Thursday, February 19, 2009

Ini Aku

Kemahuanku akan membentuk masa depanku.
Samada aku berjaya atau gagal mencapainya,
tiada siapa yang patut dipersalahkan melainkan diri aku sendiri.
Kuasa ditanganku. Aku perlu berusaha mengatasi apa jua halangan yang menantiku
atau aku akan sesat dalam jalan yang berliku.
Pilihan yang aku buat adalah tanggungjawabku sepenuhnya;
menang atau kalah,
berjaya atau tidak,
benar atau salah;
cuma aku yang mempunyai kunci untuk menentukan hala tuju hidupku....
HANYA AKU .....

Cinta v4

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurus cinta begitulah kamu mengurus dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dgn seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta.
Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa
Apabila ia datang mengetuk pintu hati mu
Terimalah kehadiran cinta itu dgn segala misteri di dalamnya
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia

Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu...
Semoga semua dapat bertemu dgn cinta yg sejati dan jujur.... Insya Allah.................................

For U

KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi...

KASIHKAN manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.

SAHABAT yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
SAHABAT sejati menjadi pendorong impian.
SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.


ORANG-ORANG yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

HATI yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

KAWAN sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik atau burukmu.

Cinta v3

Cinta bukan melemahkan hati,
bukan membawa putus asa,
bukan menimbulkan tangis sedu sedan.
Tetapi cinta menghidupkan penghargaan,
menguatkan hati dalam perjuangan,
menempuh onak dan duri penghidupan."
~H A M K A~

Cinta v2

Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka,
barangkali ia akan menjadi orang yang engkau benci suatu hari kelak.
Juga bencilah terhadap orang yang engkau benci itu sekadarnya saja,
barangkali ia akan menjadi orang yang engkau kasihi suatu hari nanti.

Sebaik-baik kaya ialah kaya hati;
Sebaik-baik bekal ialah taqwa;
Seburuk-buruk buta ialah buta hati;
Sebesar-besar dosa ialah berdusta;
Seburuk-buruk usaha ialah memungut riba;
Seburuk-buruk makanan usaha ialah makan harta anak yatim;
Siapa memaafkan orang akan dimaafkan Allah;
Dan sesiapa mengampuni orang akan diampuni Allah.

Cinta v1

Cinta lelaki selalunya manis
Cinta lelaki sukar meminta maaf
Cinta lelaki mudah diagih-agihkan
Cinta lelaki susah dipamerkan

Cinta wanita selalunya pahit
Cinta wanita selalunya kudus Setia dan romantis
Cinta wanita pandai memujuk
Cinta wanita sanggup terseksa
Jika terdera Bila dipujuk mudah lupa

Cinta Sejati tidak bertambah dengan kebaikan
Cinta Sejati tidak bertambah dengan kekayaan
Cinta Sejati tidak berkurang dengan keburukan
Cinta Sejati tidak berkurang dengan kemiskinan
Cinta Sejati tak pernah terancam
Cinta Sejati tak pernah curiga
Tapi Selalu berwaspada
Selalu bersangka baik
Selalu bermaaf-maafan
Tanpa perlu dipohon
Cinta Sejati tanpa bersyarat
Kalau bersyarat tak kekal lama
Cinta Sejati tidak pohon dibalas
Kerana Semua itu tak kekal lama
Cinta Sejati pertimbangan adil
Cinta Sejati mendidik anak berjiwa nabi
Cinta Sejati semakin tua semakin sayang

Apa rahsia Cinta Sejati?
Agama dijunjung
Syariat disanjung
Pasaknya iman
Ketetapan hanya pada Tuhan Rabbul Izzati