Friday, December 5, 2008

Mimpiku V2

Pagi ni aku terbangun lambat sebab malam tadi tido lewat . Bangun jer pagi2 aku tercengang. Apa yang aku mimpi malam tadi. Adakah sign yang ku pohon. Atau mainan mimpi ... jeng jeng jenggg..meh aku ceritakan mimpi aku malam tadi

Dalam mimipi tu aku tengah berlari , melarikan diri entah dr apa , siapa. Berlari menuju kemana aku x tahu. Sedang aku berlari di satu kawasan.. kawasan tu ramai sungguh dengan org yang memakai pakaian pengantin di sana sini. Aku tertoleh ke kanan. Aku ternampak arwah kawan aku Ayu yang dah meninggal kerana barah otak masa umur 15 tahun. My only best friend. Semenjak dia meninggal dunia . Nilah kali kedua aku mimpikan dia. Ayu senyum pada aku dalam pakaian pengantin warna putih. Cantik. Tapi aku x pedulikannya. Aku hanya pandang dia sambil berlari. Tetiba dihadapanku.Kawan aku waktu sekolah dulu memakai pakaian pengantin lalu depan aku juga. Aku x hirau kan dia juga. Aku seperti nak larikan diri.

Tetiba aku dengar satu suara bercakap. Suara sapa aku x tahulah . " Siapa yang kawin ni" satu lagi suara jawab "Dia". Dia yang dimaksudkan siapa. aku x tahu.

Ada lagi suara suara yang ramai memanggil nama aku. Aku x tahu sapa yang panggil. Aku mencari2 suara tu. Sekali aku ternampak disatu sudut ader beberapa org sedang memanggil aku dan mengajak aku datang kepada mereka. Aku nak berlari ke arah mereka. Masa tu aku ternampak salah sorg yang memanggil aku tu ialah NIDA. hah NIDA? Tapi masa aku nak berlari ke arah Nida. Aku tetiba nak toleh memandang arwah kawan aku tu . Dia tersenyum pandang aku. Cantik wajah dia. Berpakaian pengantin warna putih. Aku berhenti lari dan terus memandang dia dalam dalam. aku senyum pada dia. dia senyum balik pada aku ... Pastu tetiba terus OFF. semua ilang .. aku rasa sampai tu jer mimpi aku ..

Erm ayu .. Siti Rahayu.. arwah yang meninggal dunia waktu umur 15 tahun. I miss her. Dulu masa arwah meninggal aku susah hati sgt2. Sebab aku x dapat jumpa arwah sebelum dia dikebumikan. Aku x sempat. Hari2 aku berdoa n baca quran untuk dia . Aku terlalu sedih masa dia meninggal . Sebab masa umur 15 tahun tu aku x pernah merasai kehilangan org di sekeliling aku.. Sampai lah satu malam. arwah datang dalam mimpiku. Cantik. Bercahaya2 muka dia. Senyum pada aku. Dalam mimpi tu aku x henti2 bebel kat dia. Aku kata aku risaukan dia. Tapi dia satu patah ayat x cakap. Dengar jer aku bebel kat dia . Dia tersenyum jer pada aku. Dan kali ni dia datang semula dalam mimpi aku sambil tersenyum. Ayu .. apa awak nak bagi tahu saya . Im sure only u knw how i feel .. I miss u Ayu. Miss u a lot .

2 comments:

Sick6tySix™ said...

Hurm.. dalam maknenye tu..

husz_nie said...

dlm mimpi tu sis berlari..
tp dlm perlarian sis, sis masih jumpa org2 yg sis kenal..

mayba nak bgtahu.. kdg2 kita rasa mcm nak larikan diri.. jauh kita pergi.. tapi tak kita kemana pun kita pergi.. sejauh mana pun.. kita akan balik ke situ juga.. ke permulaan.. bertemu dgn org yg kita rindu..

so dr berlari.. why not grab yg di depan mata.. :siol: