Malam sebelum hari pertunangan
Dalam hati aku bergolak nak tel.. x tel.. nak tel ke tak tel.. ikss...kang x tel jadi haru biru plak. Aku tunggu pagi.. dia datang malam plak. Sekali aku dapat idea. Tel kakak dia. Aku bg tahu majlis berlangsung pukul 11.30 pagi.Pastu aderlah cot cet sikit ngan kakak dia apa persiapan semuanya. Lepas letak tel.. Hati aku terdetik. Aku nie nak tunang ke atau org lain nak tunang nie.. Takan sampai bila2 aku nak merajuk. Aku pun pujuklah hati aku nak tel pakwe aku tu. Biarlah aku mengalah Aku pun tel lah dia..Ringging tone dia lagu tema kawin muda tu.. lagu si agnes monica.. fuh terubat gak hati aku sebab tu lagu yang aku suka ga.Tetiba satu sore yang biasa aku dengar sebelum nie bercakap
Dia : Hello
Aku : hello ... abang
Dia : ah
Aku : kat mana
Dia : masjid .. ade kijer
Aku : oh ..(dalam hati aku... esok nak tunang pun kijer lagi)
Dia : napa
Aku : abang dah tengok ke hantaran yang abang nak bg saya.. sapa buat bang ..(aku yang dah dengar citer dari kakak dia buat2 x tahu)
Dia : entah abang pun x tahu... x tengok langsung.. dorang yang buat
( Aku terdiam.. dalam hati ....... langsung x tgk. iksss nak jer aku cekik mamat nie tak pun ketuk2 pala dia... x prihatin langsung)
Aku : Esok abang datang kan
Dia : Abang tak datang ... kena kijer
Aku : Hah.. takan kijer kot. x kan x mintak cuti. nie kan majlis abang gak. Tak bagi tahu dorang ke abang nak tunang.. (aku mula tanya n tanya)
Dia : Orang tunang mana datanglah.. x datang pun x per
Aku : (Mengumpul tenaga nk pujuk cakap lembut2 n menggoda) abangg.... abang datanglah yer... duduk dalam keter pun tak ...datang yer..bang
Dia : Abang kijerlah .. mana leh datang
Aku : Tak perlah x leh dtg kalau ader kijer.. apa nak buat tak der rezeki
Dia : oklah abang ada kijer nie.. assalamualaikumm
Aku : Walaikummussalam
Dalam hati aku.. ermmmm. walau apa pun jadi aku kena redha. aku kena terima dia walau macamana pun. Dan dalam hati aku alangkah baik kalau dia datang. Masa tu terflash back balik pergaduhan sebelum nie.. Sebelum aku nangis balik... baik aku sibuk tolong masak kat dapur.. Tak derlah aku pikir yang bukan bukan lagi. Dalam hati yang dah bergelora.. berdebar sejak brapa minggu nie.. aku berdoa.. Ya Allah .. pelbagai petunjuk dah ko berikan padaku.. kalau betullah ini pasangan hidupku yang ko kurniakan.. lancarkanlah majlis esok tanpa ada sebarang masalah dan hilangkan lah gelisah ku selama ini. Sepanjang malam tu.. x berhenti mulut aku membaca segala galanya bagi hati aku tenang .
Dah penat menolong di dapur untuk memasak... aku pun masuk tido pukul 2.30 pagi sebab nanti pukul 4 pagi dah kena bangun tido nak gie pasar beli ayam n ikan ..
Selepas bangun tido
Aku rasa lapang.. tenang dan segar tetiba. Sekali aku tengok jam... Ohh no ... pukul 5.40 pagi.. Aku dah lewat bawa mak nmakcik aku gie pasar.. Aku turun bawah tgk..mak n akcik aku x der.. abah aku pun x der.. aku kejutkan adik sepupu aku.. tanya mana dorang.. adik sepupu aku kata... dah pergi dah tadi.. Dalam hati aku rasa bersalah plak pasai terlewat bangun.. cian mak, abah n makcik aku.. dorang dah pergi x bawa aku. Aku pun kemaslah apa yang patut. Aku buat kijer ajer.. non stop dari pagi tu sampailah dorang dah balik pasar sampailah dah pukul 9 pagi.. Serius time nie.. otak aku free. Aku x pikir apa2 pun. Yang aku tahu buat kijer kat dapur jer. Sekali kakak sepupu aku tegur. "Oiit mokcik dah pkul brapa nie.. ko blum mandi lagi.. kul brapa nak siap".. aku pun tersedar.. iksss. aku kena siap ke.. bukan duduk dapur ke.. Aku pun menjawab pada kakak sepupu ku.. "Jab jab.. orang byk kijer nak settle kan nie.." Makcik aku plak mencelah " sudah2 lah tu.. muka ko dah lah kurang tido ..penat kang... x bermaya.. gie siap" Aku yang degil macam batu konkrit nie.. buat deq jer.. kemas gak umah apa yang patut. Tetiba tel aku bunyi
Enjinyior: Umah ko kat mana nie.. aku sesat sikit
Aku : (bagilah direction..belok sana..belok sini)
Enjinyior : Ok lagi 5 minit aku sampai..ko tunggu kat luar
Aku : Hah??? aku belum siaplah.. mandi pun belum. aku mengemas nie.. Ko masuk umah.. naik atas jerlah. jumpa aku
Tengah aku mengemas ... tetiba suara mama enjinyior datang.. " oittt apa nie belum siap..nah nie barang2 ko" Mama enjin bg cookis tuk aku n satu dulang hantaran..aku pun amik n kasi makcik aku... Aku ajak enjin makan..pasal dia x leh lama.. dia kena balk ader hal.. memandangkan aku dah kena marah pasai x mandi n siap lagi.. aku meninggalkan enjin makan seseorang sambil suh sepupu aku temankan dia makan. Aku pun mandi n pakailah baju..
Masa kena di makeup kan.. aku terasa x sedap duduk.. Apa hal jadi nie. Nie bukan aku.Aku biasa kat dapur. Tiap kali sepupu aku nak make over.. aku gerak.. aku jalan.. pasai aku jer tahu mana barang2 di letak kat umah u. sekali sepupu aku sound "Boleh tak hang duduk diam diam x bergerak kemana2. susah nak makeup kalau macam nie.. dah lah mata lebam.muka penat. byk nak kena otter nie. Sekali lagi hang gerak... org ikat hang kat sini"
Bak kata org.. kalau dah org tu jenis x duduk diam.. memang x kan duduk diam... heheheh. byk kali lah aku kena marah ngan sepupu aku pasai asyik gerak..heheh.
Dan akhirnya aku di makeup.. tetiba aku pandang muka aku kat cermin.. uiksss i look diffrent.. nie aku ke. macam x caya jer.. tetiba aku senyap.. dan aku jadi lembut..heheheheh dan aku baru perasan. Ya allah.. nie majlis aku. Tetba tel aku berbunyi... msg dari kakak nyer.. kita org dah bertolak.. lagi 10minit sampai. Tapi aku x siap lagi. Waaaaaaaaaa. terus aku kata suh pak long aku cakap panjang2 ..lengahkan majlis pasai aku x siap lagi
Tanpa disuruh tanpa dibuat buat.. aku menggeletar. Masa nie rasa nak rebah.. Aku jadi takut. Menggelatar yang amat. dah lah x makan dari semalam.. tetiba aku mintak air.. Dorang hantarkan air.. Dan inilah yang jadi buah mulut keluarga aku.. aku pegang gelas menggeletar. terpaksa pegang ngan dua tangan.. tapi air x gak buat aku rilex.. aku semakin menggeletar. Semua nampak tangan aku semakin mengeltar n berpeluh.. apa yang aku takut kan aku pun tak tahu. Dan akhirnya aku siap sepenuhnya. maka secara spontan. aku jadi artis.. kelip kelip sana sini.. macam sidang akhbar.. lagilah aku kecut perut. mulut aku senyap. Berlakun senyum tapi dalam hati tuhan aja yang tahu. Aku rasa masa berjalan bukan main lama. Suasana dalam bilk aku rasa senyap jer.. walaupun sebenarnya riuh. Aku x memikirkan apa2 pun.. hanyalah dapat mendengar degupan jantung aku sahaja.. im totally blank n empty masa tu.Tetiba satu sore mengejutkan aku.. " Dorang dah nak sarungkan cincin.. get ready". orang semua jadi kelam kabut kat bilik tu.. dan apa jadi pada aku.. menjadi kelam kabut gak..panik... menggeletar... berpeluh.. Oh NO.. tetiba aku rasa cool n damai. aku tersenyum. dan aku menunggu pihak sana datang dengan dada yang lapang.. apa jadi lepas tu.. sambungan lepas nie.
Friday, May 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
dolp, masa bertunang ni adalah masa terbaik untuk kau dan dia mengenali hati budi memasing. selamilah hati dan budinya sedalam yang mungkin agar kau tidak menyesal setelah hidup bersama. Kalau sekarang ni dia mudah marah2 hanya kerana satu kesalahan kecil, x mustahil dah kawin nanti kerjanya hanya mencari salah. sanggup ke dolp kalau sentiasa berteman airmata. bahasa yang digunakan terlalu kesat dan kasar seolah2 tidak menghormati dolp sebagai wanita yang dikasihinya. liza bukan aper.....kalau boleh, di satu masa yang seswai...bermunajatlah kepada-Nya. istikharah ker...mintak petunjuk adakah dia lelaki yang telah ditakdirkan menjadi suami dolp...Jangan hanya pasrah kerana nak menjaga hati keluarganya sedangkan dolp yang akan menghadapi situasi tersebut. Jangan terlalu mudah mengalirkan airmata kerana itu bukan jln penyelesaian. bincanglah baik-baik dari hati ke hati sebelum membuat keputusan utk hidup bersama nanti...
hmm..
lemon maybe x arif lagi tentang alam perkahwinan ni..
tp kak dolf..
lemon setuju ngan apa yg kak liza ckp..
apapun..
semoga kak dolf berbahagia selalu ok..
hope u wont cry again..please dont huhu..
Post a Comment