Friday, August 24, 2007

JL BM Week 3 : Merdeka

Merdeka ..Merdeka..Merdeka.. menjelangnya detik 31 Ogos 2007 maka sudah genaplah 50 tahun kita mengecapi kemerdekaan di bumi Malaysia ini. Semua orang pasti sudah tahu sejarah dan kesusahan, kepayahan pejuang2 dahulu yg memperjuangkan kemerdekaan bagi negara kita ini. Tanpa mereka kita generasi kini pasti tidak dapat mengecapi kemerdekaan. Sejak dari zaman persekolahan kita telah diserapkan dengan erti kemerdekaan. Sambutan kemerdekaan setiap tahun disambut dengan begitu gah sekali. Dan disini saya tidak akan bercerita panjang mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia. Jika anda ingin mengetahui sejarah kemerdekaan Malaysia bolehlah memperolehi maklumat di http://www.arkib.gov.my/main.htm dan seterusnya memperolehi jawapan bagi soalan soalan yang saya kemukakan dibawah

Apa kata kita berkongsi kuiz disini. Kalau benar anda anak merdeka, pasti anda akan tahu jawapan bagi kuiz ini.

1.Siapakah Bapa Kemerdekaan?
2.Bilakah Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan nama Jalur Gemilang pada Bendera Malaysia?
3.Bilakan nama Malaya ditukar kepada Malaysia?
4.Tun Hussein Onn adalah perdana Menteri Malaysia yang keberapa?
5.Lagu Terang Bulan merupakan lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu yang berasal dari negeri mana?
6.Tahun ini merupakan tahun kemerdekaan yang keberapa?
7.Rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang pertama mempunyai 11 jalur yang berwarna apa?
8.Peristiwa penurunan bendera British pada 31 Ogos 1957, jam 12 malam berlaku dimana?
9.Tahun berapakan Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia?
10.Apakah tema Hari Merdeka Tahun ini?

Merdeka...Apa maksud sebenar bagi perkataan ini? Menurut beberapa buku "merdeka" ialah kebebasan dari penjajahan bangsa asing dan mendapat kedaulatan atau pengiktirafan sebagai sebuah negara yang ditadbir oleh rakyat negara itu sendiri (dalam konsep sesebuah negara merdeka). Manakala dalam konsep kemanusian merdeka bermaksud fikiran yang "bebas" dari sebarang penjajahan luar konsep kemerdekaan telah di ambil daripada konsep Islam, dari satu peristiwa yang patut kita selami sepenuhnya iaitu "HIJRAH" Rasullullah s.a.w dan para sahabat yang memperjuangkan kemerdekaan keagamaan dan perpindahan fikiran kepada dunia yang lebih luas dan terbuka. Begitu juga konsep globalisasi yang telah wujud sejak dulu lagi dan hanya dapat dilihat setelah Islam menguasai 2/3 dunia beberapa konsep ketamadunan manusia terutamanya itu sendiri seperti Islam Hadari atau Hadharah Islamiah. Konsep ketamadunan ini telah diketengahkan oleh Islam di mata dunia yang juga merupakan globalisasi pada masa itu dan tamadun lain cuba menghalang globalisasi ini dengan cara peperangan. Telah disebut oleh seorang sufi yang juga seorang Wali Allah yang sudah tersohor dari dulu hingga kini, dalam kitabnya "Hikam Ibn Athoillah";
Adalah martabat merdeka itu atas beberapa martabat.

1. Merdeka orang am(awam) itu ialah merdeka daripada cengkaman nafsu syahwatnya.
2. Merdeka orang yang "khas" (arif) itu ialah merdeka daripada pengaruh sebarang kehendak untuk kepentingan diri kerana "fana" (telah hilang atau lenyap) kehendaknya daripada Iradat Al-Haq.
3. Merdeka orang yang "Khowasul Khowas" (Para Nabi, Rasul dan Wali Allah yang Kamil lagi Mukamil) itu ialah merdeka daripada Rusum (isyarat atau sesuatu yang boleh diperkatakan dengan bahasa) dan Asa r(bekas)

Kemerdekaan yang sebeginilah seharusnya diperjuangkan oleh kita semua!!! Perjuangan untuk melepaskan diri dari belenggu nafsu syahwat dan kejahilan sahaja yang boleh menyelamatkan kita daripada diperbodohkan oleh diri sendiri, diperkudakayukan dan dikelirukan oleh manusia.





Anak anak yang perlu kemerdekaan






Anak anak Malaysia yang merdeka




Soalan? Merdekakah aku.......

