Tuesday, July 29, 2008

Man In My Life

"D" - mengajar ku erti skodeng lelaki

"J" - mengajar aku erti rindu, erti terluka, erti membunuh diri

"A" -mengajar aku erti dating

"I" - mengajar aku erti kebahgiaan, keseronokan

"N" - mengajar aku erti seorang isteri ... My dear Nazeri


Rahsia Cincin berada di jari manis


Pernah terfikir pasal benda ni? Jika hendak tau jawapannya, cuba ikut buat seperti dibawah.

Sesungguhnya alam semesta ciptaan tuhan memang banyak rahsianya.

*Rapatkan kedua-dua tapak tangan … pastu bengkokkan dan rapatkan jari ketiga (jari tengah) … serta cantumkan hujung jari-jari yang lain seperti dalam gambar di atas.

Mari kita mula permainan ini.

1. Cuba buka dan renggangkan ibu jari.
Jari ini mewakili kedua ibubapa kita. Ianya boleh dibuka sebab semua manusia akan sakit dan mati. Satu hari nanti kedua orang tua kita juga akan pergi meninggalkan kita.

2. Rapatkan semula ibu jari dan buka jari kedua (jari telunjuk).
Jari ini mewakili adik beradik kita yang juga satu hari nanti akan berkawin dan bila dah berkeluarga, mereka juga akan meninggalkan kita
.

3. Rapatkan semula jari kedua tu dan buka pula jari kelima (jari kelingking).
Jari ni mewakili anak-anak kita bila kita dah berkeluarga nanti. Kita pun kena menerima hakikat bahawa mereka juga akan pergi meninggalkan kita bila mereka juga telah berkawin dan berkeluarga.

4. Rapatkan semula jari kelima tu.
Sekarang cuba buka jari manis yang kita sarongkan cincin perkahwinan kita tu. Korang mesti terkejut jari manis tu sedikit pun tak mau bergerak dan tak boleh dibuka langsung.

Aneh kan!!! …

kerana jari manis lah lambang hubungan suami isteri… bila dah kawen dan bersatu ianya harus bersama hingga ke akhir hayat. Pelik tapi benar dan itu lah hakikat sebenar cinta sejati yang penuh dengan kasih sayang … terus bersama hingga ke akhir hayat.


Monday, July 28, 2008

Tag by Amy

Entah dak kecik mana lah yang namanya amy @ amie duk kasi tag tag nie. Rasa macam nak kelip idung dia ngan sepit baju. Kasi tag time ari isnin. Byk kijerlah cik adik oii. Tapi apa2 pun tq membuatkan blog ini aktif. Dia saja kasi tag macam nie pasai nak korek rahsialah tu. hehehhe


1. nama-nama timangan oleh org tersayang
family= wani
anak buah = auntie wani
kawan kawan = wani
jomlayan = whitedolfin @ dolf
alamak = sakura @ butter @ fly
Bakal suami = sayang (wawawawawa)
kekasih golap = honey (wawawawa)
tapi yang pasti kekasih golap panggil manja pun tarak effect
2. anda seorang yang
suka dimanja. sapo x manjakan den. den majuk
3. insan teristimewa. describe apa yg membuatkan die terlalu istimewa di mata anda
family = sebab harta yang terawal dan terakhir. Yang x leh dijual atau dibeli. Susah senang bersama
Bakal suami = x lama lagi nak menepuh alam yang lain. kenalah pupuk diri tuk menjaga hati n bertanggungjawab sebagai isteri.. Bersyukur dengan apa yang diberi.
4. makanan favourite anda
yang pedas. byk cili
yang pedas. banyak pepper
yang ada cendawan. hentamlah jenis mana pun. semua sapu
yang ada tauhu. taufufa, tempe, tauhu lembik,cucur tauhu
(maaf tempe yang dimaksudkan bukanlah forumer walaupun tempe itu sodap dimakan)
5. favourite kaler
putih.. dr dulu sampai skg
pink.. dari dulu sampai skg. tapi prefer putih lagi
6. favourite song
x tahulah nak kategori yang mana. mana sedap kat tinger samada pop, rock, dangdut, industan, english.. layan jer .
but i love lagu penjaga hati by nurmata and sayap ilusi by awie and lagu anuar zain
7. sikap yg membuatkan anda stress
DITIPU....benci betoi kalau kena. dan susah nak maafkan org tu nanti
Terlalu byk masalah timbul ... kat mana2 lah semua muncul masalah
8. 3 benda yg mesti ada dalam handbag anda
wallet.. pasti dan semestinya wajib
kunci keter.. pasti dan amat wajib
handphone.. pasti dan wajib
(aku leh nangis n jadi org x tentu arah kalau 3 benda nie tarak )
9. kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa
hehehehhehe... pergaduhan sebelum tunang
10. tag 5 rakan anda
saya x der rakan. harap maklum. heheheh. nantilah . bila dah jumpa mangsa

moral of the story : tag akan sentiasa datang bila anda sibuk. fuhhhh

Monday, July 21, 2008

My weekend with Mr. Dolfin

Semalam cadang2 nak date ngan tunang. Selepas kebosanan.. tarak sapa nak date ngan aku. Sekali dapat plak tahu my cousin n my opis mate bersalin. Both of them dapat baby girl. Alhamdullillah semua sihat. So aku kena lah pie jenguk dorang dulu sebelum gie dating. Tapi gie jenguk dulu cousin aku. Baby girl tu namanya Siti Aisyah. I'm so supprised ... tetiba nama lain dr anak2 yang lain.. sungguh ayu.. heheheh. Anyway muahh kat baby. Welcome to the family.

Lepas dah jenguk baby girl tu. Aku n my tunang terus gie tgk wayang.Memula target nak gie tgk citer Hancock.Tapi dia start pukul 9.25 malam. Penat ohh sampai malam. X kuasa nak tgk. Terpaksalah tengok citer Hellboy belah petang tu. Masa tunggu nak masuk tu.. Aku tertanya kat tunang aku....

"Bila last kita tgk wayang yer. Dah lama kita x kuar sama nie".

Dengan spontan n laju tunang aku jawab.. " Last kita tgk citer org minyak kat Summit. Lepas balik kijer".

Uiksss aku terkesima n terkebil kebil

"Abang ingat ? uikss x sangka. Saya x ingat apa pun. Lagi pun dah lama tu"Aku hanya tersenyummmm kambing

"Baju abang nie saya belikan yer.. Bila saya belikan yer.? cantik"

"Masa kita jumpa kat tepi jalan haritu. Sebelah pagi. Awak nak pergi kijer. Awak past beg kat abang"

" Ohhh baru ingat..."

" Awak jer yang x ingat. Abang sentiasa ingat semua tu"

Wahduhhhhh bertapa malu n segannya aku. Seorang lelaki ingat semuanya berbanding aku yang pompuan nie.

So kita org pun pielah tgk citer Hellboy. Kelakar gak lah sikit2. Habis jer tgk wayang. Plan nak shopping baju di kanselkan pasai kedua dua kami dah penat n decide nak balik umah jer. Pasal esok kijer.

Sampai jer kat umah aku .. ku lihat mak n abah aku masih belum balik umah.. fuhhh ganaz .. depa date lagi lama dari aku.. kuar umah sama sama jer tadi.Kunci pagar aku x der. Pasai mak aku guna padlock baru. Aku pun kol mak aku kata aku dah kat umah. Mak pun cakap ader pizza kat tepi umah tu tersangkut.. kawan ko antar. Erm apa lagi pucuk di cita ulam mendatang. Tgh lapor. Ader pizza org antar. So aku n tunang picnic depan umah kat pangkin sambil makan pizza FREE n menunggu mak n abah aku balik. heheheheh.

Lepas jer mak n abah aku balik. Aku terus masuk umah .. Mandi n tido.. Gudnite my weekend. hehehhe

Friday, July 18, 2008

PENCEGAHAN JENAYAH BERMULA DARI ANDA !!!!

