Monday, September 10, 2007

JL BM Week Final : 10 sebab kenapa saya perlu menang !!

Memandangkan tugasan akhir nie agak mencabar dari segi puji memuji ini.. saya nasihatkan semua juri juri atau sesiapa yang membaca tugasan peserta akhir ini besedia dgn ubat tahan muntah.. Saya kena promosikan diri saya, yakinkan semua orang mengapa saya perlu menang dalam JL BM week kali ini. Jadi jangan salahkan saya sekiranya pujian ini mengganggu emosi anda semua.Terima kasih. Disini saya senaraikan 10 sebab kenapa saya perlu menang dan jadi juara JL Blog Mania..


No 1-Saya dah lama kat JL.Kasi canlah kat orang yang dah lama melekat kat JL nie.Sejak 2006 tu... Budak berdua tu budak baru lagi..hehehe.(Menyalah guna kuasa keahlian.)


No 2 -Saya budak yang baru belajar blog. Dari zero pasal blog..terus masuk pertandingan dan buat blog..isi macam macam maklumat dan bersaing dgn mereka yang dah lama buat blog. Terasa cam kambing masuk pekan jer bila mula mula buat blog


No 3 - Saya kecik ati. Saya ingatkan JL BM nie hanya meneliti dr tugasan yang diberi. Rupa rupanya keseluruhan blog. Jadi saya yang baru buat blog nie tak ada macam macam maklumat jadi blog saya nampak kosong. Padan muka saya ..suka amik pemikiran singkat.Jadi sekarang saya cuba untuk letak pelbagai celoteh di dalam blog.



No 4 - Saya survey tools untuk cantikkan blog. Pening pening..nak buat blog mula mula.. lepas tu dah siap blog..kena plak nak cantikkan blog..ader macam macam benda yang boleh dimasukkan dlm blog nie..semakin dicuba semakin pening sebabnya tools yang saya gunakan ader spam. Kemudian nak plak try tukar template..inilah satu ujian bagi diri saya.Blog yang saya buat banyak yang hilang maklumatnya selepas saya tukar template.. nak menangis pun ader..jenuh satu ari nak buat balik semuanya.


No 5 - Giler blog. Sejak masuk pertandingan blog nie, saya jadi giler blog..cakap ngan kawan pun pasal blog..tengok buku pun pasal blog..time kijer pun buat blog.. Semakin lama semakin giler blog. Kalau dulu promote kat kawan masuk seminar usahawan.. sekarang promote dekat kawan jom ramai ramai kita buat blog...fuyohhh tak sangka saya dah giler blog.Yang bestnya kawan kawan yang lain pun dah cuba buat blog..heheh


No 6 -Kerana tugasan blog, saya stay kat opis sampai malam. Masa tugasan 'Kambing' terasa diri ini lemah sangat. Masa ni dah nak tarik diri sangat sangat.Kesibukan kerja yang terlalu sangat membuatkan saya tidak ada masa untuk membuat tugasan masa itu. Tempe memujuk supaya teruskan. Akhirnya saya mula membuat tugasan lewat petang sehingga malam ..terus jer taip apa yang terlintas dalam kepala otak masa tu. Sungguh bertuah saya masa itu sebab info pasal kambing boer sememangnya ader dalam simpanan saya sewaktu seminar usahawan dulu.


No 7 -Blog buat saya aktif cari info. Kalau dulu hanya tau chat..chat..chat. Tapi sejak masuk pertandingan ni, saya dah pandai google. Jangan gelak. Tapi memang betul. Saya baru sedar banyak sungguh info yang saya tak tahu. Luas betul internet nie.


No 8 -Saya, Jejerz dan Squall dah bagi komitmen dalam empat tugasan. Letih weii.. Walaupun sibuk, kami masih lagi setia memberi komitmen yang padu kat pertandingan blog ini.. entahlah, sebenarnya tak ader point penting pun kat no 8 nie.. saya main tibai jer nak cukupkan syarat 10 sebab.hehehe...


No 9 -Saya telah menang!! Tidak kesahlah siapa yang akan menang dalam pertandingan ini. Sebab bagi saya.. saya telah menang kerana saya telah berjaya membuat sesuatu yang baru dan saya suka dengan blog saya ini. I love my blog so much.


No 10 - Saya dapat berkawan ..dapat tukar idea..dapat inspirasi..dari dirimu Tempe, Shimie, Dasyu, GJ, Jejerz dan Squall. Kepada kamu semua terima kasih banyak banyak. Jejerz dan Squall ..u are the best. Saya dapat ilham dari blog kamu berdualah.

Akhir sekali saya nak tujukan lagu nie khas buat saya, Jejerz dan Squall. Lagu pendek jer nie..jangan gelak yer.Lagu masa zaman sekolah...



Strawberry shortcake... blueberry pie
V.I.C.T.O.R.Y
victory.. victory ...thats our style
COME ON JEJERZ, SQUALL, DOLFIN...
FIGHT..FIGHT..FIGHT






UNDILAH SAYA UTK JL BLOGGER MANIA SEKIRANYA ANDA RASA SAYA LAYAK. SILA DAFTAR DIRI ANDA DI http://www.jomlayan.com/ UTK MENGUNDI. JomLayan


2 comments:

baguznet said...

10 jer sebab? itu pun tak sepenuhnya 10. Org lain siap ada 50 dalil sebagai sebab. Cis!

Wani Heaven said...

50 pengsan lah aku znet..no idea ahhh