Semasa saya kecil saya berasa hairan mengapa semua orang bangun awal pagi dan menonton tv. Sedangkan waktu itu biasanya saya yang akan bangun pagi untuk menonton kartun. Bila emak buka siaran langsung perarakan Hari Kemerdekaan, saya jadi seronok melihat warna warni dan ramai orang memegang bendera.Terasa dihati hendak pergi tapi mendiamkan diri. Bila mula memasuki sekolah. Macam macam aktiviti kemerdekaan dijalankan. Saya masa tu kecil lagi, apa yang saya tahu melukis poster.. itu pun bendera Malaysia jer..susah juga lukis masa tu. Maklumlah jalur jalur bendera banyak jadi asyik padam jer supaya nampak lurus dan sama besar..heheheh. Bila berjalan jalan dengan keluarga pasti ader yang memberi bendera percuma. Saya yang masih kecil akan berebut rebut nak dapatkan bendera itu. Kalau boleh nak jadi juara siapa yang paling banyak sekali dapat bendera. Bila dah dapat bendera saya akan letak didepan rumah. Cucuklah mana yang patut janji cantik..Bila keesokkan hari nya ..bendera yang saya letakkan dicuri orang..sedih sungguh hati masa tu. Jadi saya ambil kertas dan mula lukis bendera Malaysia sebanyak mungkin kemudian letakkan dan tampalkan sekeliling rumah.Tapi emak marah..emak kata bendera saya tak cantik.Emak tanggalkan semuanya dan suruh saya tampal di dalam buku kosong. Sedih juga lukisan saya tak dapat ditampal. Apabila saya berumur 12 tahun saya mula menjinakkan diri masuk perbarisan untuk perarakan kemerdekaan sehinggalah ke sekolah menengah.Setiap tahun mesti muka saya akan ada dalam perbarisan. Sebenarnya kembang juga hati sebab nak masuk dalam tv walaupun sekejap..heheheh. Itulah yang saya lakukan sepanjang musim Hari Kemerdekaan. Walaupun dulu masih tidak faham apa erti kemerdekaan sebenarnya tapi hati saya pasti akan seronok bila tiba Hari Kemerdekaan.

Tapi kini bila usia semakin meningkat dengan tanggungjawab yang semakin besar saya mula alpa dalam menyambut hari kemerdekaan. Mungkin saya faham apa itu kemerdekaan dari segi teori tapi saya tidak aplikasikannya dalam kehidupan saya. Saya rasakan hidup saya dikongkong dengan pelbagai jadual kehidupan yang tetap dan ketat.Tidak seperti dulu semasa kecil..saya bebas untuk bergerak..bebas berbuat apa saja..bebas untuk mencuba..bebas berkata kata. Walaupun dulu saya bebas tapi saya masih tahu adap dan agama yang perlu dijaga. Jika saya lihat sekarang nie remaja kita sememangnya bebas. Bebas melakukan apa sahaja kerana mereka merdeka. Ya merdeka di bumi sendiri..tetapi tidak merdeka di dalam jiwa. Mereka berada dalam dunia teknologi yang tinggi tetapi mundur dalam erti ketamadunan manusia. Cukuplah saya menuding jari..diri saya ini pun masih belum saya rasakan kemerdekaan. Saya perlu keluar dan bebas.. merdeka.. merdekakan jiwa saya ini yang terasa dikongkong oleh kehidupan materialistik..

Saya ingin berkongsi puisi yang menyentuh perasaan saya. Puisi dari Usman Awang yang bertajuk Pahlawan

Pahlawan
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika namamu tanpa bunga
Penjajah mengatakan engkau derhaka
Maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah pahang
Bersama peluru bersama senapang
Membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai semantan berubah merah
Bukan sarap hilir ke kuala
Bukan rakit mudik ke hulu
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat

Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
Bukan bintang tersemat di dada
Semangatmu api negara berdaulat
Namamu terukir di jantung rakyat

Pelbagai program yang dianjurkan dan disambut oleh kerajaan mahupun swasta dalam meraikan kemerdekaan Malaysia yang ke 50. Oleh itu satu portal telah dibangunkan sempena 50 tahun kemerdekaan. Saya berharap anda dapat melayari portal ini dalam usaha untuk menyokong dan meraikan sambutan Merdeka ke 50. Sila klik di sini untuk melayari portal tersebut malaysiamerdeka

Akhir kata dari saya Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 50 Tahun. Malaysiaku Gemilang.


UNDILAH SAYA UTK JL BLOGGER MANIA SEKIRANYA ANDA RASA SAYA LAYAK. SILA DAFTAR DIRI ANDA DI http://www.jomlayan.com/ UTK MENGUNDI. JomLayan

No comments: