Friday, July 18, 2008

PENCEGAHAN JENAYAH BERMULA DARI ANDA !!!!

Aku rasa nie adalah gud info dan perlu diberi perhatian dan diwar warkan .. Dan baru2 nie rumah aku sudah 2 kali pencuri cuba nak masuk dengan merosakkan tingkap dapur. Tapi x berjaya

APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARI MENJADI MANGSA ROGOL ?

Selalu gunakan jalan yang pernah dilalui oleh orangramai, jangan mengikut jalan yang dekat dan gelap. Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orangramai.
Berpakaian dengan sempurna, kerana pakaian yang menjolok mata atau memberahikan menarik perhatian perogol.
Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar, makan/minum, menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali.
Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air semasa berada di dalam bas, teksi atau keretapi.
Jangan biasa balik rumah larut malam. Jika ketinggalan bas, teksi atau keretapi, jangan tumpang kenderaan atau tidur di perhentian bas.
Biasakan diri bersiar-siar atau berjogging dalam kumpulan.
Ibubapa dan penjaga janganlah menyuruh anak-anak perempuan kecil pergi ke kedai untuk membeli barang di waktu malam.
Jerit minta tolong jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali.
Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau mengigit badan perogol untuk melepaskan diri.
Lapor kepada Polis dengan segera apabila anda diganggu.


APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA KENA RAGUT ?
Selalu gunakan jalan dan lorong yang ramai orang lalui. Jangan berjalan atau bersiar-siar di tempat gelap.
Jika terpaksa keluar di waktu malam cuba bawa teman.
Jangan memakai barang-barang kemas dengan banyak. Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam raga membeli-belah atau di atas kaunter.
Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan laulintas.
Hendaklah berwaspada selalu, andainya anda merasai seseorang yang mencurigakan mengekori anda, hendaklah dengan segera menuju ke tempat lain.
Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk gengam beg duit dengan kuat atau sembunyi beg itu di tempat yang tidak terdedah.
Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal.
Jikalau membawa anak-anak kecil ke bandar, tanggalkan barang-barang kemas yang di pakai olehnya.
Jangan berasak-asak apabila menaiki / turun bas, keretapi, panggung wayang atau tempat sesak supaya dapat mengelak daripada kena ragut.
Bila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda biasa. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.

APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYELOK SAKU ?
Jangan menyimpan beg duit dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang bolasepak, bas atau keretapi.
Semasa menaiki atau turun kenderaan awam seperti bas, teksi atau keretapi jangan berasak-asak, tunggu hingga orang lain telah menaiki atau turun.
Jika anda menyimpan duit tanpa beg dalam poket baju, jangan biar duit-duit itu nampak dari luar (atau jangan pakai baju yang jarang).
Jangan biarkan orang-orang yang tidak dikenali meletakkan tangannya di atas bahu kiri anda terutama sekali semasa menaiki / menuruni kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan.
Jangan simpan duit (wang) di satu kocek sahaja. Simpanlah dalam kocek-kocek yang berasingan
.

APAKAH LANGKAH PENCEGAHAN DI PREMIS PERNIAGAAN ?
Pasang besi gerigi kasi-kasi (grill) pada almari kaca (show case) supaya penjenayah tidak dapat mengaut (scoop) barang-barang kemas dari dalam almari kaca itu walaupun kaca-kaca tersebut dapat dipecahkan olehnya.
Pasang alat kecemasan yang berbunyi apabila almari kaca (show case) dipecah.
Adakan close circuit camera yang boleh mengambil gambar penjenayah-penjenayah apabila berlaku rompakan.
Gunakan pengawal keselamatan yang bersenjatapi.
Adakan laluan sulit (secret opening) supaya pekerja dapat melepaskan diri untuk meminta pertolongan.
Beritahu Polis dengan segera apabila mencurigai seseorang.

APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA KENA ROMPAK WANG TUNAI/WANG GAJI DAN DI TEMPAT BEBAS ?.
Tempat bebas

Elakkan memakai barang-barang kemas dan jam tangan yang berharga atau membawa wang yang banyak semasa berjalan-jalan atau bersiar-siar berdua-duaan di tempat bebas terutama sekali di waktu malam.
Jangan duduk berdua-duaan dalam kereta atau taman-taman bunga di tempat gelap dan sunyi.
Sekiranya ada orang-orang yang anda curigai merayau-rayau, cepat-cepat tinggalkan tempat itu.
Jika anda diugut terus menjerit meminta pertolongan dari orang ramai.

Wang Gaji/ Wang Tunai
Elakkan dari membawa wang tunai yang banyak dalam satu bungkusan kecuali jika anda mempunyai beg yang dipasang khas dengan alat-alat pengempar serta kunci berantai.
Gunakan pengiring yang bersenjatapi semasa mengeluarkan wang yang banyak dari bank atau membawa wang ke bank.
Ubahkan jadual dan jalan laluan dan jangan gunakan kenderaan yang sama selalu.
Pastikan tiada orang yang mencurigakan mengekori anda semasa membawa keluar wang dari syarikat-syarikat kewangan atau semasa membawa wang untuk disimpan. Jika kereta anda diekori oleh orang-orang yang mencurigakan berhenti ditempat orangramai dan telefon Polis segera.
Berhati-hati dan bergerak ke destinasi yang dituju apabila anda fikir selamat.
Semasa membayar gaji dikilang-kilang atau ladang-ladang yang terpencil dan sunyi ketatkan kawalan keselamatan. Tutup pintu pagar dan pastikan tiada orang luar boleh masuk.
Habiskan pembayaran gaji dengan segera. Jika ada baki yang banyak jangan simpan dalam pejabat atau dirumah. Simpan balik dalam bank.
Tentukan pergerakan anda pergi dan balik dari syarikat kewangan tidak diketahui oleh kakitangan anda.
Jika anda boleh cuba bayar gaji dengan cek.

Jika Rompakan Berlaku.................
Apa Tindakan Yang Harus Anda dan Kakitangan Lakukan.
Bertenang dan ikut arahan penjenayah, cari peluang untuk menggunakan alat pengempar jika ada apabila penjenayah-penjenayah tidak menyedarinya.
Apabila dipaksa menyerah harta benda atau wang serahkan satu demi satu dengan tujuan melambat-lambatkan masa agar bantuan pertolongan dapat sampai.
Jika perompak-perompak tidak memakai topeng, cuba cam muka mereka. Perhatikan tanda-tanda seperti parut, tahi lalat, mata juling atau tidak, rambut kerinting atau lurus dan lain-lain.
Adalah penting jika anda dapat ingat nombor kenderaan, warna dan jenisnya.
Lapur kepada Polis dengan serta merta samada melalui telefon atau datang sendiri supaya tindakan dapat diambil dengan pantas.
Jangan sentuh atau ganggu tanda-tanda keterangan yang ditinggalkan oleh penjenayah.


APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN RUMAH DARI DIMASUKI PENJENAYAH ?
Pasangkan pintu masuk utama rumah anda dengan tanggam-puting (mortise) yang bermutu tinggi atau kunci pasak (Rim Latch) yang mempunyai bentuk selak mati (Dead Molting) serta kunci palang yang disokong oleh kunci yang kukuh.
Memperkukuhkan pintu/tingkap-tingkap masuk utama rumah anda dengan besi gerigi kasi-kasi/pagar yang boleh dilipat.
Memperkemaskan pagar gerigi kasi-kasi (Grille Gate) dengan besi penyangkut (Iron Clasp) dan penutup gelangan mangga yang kukuh (strong closed shackle padlock).
Adakan alat-alat keselamatan yang lebih ke atas pintu utama anda, contohnya lubang pandangan, rantai pintu, selak keselamatan tanggam puting (mortise security bolts).
Jangan letakkan alat-alat/perkakas pecah rumah seperti pengumpil (crowbars) tangga dan alat-alat pemotong diluar rumah.
Pasangkan/nyalakan lampu bila anda keluar dari rumah ia bertujuan untuk memberi suasana yang orang berada dalam rumah.
Jangan tinggalkan kunci rumah anda ditempat persembunyian diluar kawasan rumah.
Sebelum membuka pintu periksa dahulu pengenalan pelawat/orang yang tidak dikenali. Jangan tinggal nota menyatakan yang anda tiada dirumah.
Minta bantuan dari jiran-jiran anda untuk mengawasi rumah anda semasa ketiadaan anda dirumah.
Sebelum meninggalkan rumah atau hendak masuk tidur kunci semua pintu, tingkap dan pintu pagar.
Ruang kosong alat penghawa dingin yang telah ditinggalkan perlulah ditutup dengan kasi-kasi besi yang kusuh.
Pelihara anjing pengawas atau angsa. Binatang-binatang tersebut dapat mencegah penjenayah dari memasuki rumah anda.
Pasang sistem kecemasan kecurian yang sempurna dirumah anda.
Bersihkan kawasan luar rumah dari semak-semak yang boleh digunakan untuk bersembunyi.
Batalkan semua penghantaran suratkhabar dan lain-lain semasa anda bercuti.
Lapur kepada balai polis yang berhampiran semasa anda bercuti supaya rondaan dapat dibuat.
Simpan wang tunai yang berlebihan dan barang-barang kemas dalam bank.


APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KENDERAAN DARIPADA KENA CURI ?
Jangan sekali-kali meninggalkan kenderaan anda dengan enjin yang masih hidup walaupun sebentar saja. Cabut kunci (switch) dan simpan.
Pasangkan rantai dan kunci yang kukuh keatas motosikal apabila tidak digunakan. Pasangkan alat pencegah kecurian dan mengukir nombor kereta anda pada cermin depan/belakang dan tingkap.
Kunci semua pintu dan tutup semua cermin kereta anda setiap kali anda meninggalkannya walaupun sekejap sahaja.
Keluarkan semua barang-barang yang berharga dari kereta anda atau simpan ditempat menyimpan barang-barang supaya tidak kelihatan dari luar.
Elakkan dari meletak kenderaan anda ditempat-tempat terpencil atau ditempat-tempat gelap.
Jangan tinggalkan "Parking Tiket" dalam kereta anda semasa meninggalkannya ditempat letak kereta/pusat membeli-belah/emporium.
Jangan tinggalkan kunci kereta anda kepada pencuci atau penjaga kereta. Hantar kereta anda kepada workshop-workshop yang dikenali untuk dibaiki untuk keselamatan kereta anda.
Rantaikan basikal anda pada tiang atau objek yang tetap dengan rantai dan mangga yang kukuh


UMUM
Simpan dengan selamat semua resit-resit barang-barang yang telah dibeli , sekiranya barang tersebut hilang akan memudahkan kita menuntut balik barang-barang tersebut di balai-balai Polis.

2 comments:

fendi1183 said...

cegah dari rogol??? nak cegah wt pe?? aku rela jer.. cegah dari mencuri? best ape mencuri?? seng kaya?? ko tulih ape tuh?? ko nak susahkan aku carik mkn ehh??

Anonymous said...

menggong nyer fendi.. heheheh