2 hari selepas gaduh
Abang dia kata past nie.. apa msg dia jgn layan.. so aku yang baru bangun tido.. lega past nangis.. bersiap nak gie kijer .. Bukak pintu nak melangkah kluar umah . Dapat satu msg .. Gi matilah. Tergamam aku kat situ.. terus aku nangis n nangis n nangis... ku sangka dah habis .. upernya ader sambungan marah2 n maki versi kedua.. Aku poward ke kakak dia... Pakwe menggong aku nie bg lagi msg bukan2.. aku powardkan lagi kat kakak dia.. Last2 kakak dia tel aku kata. Wani akak amik cuti nie.. akak tunggu awak kat umah akak petang nie.. awak amik cuti half day. Kita selesaikan hal nie.. Aku macam org yang kena pukau.. ikut jer kata kakak dia.
ketika sampai di rumah kakaknya.. ting tonggggg
hah wani .. masuklah... Ya Allah .....terkejut nya aku, aku nampak si menggong nie depan aku tengah baring.. aku nak lari n kluar.. Pastu kena tarik tangan ngan kakak dia.. Kat umah tu ada 2 org kakak dia.. mak dia.. sorang abang ipar dia n sorang abang dia. masa tu tuhan jer tahu macamana perasaan aku nak amik pisau tikam dia bertubi tubi. Dan sekali lagi air mata aku menangis tanpa disuruh.. Aku rasa aku menjadi lemah.. sebab masih lagi x makan minum sejak dari bergaduh tu.. Perbincangan pun bermula.. motivasi pun bermula.ceramah pun bermula. Aku pula hanya menangis. Abang dia pun tegur.. Wani adik abang... abang nak cakap sikit.. selagi wani nangis bermakna ader benda yang tersimpan dalam hati wani yang masih x terluah lagi.. bagi tahu apa yang berlaku. X sedap mata mak ayah kalau tgk anak dara nya mata bengkak2 macam nie. Lembut hati aku bila dengar kata2 abang dia.. Persallah aku dapat org tua yang menggong nie..Menci betoi.. akhirnya cerita pun bermula dari a to z. tak ku sangka emak dia nangis, kakak dia nangis mendengar cerita aku...dan abang ipar dia kata.. nie yang buat aku sedih nie. Dan yang paling seronok dihati aku time tu.. seperti dendam terbalas... dia kena marah ngan keluaga dia.. uiksss kembang nya hati aku bila dia kena marah. Nielah balasan dia bila sampai hati buat aku macam nie . Dan akhirnya keluarga dia suh dia minta maaf kat aku.. Sekali lagi aku rasa aku terbela. Dan akhir cerita.. abang dia cakap ngan aku... ingatlah selalu inilah waktu waktu kamu berdua akan diduga.. ini semua kecil sahaja.. kamu berdua kena tabah walau apa pun berlaku.. banyak banyaklah bersabar. Dan aku punmembawa hati aku yang berdarah tu yang dah di jahit semula pulang kerumah.. seperti biasa di depan pintu. Wani apa yang jadi nie.. Aku pun menjawab. Nothing... gaduh kecil jer.. Tidak sama sekali aku akan memberitahu mak aku. kerana hanya aku yang lebih mengenali emak aku. Rahsia ini x kan sampai ke telinga mak aku. Never.
Dan semenjak hari itu.. aku x bermsg atau bercakap atau berjumpa ngan pakwe ku itu .... Yang pasti 2 hati ini membawa diri sendiri. Dan episod baru pun bermula masa pertunangan kami...
Thursday, May 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment