Atas permintaan Tempe.. so aku citerlah.
Nie citer 5 minggu sebelum bertunang.
Masa nie rasa badan dah longlai. Kijer kat pejabat semakin baNyak. Macam x mampu nak buat dah. Balik kijer ader jer tempat yang mak aku suh bawa tuk beli barang persiapan.Setiap hari tu.Sampai aku cakap kat mak aku
Aku : brapa kali nak bli barang nie mak. Ulang alik ulang alik.
Mak : Ko ingat sikit barang nak beli
Aku : Beli sekali kan senang. Penat dah nie.
Mak : Ko ingat aku x penat . Ni belum kawin lagi nie. Nanti kawin 4 bulan ko kena teman mak gie beli barang
Aku : Mau roboh satu taman ngan majlis mak
Mak : Habis ko x mau aku buat.. Tak pe.. aku x buat semua baru ko tahu
Aku seperti biasa diam jer. Malas nak cakap. Suka atilah. Dibuatnya aku pengsan satu hari nanti. Baru mak aku paham maksud aku. Aku PENATTT.
Ketensionan di tempat kijer yang nak pecah pala dan kepenatan kijer kat umah membuatkan aku nak makan dan makan dan makan jer. Dan buat pengetahuan korang cabaran nak bertunang bermula. Aku mula rengang ngan pakwe aku nie.. aku x contact dia.. dia x contact aku. Kami senyap.. membuat hal memasing.
2 minggu sebelum tunang
Punyalah lama x berhubung n berjumpa. Kemudian ada satu msg masuk.
"Nanti datang sini amik buah mangga dr kampung nie.. "
Aku pun balas msg. "OK. tapi lewat sikit dalam pukul 10.malam."
Di buatnya citer aku sampai pukul 10.40 mlam. Dan aku n dia terus bergaduh bagai nak rak. Hanya kerana aku masuk jalan jauh nak gie amik barang dr dia. Bosan sungguh. Bukan gaduh tarik rambut. tapi gaduh mulut laser. Tak ku sangka mulutnya tajam dr pedang samurai. Aku hanya menangis menangis menangis. Memikirkan nak lari jauh dari sini. I hate this life.Dan terus dia cakap.. kita putus. Aku pun jawab .FINE.
Aku rasa nak lari lari dan lari. Aku benci dia. Lepas tu aku pun bagi msg ke someone " I ingat nak gie kijer ke Dubai. Away from here"
Someone nie balas "Adalah lebih baik dekat dengan keluarga. Hidup kat sana x seindah yang disangka".. Macam biasa aku selalu lembut ngan nasihat dia. TQ laling.. love u. Aku jadi lembut.
Aku balik umah.. mak aku tgk mata aku bengkak. mak aku tanya napa. aku jawab. takde pa.. terus masuk bilik n kunci. Mak aku mesti tunggu depan pintu setiap kali aku balik malam. Jadi amat susah aku nak mengelak dari mak aku.
Sehari selepas gaduh
Aku ingat aku malas nak jawab msg dia.. aku diamkan diri nanti dia kan bosan .. upernya lagi dia marah aku bertubi2. macam nak cari gaduh plak. Satu hari aku x bekerja. Nangis nangis nangis. Semua org kat pejabat takut nak cakap ngan aku.Last last aku dah x tahu nak buat macamana. Aku bg msg kat kakak dia. Suh datang umah aku n bg tahu mak n abah aku yang dia putuskan hubungan . Kakak dia terkejut dan suh aku datang umah dia malam nie. Dia nak tahu apa yang jadi . Lepas waktu kijer.. aku pun pergi ke rumah kakak dia. Tapi aku takut nak kluar dr keter. Aku tel pakwe menggong aku nie.. Adake patut dia letak tel dia kat tv.. kasi aku dengar tv. Lagilah buat aku nangis.. Aku kuar keter... sekali.. aku toleh umah kakak dia.. Oh tidak.. NO NO NO ... aku kena larikan diri. Aku nak masuk keter balik. Tapi kakak dia dah tunggu.. kakak dia suh aku masuk gak. Ku sangka hanya kakak nya.. Rupa rupanya mak dia ader. kakak dia yang lain ader.. abang dia ada.. adik dia ada.. lagilah buat aku meraung.. mana nak letak muka.
Dorang soal aku.. aku nangis.. dorang tanya aku nangis.. menggong betoi aku nie.. aku x kuat waktu tu.. Sekali time tu aku teringat seseorang . my laling penah cakap.. syaitan suka kalau umat muhammat nie x kawin. So dengan kudrat yang ada. tanpa makan n minum satu hari aku pun bercerita a to z. byk cerita n nasihat aku dpt malam tu dari keluarga dia... Dorang kata nak basuh pakwe menggong aku keesokkannya. dorang suh aku sabar . kata nie hanyalah dugaan . dengan mata yang bengkak lagi aku balik umah . dan seperti biasa mak aku tanya napa mata aku.. dan aku seperti sebelumnya lari masuk bilik
Thursday, May 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment