situasi pagi
Arini aku nak gie opis aku ikut jalan yang jarang2 aku lalu. Aku pusing ikut jalan belakang. Sekali aku ternampak senario yang pelik kat mata aku. Persal ramai org kuar pagi2 nie. Lelaki pakai kopiah nie.. yang pompuan plak pakai tudung ngan baju kurung. Aku heran. Sekali aku bukak tingkap keter.. aku tanya makcik yang nak naik motor..
wani : makcik makcik.. nak gie mana nie. Napa semua org kat luar nie..
makcik : Loh wani.. ko x tahu ke.
wani : Tahu apa? aku jadi binggung
makcik : Abah ko mana?
lohh makcik nie tanya aku plak lagi.. soalan aku x jawab.
wani : Abah dah gie kijerlah pagi2. Napa? apa hal...
makcik : Abah ko pun x tahu ke.
wani : Tahu apa makcik?
makcik: mak ko mana. mak ko x tahu ke
wani: mak kat umah lah
makcik : tu hah pakcik depan tu meninggal pagi tadi. jenazah kat surau.
wani : ya tuhan dalam ati aku kan senang dr tadi cakap gitu. aku pun jawab innallillah
semalam bapak aku dah jumpa dah pokcik tu kat spital. Tak sangka pagi nie dah meninggal. Teringat lagi detik detik terakhir pokcik tu hon keter kat aku. kata bagus bagus macam nie. rajin2 tanam pokok bunga yer.. kasi lawa. Semoga pokcik tu di tempatkan dikalangan orang orang yang beriman. amin
situasi di tengah hari
aku nak balik umah .. nak lunch kat umah. sekali aku heran.. napa plak mak aku n ramai makcik2 nie kumpul depan umah jiran aku nie. buat mesyuarat bini2 ke. Persal plak muka muka jiran yang jauh pun ader nie. aku kekompiusan. Sekali aku ternampak anak jiran aku tu.. mata bengkak.. tengah uruskan kain yang dijemur.. Apa plak hal yang berlaku nie. Satu satu hal jadi nie. Aku pun kuar dari keter. Sekali aku terdengar mak aku kata. Kepala dia berdarah. Nie citer apa plk nie. Mokcik jiran sebelah nie pengsan ke. Aku buat dek jer. Aku masuk umah.. senduk nasi n makan ngan sedap nyer lauk yang mak aku masak sambal ikan keli. Heran gak napa satu lauk jer nie. Tapi belasah jerlah. Dah lapo. Lepas makan.. aku lepak makan buah sambil tgk tv. Sekali mak aku masuk umah. Aku tanya. napa mak apa hal. Mak aku jawab apa hal ko kata tu hah makcik sebelah nie kena ragut tadi. pengsan tgh jalan.. dah antar ke spital.. Aku melopong. aku tanya .bila jadinya.. mak aku jawab baru jer jadi hah., polis pun baru balik. Aku sound mak aku.. mak pakai barang kemas lagi duk umah.. .. mak aku jawab..ikss x derlah pakai hah.. mana ader pakai. aku suhlah mak aku citer hal sebenar .. citer dia gini..
mokcik : yuhuu masak apa tu
mak aku : masak sambal ikan keli nie
mokcik : ingatkan kenduri depan nie nak tumpang masak depan umah akak
mak aku : ahhh tak perlah . ko jemur karpet ... karpet tu dah keras tu
mokcik: tulah ingat nak ketuk sikit lagi..kang bawalah masuk umah balik
mokcik tu pusinglah dr belakang umah ke depan .. nak ketuk karpet dia. mak aku yang salin lauk..dengan bunyi ketuk karpet 2 kali..pastu senyap.. pastu dengar bunyi motor kuat.. mak aku gie depan.. sekali mak aku jerit.. adik aku yang kat tingkat atas panik dengar mak aku jerit.. Cari mak aku.. Rupa rupanya mokcik yang baru jer x sampai 5 minit cakap ngan mak aku dah terlentang tengah jalan raya.. pengsan.. baru lepas kena ragut rantai.. mak aku boleh tergamam berdiri sebelah mokcik tu x tahu buat apa.. aderlah mokcik yang saksikan kejadian tu.. tolong panggil jiran lain ... semuanya pompuan..tolong angkat. Tel anak dia.. pastu bawa dia gie spital. Cek kepala mokcik tu berdarah sikit.
Dari citer mokcik tu yang jadi saksi..peragut tu dua org.. pakai spect n helmet.. macam budak2 lagi.. mokcik tu dah pukul peragut tu ngan kayu ketuk karpet. sampai kayu tu patah dua. Bila dah patah mokcik tu nak lari masuk umah.. peragut tu sempat tarik rantai n tolak mokcik tu sampai jatuh.
kesimpulannya.. aku kalau dapat peragut tu.. aku langgar ngan keter.. pastu tunjukkan mayat dak dak tu kat mak bapak dia. nie anak awak yang suka meragut. Banyak betoi kes ragut kat tempat tinggal aku. so moral of the story. ..selalulah berhati hati
Wednesday, April 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment