Tuesday, December 16, 2008

Cintai Aku By Sofaz





Andai angin mampu kirimkan
pesan untukmu yang telah ku ucapkan
cintai aku dan bukan yang lain
tak ada lagi yang kuinginkan
selain hanya dirimu

Andai bintang mampu sinari
hati dan tubuhku agar terlihatmu

cintai aku dan bukan yang lain
tak ada lagi yang kuinginkan
selain hanya dirimu

(kaulah pilihan)
Jadilah seperti yang aku mahu
(kaulah pilihan)
Selalu bersamaku
siang dan malam
(kurasa benar)
Kaulah pilihan
dari segala ada
Kurasa benar saat bersamamu
Bersamamu

Miliki aku dan bukan yang lain
tak ada lagi yang kuinginkan
selain dirimu
(kaulah pilihan)

Jadilah seperti
yang aku mahu
(kaulah pilihan)
Selalu bersamaku
siang dan malam
(kurasa benar)
Kaulah pilihan
dari segala ada
Kurasa benar saat bersamamu
Bersamamu
Kurasa benar
Bersamamu
Bersamamu

Friday, December 5, 2008

Mimpiku V2

Pagi ni aku terbangun lambat sebab malam tadi tido lewat . Bangun jer pagi2 aku tercengang. Apa yang aku mimpi malam tadi. Adakah sign yang ku pohon. Atau mainan mimpi ... jeng jeng jenggg..meh aku ceritakan mimpi aku malam tadi

Dalam mimipi tu aku tengah berlari , melarikan diri entah dr apa , siapa. Berlari menuju kemana aku x tahu. Sedang aku berlari di satu kawasan.. kawasan tu ramai sungguh dengan org yang memakai pakaian pengantin di sana sini. Aku tertoleh ke kanan. Aku ternampak arwah kawan aku Ayu yang dah meninggal kerana barah otak masa umur 15 tahun. My only best friend. Semenjak dia meninggal dunia . Nilah kali kedua aku mimpikan dia. Ayu senyum pada aku dalam pakaian pengantin warna putih. Cantik. Tapi aku x pedulikannya. Aku hanya pandang dia sambil berlari. Tetiba dihadapanku.Kawan aku waktu sekolah dulu memakai pakaian pengantin lalu depan aku juga. Aku x hirau kan dia juga. Aku seperti nak larikan diri.

Tetiba aku dengar satu suara bercakap. Suara sapa aku x tahulah . " Siapa yang kawin ni" satu lagi suara jawab "Dia". Dia yang dimaksudkan siapa. aku x tahu.

Ada lagi suara suara yang ramai memanggil nama aku. Aku x tahu sapa yang panggil. Aku mencari2 suara tu. Sekali aku ternampak disatu sudut ader beberapa org sedang memanggil aku dan mengajak aku datang kepada mereka. Aku nak berlari ke arah mereka. Masa tu aku ternampak salah sorg yang memanggil aku tu ialah NIDA. hah NIDA? Tapi masa aku nak berlari ke arah Nida. Aku tetiba nak toleh memandang arwah kawan aku tu . Dia tersenyum pandang aku. Cantik wajah dia. Berpakaian pengantin warna putih. Aku berhenti lari dan terus memandang dia dalam dalam. aku senyum pada dia. dia senyum balik pada aku ... Pastu tetiba terus OFF. semua ilang .. aku rasa sampai tu jer mimpi aku ..

Erm ayu .. Siti Rahayu.. arwah yang meninggal dunia waktu umur 15 tahun. I miss her. Dulu masa arwah meninggal aku susah hati sgt2. Sebab aku x dapat jumpa arwah sebelum dia dikebumikan. Aku x sempat. Hari2 aku berdoa n baca quran untuk dia . Aku terlalu sedih masa dia meninggal . Sebab masa umur 15 tahun tu aku x pernah merasai kehilangan org di sekeliling aku.. Sampai lah satu malam. arwah datang dalam mimpiku. Cantik. Bercahaya2 muka dia. Senyum pada aku. Dalam mimpi tu aku x henti2 bebel kat dia. Aku kata aku risaukan dia. Tapi dia satu patah ayat x cakap. Dengar jer aku bebel kat dia . Dia tersenyum jer pada aku. Dan kali ni dia datang semula dalam mimpi aku sambil tersenyum. Ayu .. apa awak nak bagi tahu saya . Im sure only u knw how i feel .. I miss u Ayu. Miss u a lot .

Wednesday, December 3, 2008

40 TIPS UNTUK JIMAT PETROL KERETA

40 tips dan juga jawapan aku ..heheheheheh

1. Servis kereta ikut jadual - kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum << servis tu tuko minyak itam jer kan.. heheheh

2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali) << what is penapis minyak petrol

3. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( Tak hitam & gap OK ) << dah tuko. baru pun tuko. baru tahu kena tuko

4. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin, minyak makan... << paling malas isi angin keter. panas.kotor and mesin tu kadang2 menggong

5. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma system kene bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi << akunyer keter kancil. oklah tu

6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh la takut engin lemau << ohhhh meter yang besar lagi satu tu yer. x pernah perasan fungsinya

7. Go slow man ! jangan speeding .90-100 km/j tu kira ok la.., tapi kalau terbakar sebab ada orang ajak race - kejar.. jgn tak kejar << zaman skg mana leh 100 jer. x cukup masa kalau bawak slow2

8. Elakkan kesesakkan jalan raya, lagi lama tersangkut (engin idle) lagi makan minyak (kene tukar gear selalu) << x dapat nak elak kan

9. Kalau parking menunggu tu, matikan engin << mana leh . kang org cepat2 masuk parking.kita baru nak start enjin

10. Berkongsi kereta << x der sapa nak kongsi keter ngan saya

11. Naik motor (4 lejang) << x naik motor

12. Naik Basikal << dah lupa nak naik beskal macamana

13. Naik pengangkutan awam << x naik pun

14. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang) << apa tu . x paham pun

15. Pakai rim tayar biasa dah le, kalu nak pakai sport rim biar sesuai dgn kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus - ringan maa... macam kereta klasik) << x tuko rim pun

16. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog << hah? apakah maksud itu. stesen minyak skg pakai meter digital kan

17. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa - 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!) << malas nak amik tahu apa benda tu

18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak << kalau isi cepat2 gas dia banyak kuar. buat tersedak bau gas jer

19. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah << constructionnya site x dapatlah nak elakkan

20. Gunakan engin Hybrid (gas-electric) << akunyer keter biasa nyer jer

21. Guna engin Electric (pakai bateri) << ader ke kat msia org pakai enjin nie

22. Gunakan tenaga solar << cuba citer sikit mana keter tu jual

23. Kurangkan penggunaan air-con, << panas. x leh tahan lah

24. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain utk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yg power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO ) << x baik cucuk2 keter org tau

25. Buang Catalytic converter pada system ekzos dan ganti dgn free flow center bullet (Tapi sebelum buat pastikan tahap kecekapan pembakaran engin anda ditingkatkan, kalu tidak banyak asap keluar beb) << lagi satu benda yang x difahami

26. Ganti ekzos belakang dgn free flow ekzos (Kalu takut bising, cari yg brand baik punyeee, mesti marii) << sorry doit tarak.

27. Loweredkan kereta anda << x boleh bonggol jalan byk sgt. rosak keter

28. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah la.Ini bertujuan untuk kurangkan rintangan angin, tapi skirt tampal tak main sebab takut angin tembus << keter pakai skirt ke?

29. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise << kalau rajin bolehlah

30. Cari tempat kerja dekat dgn rumah, kalau dapat tidur,makan, berak,mandi kat office lagi best. << macam senang cari

31. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba korang kene jemur.. masak dibuatnye. << mana nak cari parking tutuplah . susah

32.. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak << nie aku selalu amalkan

33. Jangan bawak banyak barang. Kalau boleh bawak yg perlu sahaja. Penggunaan minyak bergantung kepada weight/power ratio - power kereta dah fix, bila berat bertambah - nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan turunkan perut tu.... << keretaku umahku

34. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-con dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan seseorang itu Bila dah 'panas' mula la jadi samseng jalan raya << ohhhh ader can nak bersandiwara dalam keter yer

35. Terdapat juga teknologi baru dimana kadar ketembusan cahaya pada cermin kereta anda boleh diubahsuai (Kat negara kita belum dikomersialkan) menggunakan tenaga elektrik drp bateri anda. Bila nak parking - gelapkan cermin kereta, bila nak drive cerahkan balik. Rujuk [ fcp://@fc.ramunia.com,%2318476420/ MailBox/_ blank/home.howstuffworks. com/smart- window.htm ]http://home. howstuffworks. com/smart- window..htm << kat msia x der. so x leh digunapakai

36. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat << ader jenis2 yer. baru tahu

37. Boleh cuba pakai micro-compressor (www.micro-compresso r.com) atau Air Injector (www.air-injector. com) << untuk apa pakai nie

38. Kalau nak pergi kerja tu, keluar la awal sikit, takde la terkejar-kejar. Rilek je drive dan tak sakit kepala. << susah nak bangun awallah

39. Perbanyakkan stesen Petronas << apa kena mengenanya ngan tips nie

40. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak) << doit lagi


~~ alasan dari seorang wanita. heheheh ~~

Mini Gathering Layan English 29th Nov 2008


As planned a mini gathering was held at Bangsar for Layan English forummers mainly.

Attendance are as follows:-
1. Cupin
2. Data
3. Blo
4. Nida
5. Muaz
6. Baiser
7 . Rian(Baiser's hubby)
8. Cleo(Advanced B'day girl)
9. Dop
10. Whizz
* wup and baisers snake could't make it bcoz of unforeseen circumstances.
Nida's soon to be born baby attended her/his first JL gathering.... ngeh ngeh

The gathering was held at Mango Mania beside Hong Leong bank and everybody has something from the menu which had to do with manggo except for Muaz who wanted Orange Juice.. ngeh ngehBaiser also baked a nice chocolate cake for Cleo's b'day. All in all the gathering was a success and everybody had a nice time filled with laughter. Only cupin was unhappy bcoz wup could not make it.The gathering started around 2.30 melayu time and ended after 4.00pm


















~~ reported by whizz~~

Kisah Cinta Dari China

Satu kisah cinta baru-baru ini keluar dari China dan langsung menyentuh seisi dunia. Kisah ini adalah kisah seorang laki-laki dan seorang wanita yang lebih tua, yang melarikan diri untuk hidup bersama dan saling mengasihi dalam kedamaian selama setengah abad.


Laki-laki China berusia 70 tahun yang telah memahat 6000 anak tangga dengan tangannya (hand carved) untuk isterinya yang berusia 80 tahun itu meninggal dunia di dalam goa yang selama 50 tahun terakhir menjadi tempat tinggalnya. 50 tahun yang lalu, Liu Guojiang, pemuda 19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin ....

Seperti pada kisah Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, teman-teman dan kerabat mereka mencela hubungan mereka karena perbedaan usia di antara mereka dan kenyataan bahwa Xu sudah punya beberapa anak....
Pada waktu itu tidak bisa diterima dan dianggap tidak bermoral bila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua.....Untuk menghindari gossip murahaan dan celaan dari lingkungannya, pasangan ini memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal di sebuah goa di Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing.
Pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan karena tidak punya apa-apa, tidak ada listrik atau pun makanan. Mereka harus makan rumput-rumputan dan akar-akaran yang mereka temukan di gunung itu.
Dan Liu membuat sebuah lampu minyak tanah untuk menerangi hidup mereka. Xu selalu merasa bahwa ia telah mengikat Liu dan ia berulang-kali bertanya,"Apakah kau menyesal?" Liu selalu menjawab, "Selama kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik".
Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mulai memahat anak-anak tangga agar isterimya dapat turun gunung dengan mudah. Dan ini berlangsung terus selama 50 tahun.
Setengah abad kemudian, di tahun 2001, sekelompok pengembara (adventurers) melakukan explorasi ke hutan itu. Mereka terheran-heran menemukan pasangan usia lanjut itu dan juga 6000 anak tangga yang telah dibuat Liu.
Liu Ming Sheng, satu dari 7 orang anak mereka mengatakan, "Orang tuaku sangat saling mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan tak pernah berpisah sehari pun. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menyukakan hati ibuku, walau pun ia tidak terlalu sering turun gunung. Pasangan ini hidup dalam damai selama lebih dari 50 tahun.
Suatu hari Liu yang sudah berusia 72 tahun pingsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa bersama suaminya sampai Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. Karena sangat mencintai isterinya, genggaman Liu sangat sukar dilepaskan dari tangan Xu, isterinya.
"Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sampai aku meninggal, sekarang kau telah mendahuluikun, bagaimana akan dapat hidup tanpamu?"
Selama beberapa hari Xu terus-menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba peti jenasah suaminya dan dengan air mata yang membasahi pipinya.
Pada tahun 2006 kisah ini menjadi salah satu dari 10 kisah cinta yang terkenal di China, yang dikumpulkan oleh majalah Chinese Women Weekly. Pemerintah telah memutuskan untuk melestarikan "anak tangga cinta" itu, dan tempat kediaman mereka telah dijadikan musium agar kisah cinta ini dapat hidup terus.

Mana Satu Pilihan Hati

Saya bertanya kepada emak, "mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "
Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..
" Saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. "Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. "Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.." Saya memintas, "Tak faham.." Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi, "begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.

Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak.. "Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong..

Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. "Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi? "Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..

" Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. "Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . " "Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha "Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur..

" Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.." Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

~~sumber : - my beloved friend. tq~~

10 kelebihan COKE

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atauhilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
____________ _________ _________ _________ _______

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkanselama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang daritindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untukmencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
____________ _________ _________ _________ _______

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lapbumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karathilang!
____________ _________ _________ _________ _______

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat baterikereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
____________ _________ _________ _________ _______

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuangsetin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
____________ _________ _________ _________ _______

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setinCoke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
____________ _________ _________ _________ _______

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke danlap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual diYawata tu kerana ianya amat mahal!____________ _________ _________ _________ _______

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia bolehmeleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti sukani!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang laindalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan loriyang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu jugadiselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagianenjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni
!____________ _________ _________ _________ _______

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuhkopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapitambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.Wahh!Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadaplidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidakberapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalammulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tuhilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Andaminum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
____________ _________ _________ _________ _______

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuhserangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
____________ _________ _________ _________ ___________________


Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah adaMecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cucicermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur seranggadll.Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahancuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda bolehcuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimiadulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala!Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], timeraya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.

~~sumber :-my email~~