Aku rasa nie adalah gud info dan perlu diberi perhatian dan diwar warkan .. Dan baru2 nie rumah aku sudah 2 kali pencuri cuba nak masuk dengan merosakkan tingkap dapur. Tapi x berjaya

APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARI MENJADI MANGSA ROGOL ?

Selalu gunakan jalan yang pernah dilalui oleh orangramai, jangan mengikut jalan yang dekat dan gelap. Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orangramai.
Berpakaian dengan sempurna, kerana pakaian yang menjolok mata atau memberahikan menarik perhatian perogol.
Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar, makan/minum, menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali.
Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air semasa berada di dalam bas, teksi atau keretapi.
Jangan biasa balik rumah larut malam. Jika ketinggalan bas, teksi atau keretapi, jangan tumpang kenderaan atau tidur di perhentian bas.
Biasakan diri bersiar-siar atau berjogging dalam kumpulan.
Ibubapa dan penjaga janganlah menyuruh anak-anak perempuan kecil pergi ke kedai untuk membeli barang di waktu malam.
Jerit minta tolong jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali.
Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau mengigit badan perogol untuk melepaskan diri.
Lapor kepada Polis dengan segera apabila anda diganggu.


APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA KENA RAGUT ?
Selalu gunakan jalan dan lorong yang ramai orang lalui. Jangan berjalan atau bersiar-siar di tempat gelap.
Jika terpaksa keluar di waktu malam cuba bawa teman.
Jangan memakai barang-barang kemas dengan banyak. Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam raga membeli-belah atau di atas kaunter.
Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan laulintas.
Hendaklah berwaspada selalu, andainya anda merasai seseorang yang mencurigakan mengekori anda, hendaklah dengan segera menuju ke tempat lain.
Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk gengam beg duit dengan kuat atau sembunyi beg itu di tempat yang tidak terdedah.
Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal.
Jikalau membawa anak-anak kecil ke bandar, tanggalkan barang-barang kemas yang di pakai olehnya.
Jangan berasak-asak apabila menaiki / turun bas, keretapi, panggung wayang atau tempat sesak supaya dapat mengelak daripada kena ragut.
Bila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda biasa. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.

APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYELOK SAKU ?
Jangan menyimpan beg duit dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang bolasepak, bas atau keretapi.
Semasa menaiki atau turun kenderaan awam seperti bas, teksi atau keretapi jangan berasak-asak, tunggu hingga orang lain telah menaiki atau turun.
Jika anda menyimpan duit tanpa beg dalam poket baju, jangan biar duit-duit itu nampak dari luar (atau jangan pakai baju yang jarang).
Jangan biarkan orang-orang yang tidak dikenali meletakkan tangannya di atas bahu kiri anda terutama sekali semasa menaiki / menuruni kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan.
Jangan simpan duit (wang) di satu kocek sahaja. Simpanlah dalam kocek-kocek yang berasingan
.

APAKAH LANGKAH PENCEGAHAN DI PREMIS PERNIAGAAN ?
Pasang besi gerigi kasi-kasi (grill) pada almari kaca (show case) supaya penjenayah tidak dapat mengaut (scoop) barang-barang kemas dari dalam almari kaca itu walaupun kaca-kaca tersebut dapat dipecahkan olehnya.
Pasang alat kecemasan yang berbunyi apabila almari kaca (show case) dipecah.
Adakan close circuit camera yang boleh mengambil gambar penjenayah-penjenayah apabila berlaku rompakan.
Gunakan pengawal keselamatan yang bersenjatapi.
Adakan laluan sulit (secret opening) supaya pekerja dapat melepaskan diri untuk meminta pertolongan.
Beritahu Polis dengan segera apabila mencurigai seseorang.

APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA KENA ROMPAK WANG TUNAI/WANG GAJI DAN DI TEMPAT BEBAS ?.
Tempat bebas

Elakkan memakai barang-barang kemas dan jam tangan yang berharga atau membawa wang yang banyak semasa berjalan-jalan atau bersiar-siar berdua-duaan di tempat bebas terutama sekali di waktu malam.
Jangan duduk berdua-duaan dalam kereta atau taman-taman bunga di tempat gelap dan sunyi.
Sekiranya ada orang-orang yang anda curigai merayau-rayau, cepat-cepat tinggalkan tempat itu.
Jika anda diugut terus menjerit meminta pertolongan dari orang ramai.

Wang Gaji/ Wang Tunai
Elakkan dari membawa wang tunai yang banyak dalam satu bungkusan kecuali jika anda mempunyai beg yang dipasang khas dengan alat-alat pengempar serta kunci berantai.
Gunakan pengiring yang bersenjatapi semasa mengeluarkan wang yang banyak dari bank atau membawa wang ke bank.
Ubahkan jadual dan jalan laluan dan jangan gunakan kenderaan yang sama selalu.
Pastikan tiada orang yang mencurigakan mengekori anda semasa membawa keluar wang dari syarikat-syarikat kewangan atau semasa membawa wang untuk disimpan. Jika kereta anda diekori oleh orang-orang yang mencurigakan berhenti ditempat orangramai dan telefon Polis segera.
Berhati-hati dan bergerak ke destinasi yang dituju apabila anda fikir selamat.
Semasa membayar gaji dikilang-kilang atau ladang-ladang yang terpencil dan sunyi ketatkan kawalan keselamatan. Tutup pintu pagar dan pastikan tiada orang luar boleh masuk.
Habiskan pembayaran gaji dengan segera. Jika ada baki yang banyak jangan simpan dalam pejabat atau dirumah. Simpan balik dalam bank.
Tentukan pergerakan anda pergi dan balik dari syarikat kewangan tidak diketahui oleh kakitangan anda.
Jika anda boleh cuba bayar gaji dengan cek.

Jika Rompakan Berlaku.................
Apa Tindakan Yang Harus Anda dan Kakitangan Lakukan.
Bertenang dan ikut arahan penjenayah, cari peluang untuk menggunakan alat pengempar jika ada apabila penjenayah-penjenayah tidak menyedarinya.
Apabila dipaksa menyerah harta benda atau wang serahkan satu demi satu dengan tujuan melambat-lambatkan masa agar bantuan pertolongan dapat sampai.
Jika perompak-perompak tidak memakai topeng, cuba cam muka mereka. Perhatikan tanda-tanda seperti parut, tahi lalat, mata juling atau tidak, rambut kerinting atau lurus dan lain-lain.
Adalah penting jika anda dapat ingat nombor kenderaan, warna dan jenisnya.
Lapur kepada Polis dengan serta merta samada melalui telefon atau datang sendiri supaya tindakan dapat diambil dengan pantas.
Jangan sentuh atau ganggu tanda-tanda keterangan yang ditinggalkan oleh penjenayah.


APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN RUMAH DARI DIMASUKI PENJENAYAH ?
Pasangkan pintu masuk utama rumah anda dengan tanggam-puting (mortise) yang bermutu tinggi atau kunci pasak (Rim Latch) yang mempunyai bentuk selak mati (Dead Molting) serta kunci palang yang disokong oleh kunci yang kukuh.
Memperkukuhkan pintu/tingkap-tingkap masuk utama rumah anda dengan besi gerigi kasi-kasi/pagar yang boleh dilipat.
Memperkemaskan pagar gerigi kasi-kasi (Grille Gate) dengan besi penyangkut (Iron Clasp) dan penutup gelangan mangga yang kukuh (strong closed shackle padlock).
Adakan alat-alat keselamatan yang lebih ke atas pintu utama anda, contohnya lubang pandangan, rantai pintu, selak keselamatan tanggam puting (mortise security bolts).
Jangan letakkan alat-alat/perkakas pecah rumah seperti pengumpil (crowbars) tangga dan alat-alat pemotong diluar rumah.
Pasangkan/nyalakan lampu bila anda keluar dari rumah ia bertujuan untuk memberi suasana yang orang berada dalam rumah.
Jangan tinggalkan kunci rumah anda ditempat persembunyian diluar kawasan rumah.
Sebelum membuka pintu periksa dahulu pengenalan pelawat/orang yang tidak dikenali. Jangan tinggal nota menyatakan yang anda tiada dirumah.
Minta bantuan dari jiran-jiran anda untuk mengawasi rumah anda semasa ketiadaan anda dirumah.
Sebelum meninggalkan rumah atau hendak masuk tidur kunci semua pintu, tingkap dan pintu pagar.
Ruang kosong alat penghawa dingin yang telah ditinggalkan perlulah ditutup dengan kasi-kasi besi yang kusuh.
Pelihara anjing pengawas atau angsa. Binatang-binatang tersebut dapat mencegah penjenayah dari memasuki rumah anda.
Pasang sistem kecemasan kecurian yang sempurna dirumah anda.
Bersihkan kawasan luar rumah dari semak-semak yang boleh digunakan untuk bersembunyi.
Batalkan semua penghantaran suratkhabar dan lain-lain semasa anda bercuti.
Lapur kepada balai polis yang berhampiran semasa anda bercuti supaya rondaan dapat dibuat.
Simpan wang tunai yang berlebihan dan barang-barang kemas dalam bank.


APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KENDERAAN DARIPADA KENA CURI ?
Jangan sekali-kali meninggalkan kenderaan anda dengan enjin yang masih hidup walaupun sebentar saja. Cabut kunci (switch) dan simpan.
Pasangkan rantai dan kunci yang kukuh keatas motosikal apabila tidak digunakan. Pasangkan alat pencegah kecurian dan mengukir nombor kereta anda pada cermin depan/belakang dan tingkap.
Kunci semua pintu dan tutup semua cermin kereta anda setiap kali anda meninggalkannya walaupun sekejap sahaja.
Keluarkan semua barang-barang yang berharga dari kereta anda atau simpan ditempat menyimpan barang-barang supaya tidak kelihatan dari luar.
Elakkan dari meletak kenderaan anda ditempat-tempat terpencil atau ditempat-tempat gelap.
Jangan tinggalkan "Parking Tiket" dalam kereta anda semasa meninggalkannya ditempat letak kereta/pusat membeli-belah/emporium.
Jangan tinggalkan kunci kereta anda kepada pencuci atau penjaga kereta. Hantar kereta anda kepada workshop-workshop yang dikenali untuk dibaiki untuk keselamatan kereta anda.
Rantaikan basikal anda pada tiang atau objek yang tetap dengan rantai dan mangga yang kukuh


UMUM
Simpan dengan selamat semua resit-resit barang-barang yang telah dibeli , sekiranya barang tersebut hilang akan memudahkan kita menuntut balik barang-barang tersebut di balai-balai Polis.

Wednesday, July 16, 2008



Khas buat tatapan my dear friend .. pojie... tahniah sebab dapat baby girl... nanti insyaallah aku gie jenguk ko yer. Kuatkan diri tuk jaga 2 princess tu

World’s First All-Glass Undersea Restaurant

World’s First All-Glass Undersea Restaurant di Maldiv. Serius ..... aku x kan masuk restaurant nie. takut ohhhh....takut kena attack ngan ikan bosar2. lagi pun aku x tahu berenang. heheheh.

More info klik sini http://www.hospitalitynet.org/news/154000437/4022883.search?query=ithaa+and+restaurant+and+hilton






Friday, July 11, 2008

My Dear Diary

Aku tengah mengemas bilik malam tadi. Tetiba aku ternampak satu buku yang dah lama aku x jumpa. Erm..'My Dear Diary'. Dulu aku bukanlah org yang suka tulis diary. Selalu skip. Tulis hanya bila ader sesuatu menggangu fikiran aku. Tetiba aku teruja nak membaca satu mukasurat tu. Tajuk yang aku tulis kat situ.. " Yang ketiga buatku". Fuh macam suspen jer. tapi sebenarnya mimpi ketiga yang menggangu idup dan ketenteraman aku.. heheheh. Tapi bila aku baca balik tulisan aku tu. tetiba aku macam seram sejuk plak. Aku boleh teringat balik mimpi tu. Mimpi yang dah 2 tahun dulu... Mimpi dia macam nie:-

Ada satu rombongan kawin. Tapi aku x tahu siapa yang kawin. Ramai sungguh org yang iring. Aku nampak kawan aku ngan suaminya pun sama iringi.. Orang x berhenti berjalan ke satu arah yang aku x tahu.. tapi mmg mengiringi satu rombongan pengantin.Lepas tu terus bersambung ngan paluan kompang. rebana. entah apa2 lagi. ramai sangat org. Byk sangat benda muzik yang dibawa. Lepas tu ader bas dan lori plak .semua nya ader org ... penuh and sarat. semuanya ikut sama ngan rombongan tu. maknanya rombongan tu berterusan x berhenti. lepas bas bas n lori jalan. ader plak rombongan belakang dia.. kumpulan org yang sedang pegang quran.. sambil jalan dan membaca ayat quran. Khusyuk sekali aku tengok kumpulan tu baca ayat quran sambil jalan. dan orang yang berjalan tu pakai kopiah putih n baju kaler ijau semuanya.

Tetiba aku rasa ader seorang lelaki yang memakai baju ijau memeluk pinggang aku dari belakang. Aku cuba menoleh. Tapi x nampak apa. Cuma ternampak sipi seorang lelaki berbaju ijau n berkopiah putih. Aku seperti x melawan dan membiarkan org tu peluk pinggang aku. Dan masa itu aku merasakan org yang memeluk aku tu seorang yang tinggi agamanya dari aku. Kemudian aku cuba tgk balik rombongan tadi. Lepas kelompok org yang baca quran tu. aku ternampak rombongan org yang sedang mengusung keranda. Byk sungguh keranda.. adalah dalam 7 or 8 .. Keranda tu di tutup ngan kain ijau. Masa dorang usung keranda tu...

Aku menyebut. "banyaknya keranda" .
Tapi org yang memeluk aku tu menjawab. "itu bukan keranda".

Aku terus memerhati rombongan itu.. Kemudian ada satu keranda lalu dekat ngan aku. Aku tercengang. Kenapa keranda nie ader ruang kosong bila dilihat dari bawah. Seperti sebuah songkok rupanya kalau nak digambarkan. Aku semakin pelik. Kemuadian tiba tiba ada satu keranda dari belakang seperti nak tumbang.. Aku menjadi cemas. Tapi x beralih dari kedudukan aku. Dan akhirnya keranda tu jatuh betoi2 didepan aku. Aku terkejut dan terus menutup mata.

Bila aku buka mata. Keranda yang jatuh tadi sudah menjadi kayu2 dan papan yang bertaburan di jalan.. x teratur dan x terurus. Tapi disekeliling kayu yang bersepah tu.. Aku melihat ramai perempuan memakai pakaian melayu disitu. Dan aku merasa hairan. Org yang memeluk aku tadi.. dah hilang. Dan aku keseorangan .. x mengenali sesiapa di sekeliling aku.

Itulah dia mimpi yang aku pikir pelik dan cukup mengganggu hidup aku beberapa hari ketika itu. Dah lama aku lupakan mimpi tu. Tapi bila baca balik catatan aku tu. Aku macam terperanjat. Seakan2 cerita tu ada kena mengena ngan hidup aku. Tapi cuma separuh jalan sahaja. Adakah mimpi ini sama seperti mimpi ku dahulu. Mimpi yang menunjukkan kebenaran. ??

Wednesday, July 9, 2008

ATTENTION !!

Visit us Purrfect Beuty
at the
International Beauty Expo, KLCC Convention Ctr,
from 11/07/2008-14/07/2008,
booth T18.
Many suprises awaits u !!

Tuesday, July 8, 2008

TEMPE BUDAK BAIK

budak tempe ni mmg baik sgt.... kira bagus le dia ni....

baik sangat sangat sangat sangat baik la.... hahahahahahaha

:p sayang dak tempe.....