon malas datang. Bab masak memang aku x tahu tapi bab komplen masakan aku pandai. Cuma sejak akhir akhir nie jer aku dah mula rajin masak..Dan akhirnya badanku seindah masakan yang aku buat. hahahaha

4. Hidupku x berkembang. Aku dilahirkan di KL. Di Pantai Dalam. Disekolahkan dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke universiti semuanya di KL. Hidup aku hanya dibulatan tu jer. Tapi kini aku ikut keluarga pindah ke Puchong. Tapi kijer pun dapat di Puchong. Ku pikir aku dah berjaya kluar dr bulatan idupku. Tapi tetiba ketentuan tuhan. Aku perlu pulang ke bulatan itu semula. Kerna jodoh ku disana. Aku kena hidup dikawasan itu semula tidak lama lagi. waaaaaaaaaa

5. Aku suka kaler putih..putih..putih..putih.. I like it. Tapi entah kenapa baju ku banyak sungguh kaler pink. Kompius sungguh aku.

6. Aku x der hobi tetap. Hobi ku datang umpama angin. Jap angin barat, jap angin timur, jap angin tsunami. Suka suka aku jer nak buat apa bila masa lapang. Kadang2 mabuk baca novel. Bila dah surut. Mabuk tanam pokok bunga. Kalau dah surut, mabuk tulis cerpen. Pastu mabuk tengok wayang pastu mabuk berjalan pastu mabuk shopping pastu mabuk masak. Entah sampai brapa kali mabuk pun aku x tahu.

7. Aku jenis yang suka duk umah.Dan habiskan masa dengan keluarga. Aku jenis yang x pandai bersosial. Cuma bila dapat kawan. Aku akan layan kawanku itu dengan sebaik mungkin. Jadi masa aku hanya dirumah atau dengan kawanku yang itu sahaja.Mereka yang pernah luangkan masa denganku sebelum ini mungkin paham maksud ku. Awak pahamkan maksud saya. U will be alwayz in my heart. Percayalah

8. Aku suka nak pakai baju seksi seksi tapi body ku ini x pernah nak mengizinkan. Mencik betoi. Tapi aku suka pakai baju kebaya..

Adalah dengan ini aku akan mengTAG ....... data, inaz, jejerz
dan seterusnya Agent sesat .. aku tag ko serta merta berkuat kuasa ari ini juga

Thursday, April 3, 2008

Me alone...

Hari nie aku tahap kebosanan. bosannnnnnnnnnnnnnnnn. Nak nangis pun ader bila bosan. Kawan kawan semua sibuk. Semua x der masa nak layan aku. Masing masing dengan hal masing masing. Tetiba aku rasa lonely.. Napa lah arini semua ignore aku.

Aku rasa macam nak gie Narathiwat jer. Sekurang kurangnya masa berjalan ngan cepat kat sana. Dan aku boleh buat banyak perkara kat sana sampai x der masa nak pikir lonely nie.

Wednesday, April 2, 2008

Kembang sungguh hati aku bila terima mms nie malam tadi.. mekasih dear. Kembali ke memori silam. zasssss...