Merdeka ..Merdeka..Merdeka.. menjelangnya detik 31 Ogos 2007 maka sudah genaplah 50 tahun kita mengecapi kemerdekaan di bumi Malaysia ini. Semua orang pasti sudah tahu sejarah dan kesusahan, kepayahan pejuang2 dahulu yg memperjuangkan kemerdekaan bagi negara kita ini. Tanpa mereka kita generasi kini pasti tidak dapat mengecapi kemerdekaan. Sejak dari zaman persekolahan kita telah diserapkan dengan erti kemerdekaan. Sambutan kemerdekaan setiap tahun disambut dengan begitu gah sekali. Dan disini saya tidak akan bercerita panjang mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia. Jika anda ingin mengetahui sejarah kemerdekaan Malaysia bolehlah memperolehi maklumat di http://www.arkib.gov.my/main.htm dan seterusnya memperolehi jawapan bagi soalan soalan yang saya kemukakan dibawahApa kata kita berkongsi kuiz disini. Kalau benar anda anak merdeka, pasti anda akan tahu jawapan bagi kuiz ini.
1.Siapakah Bapa Kemerdekaan?
2.Bilakah Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan nama Jalur Gemilang pada Bendera Malaysia?
3.Bilakan nama Malaya ditukar kepada Malaysia?
4.Tun Hussein Onn adalah perdana Menteri Malaysia yang keberapa?
5.Lagu Terang Bulan merupakan lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu yang berasal dari negeri mana?
6.Tahun ini merupakan tahun kemerdekaan yang keberapa?
7.Rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang pertama mempunyai 11 jalur yang berwarna apa?
8.Peristiwa penurunan bendera British pada 31 Ogos 1957, jam 12 malam berlaku dimana?
9.Tahun berapakan Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia?
10.Apakah tema Hari Merdeka Tahun ini?
Adalah martabat merdeka itu atas beberapa martabat.
1. Merdeka orang am(awam) itu ialah merdeka daripada cengkaman nafsu syahwatnya.
2. Merdeka orang yang "khas" (arif) itu ialah merdeka daripada pengaruh sebarang kehendak untuk kepentingan diri kerana "fana" (telah hilang atau lenyap) kehendaknya daripada Iradat Al-Haq.
3. Merdeka orang yang "Khowasul Khowas" (Para Nabi, Rasul dan Wali Allah yang Kamil lagi Mukamil) itu ialah merdeka daripada Rusum (isyarat atau sesuatu yang boleh diperkatakan dengan bahasa) dan Asa r(bekas)
Kemerdekaan yang sebeginilah seharusnya diperjuangkan oleh kita semua!!! Perjuangan untuk melepaskan diri dari belenggu nafsu syahwat dan kejahilan sahaja yang boleh menyelamatkan kita daripada diperbodohkan oleh diri sendiri, diperkudakayukan dan dikelirukan oleh manusia.
Anak anak yang perlu kemerdekaan
Anak anak Malaysia yang merdeka
Soalan? Merdekakah aku.......
Semasa saya kecil saya berasa hairan mengapa semua orang bangun awal pagi dan menonton tv. Sedangkan waktu itu biasanya saya yang akan bangun pagi untuk menonton kartun. Bila emak buka siaran langsung perarakan Hari Kemerdekaan, saya jadi seronok melihat warna warni dan ramai orang memegang bendera.Terasa dihati hendak pergi tapi mendiamkan diri. Bila mula memasuki sekolah. Macam macam aktiviti kemerdekaan dijalankan. Saya masa tu kecil lagi, apa yang saya tahu melukis poster..
Pahlawan
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika namamu tanpa bunga
Penjajah mengatakan engkau derhaka
Maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya
Gema seabad silam
Inggeris datang meredah pahang
Bersama peluru bersama senapang
Membunuh menangkap setiap pejuang
Sungai semantan berubah merah
Bukan sarap hilir ke kuala
Bukan rakit mudik ke hulu
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat
Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
Bukan bintang tersemat di dada
Semangatmu api negara berdaulat
Namamu terukir di jantung rakyat
Pelbagai program yang dianjurkan dan disambut oleh kerajaan mahupun swasta dalam meraikan kemerdekaan Malaysia yang ke 50. Oleh itu satu portal telah dibangunkan sempena 50 tahun kemerdekaan. Saya berharap anda dapat melayari portal ini dalam usaha untuk menyokong dan meraikan sambutan Merdeka ke 50. Sila klik di sini untuk melayari portal tersebut

Akhir kata dari saya Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 50 Tahun. Malaysiaku Gemilang.
UNDILAH SAYA UTK JL BLOGGER MANIA SEKIRANYA ANDA RASA SAYA LAYAK. SILA DAFTAR DIRI ANDA DI http://www.jomlayan.com/ UTK MENGUNDI.












